Mahu Semak Saman?


Jika anda ingin menyemak status samaada anda ada rekod saman atau tidak, anda boleh menyemaknya di http://www.myeg.com.my/. Ini adalah salah satu dari beberapa laman web yang memberi perkhidmatan serupa seperti 'www.malaysia.gov.my', 'www.rilek.com.my' atau laman web PDRM/JPJ.
Untuk mengguna perkhidmatan ini anda haruslah merupakan pengguna berdaftar. Untuk mendaftar klikkan 'First Time User? Register Now!'. Kemudian masukkan maklumat diri anda sepertimana yang dikehendaki. Pilih User ID dan Password yang sukar diteka tapi senang anda ingat.
Selepas anda mendaftarkan diri anda bolehlah masuk ke laman web ini menggunakan ID User dan password yang telah anda masukkan tadi.
Beginilah muka surat pertama selepas anda tekan login (lihat di bawah). Anda bolehlah pilih maklumat mana yang anda hendak semak;
1. PDRM - Maklumat Kejara, Semakan / Bayaran Saman, Baharui Lesen Memandu & Cukai Jalan
2. JPJ -Semakan / Bayaran Saman
3. DBKL - Semakan / Bayaran Cukai Taksiran
4. Jabatan Insolvensi - Pertanyaan Status Bankrap (Individu / Syarikat)
5. TNB / TM - Menyemak bil yang anda daftarkan.

Sebagai contoh: Semakan saman JPJ
(Nota : Anda juga boleh tolong menyemak status saman orang lain seperti bapa, abang, jiran dan rakan sepejabat anda dengan sekali login)
Klikkan logo JPJ (atau pilih menu eSERVICES dan pilih JPJ). Kemudian masukkan maklumat yang diperlukan seperti No Kereta dan No Kad Pengenalan. Kemudian tekan submit.
Rekod anda akan ditunjukkan selepas itu. Jika ada saman, senarainya akan di keluarkan seperti tarikh, masa, tempat, kesalahan dan amaun saman di bawah ruangan 'mesej status'. Jika tiada saman, paparan adalah seperti di bawah.
Kemudahan makluman status ini turut dimaklumkan kepada email yang anda daftarkan. Ini bermakna laporan samaada anda ada saman atau tidak akan dimaklumkan melalui email setiap bulan.
Selamat mencuba dan pandu berhati-hati supaya selamat dan tidak kena saman.
(Nota : Jika anda ingin saya semakkan saman sila bagi No Kenderaan, No Kad Pengenalan dan email, saya boleh tolong semakkan untuk anda - Khidmat masyarakat ini dibawakan oleh RIS-IT)


***********ADVERTISEMENT***********

1 ulasan:

Ramli berkata...

Salam,
Saya berminat ttg semakan saman dan baharui lesen dan cukai jalan.
Lain-lain tu tak ada apa2 sangat.