Anda menghadapi kesukaran untuk mencari nombor telefon yang diperlukan. Sebagai contoh, jika anda tahu nama kawan atau syarikat yang ingin dihubungi, namun anda tiada nombor telefon mereka untuk dihubungi.
Mungkin sebelum ini anda pernah menggunakan perkhidmatan tefonis dengan menghubungi talian 103 untuk mendapatkan maklumat (anda akan dicaj 30 sen untuk sekali panggilan). Namun kini terdapat satu cara mudah dan popular untuk mendapatkan nombor telefon iaitu menggunakan buku panduan telefon yang disediakan oleh TM iaitu 'buku panduan telefon secara online' yang lebih dikenali Yellow Pages (utk syarikat) dan White Pages (untuk individu).
Selama ini kita mungkin telah biasa melihat dan menggunakan buku panduan telefon yang dibekalkan secara percuma oleh TM namun perkhidmatan 'buku panduan telefon secara online' ini juga adalah percuma. Ia mudah dan menjimatkan wang dan masa anda.
Untuk tujuan tersebut ikuti langkah-langkah seperti di bawah.
Pergi ke laman sesawang http://www.yellowpages.com.my/ dan anda akan di bawa ke laman sesawang seperti di bawah. Terdapat pelbagai pilihan di menu sebelah kiri seperti carian nombor rumah, carian nombor Jabatan Kerajaan dan carian mengikut kategori. Untuk carian carian tersebut klik pilihan yang anda inginkan.
Sebagai contoh, jika ingin mencari nombor telefon sesuatu 'kedai' taipkan perkataan 'kedai' dibahagian carian "Find" dan jika anda ingin menkhususkan carian di sesuatu tempat (contohnya 'Kuala Lumpur', taipkan 'Kuala Lumpur' di ruangan carian "Location".
Selepas itu tekan menu "Search".
Carian yang ditunjukkan adalah bagi semua nama yang mempunyai perkataan ‘KEDAI’ tak kira ia di depan, tengah atau belakang.
Senarai yang dicari akan ditunjukkan seperti di bawah. Jika terdapat banyak pilihan yang keluar, klikkan pada bahagian "page" atau "abjad' untuk mendapatkan carian anda.
Untuk cari no telefon rumah, klik "home" dan caranya masih sama dengan carian syarikat seperti yang ditunjukkan di atas.
Untuk carian pejabat kerajaan, klik "government" dan senarai jabatan-jabatan kerajaan akan keluar seperti yang ditunjukkan di bawah.
Setakat ini hanya nombor talian tetap dari syarikat TM sahaja yang boleh di cari melalui carian secara online (yellow pages). Saya masih tercari-cari cara untuk mendapatkan nombor telefon bimbit bagi perkhidmatan penyedia telefon mudahalih. Mungkin anda tahu caranya dan ingin berkongsi maklumat tersebut. Maklumat anda amat dialu-alukan untuk kita kongsikan bersama-sama.




14 ulasan:
assalamualaikum...saya nak cari no tel. rumah kawan saya melalui yellow pages tp x dapat la.. bleh en. tlg tnjukkkan dgan detail x?
1. Klik / buka http://www.yellowpages.com.my/
2. Kemudian masukkan namakawan anda (yg digunakan utk mendaftar dgn telekom) di kotak pertama dan bandar di kotak kedua (kotak kedua tak wajib isi)
3. Klik search.
Jika ada (*), nama akan dipaparkan.
(*) - Hanya utk 1. no talian tetap telekom, 2. yang tidak melanggan pakej privasi (nama tak dipaparkan), 3. pastikan guna nama seperti beliau daftarkan dgn telekom.
Hi there,I enjoy reading through your article post, I wanted to write a little comment to support you and wish you a good continuation. All the best for all your blogging efforts.
kenapenye..sy taip name kawan sy..tp yg keluar..name syarikat?
Mungkin dia daftarkan no telefon tu atas nama syarikat (no tu memang sama dengan nombor member ke?). Kalau tak sama mungkin dia guna nama ahli keluarga yg lain utk daftar.
This is excellent! Where do you find this stuff?
hi, i rasa website ni cume untuk company atau kedai je kot.coz i try use my registered home fix number pon xde.so if u dapat cari website yang bole search contact number by individual dat would be great.coz i da carik but still hopeless
Terima kasih atas kunjungan anda.
Saya dah cuba dan sesetengah nombor private memang tak keluar. Tak pasti pulak kenapa sebab masa entri ini ditulis pada 2009 lalu banyak no private boleh di cari. Mungkin sekarang ini dah dihadkan (mungkin) utk tujuan privasi.
Dan kalau saya jumpa website lain yg boleh cari no private dengan lengkap, Insya Allah saya buat entri terbaru.
as salam...saya nak cari nombor telefon maxis someone macam mana yer?
mcm mana pula jika kita cuma ada no tel saja dan nak tau owner die?
salam..
nk tanya,buku yellow pages@white pages nie x dijual ke?
Buku ni rasanya ada disediakan di kedai-kedai TM pada masa-masa yang ditetapkan. Saya pernah ambil sebelum ini (masa opis depan pejabat TM) tapi sekarang ni dah tak ambil sebab jauh nak pergi. Nak tahu bila buku ini diedarkan, kena hubungi pihak TM.
Hye sya nk cari no tlfn kwn sya tpy dia brd jauh.sya dh buka yellowpages tpy x dpt pn..
Susah nak cari.banyak kali cuc x dapat.no ni 066893000 kawasan mane.
Catat Ulasan