10 Browser Popular


Jika entri sebelum ini membawakan anda 5 browser popular (klik sini untuk membaca entri tersebut), namun tidak disusun mengikut populariti penggunaan.
Namun entri kali ini akan memaparkan 10 browser popular berdasarkan populariti penggunaan yang didapati di laman sesawang 'Top 10 Reviews'. Senarai kedudukan yang ditunjukkan di bawah adalah berdasarkan maklumat pada laman sesawang tersebut.
Berikut adalah senarai mengikut populariti. Sila klik pada nama browser berkenaan untuk pergi ke laman sesawang browser tersebut jika ingin mengetahui lebih lanjut atau memuatturun browser tersebut.

10. PhaseOut
Mungkin selama ini kita beranggapan bahawa browser paling popular adalah 'Internet Explorer' namun selepas melihat senarai di atas didapati browser 'Mozilla Firefox' dan 'Google Chrome' lebih banyak digunakan. IE hanya berada di tempat ketiga. Satu lagi browser ialah 'Space Time' dan bolehlah dikatakan memduduki tempat ke 11. Untuk maklumat anda, semua browser di atas boleh di muatturun secara percuma.



"Keybord Shortcut" (Part 1)



Terdapat kemudahan untuk menggunakan sepenuhnya papan kekunci anda bagi mengendalikan komputer terutamanya jika tetikus anda tidak berfungsi dengan baik. Bagi sesetengah pengguna komputer, mereka lebih menggemari penggunaan 'keyboard shortcut' berbanding menggunakan tetikus.
Berikut adalah di antara beberapa 'keyboard shortcut' untuk dikongsikan bersama untuk entri kali ini. 
CTRL+C (Copy/Salin)
CTRL+X (Cut/Potong)
CTRL+V (Paste/Tampal)
CTRL+Z (Undo/Undur)
DELETE (Delete/Padam)
SHIFT+DELETE (Padam tanpa ke Recycle Bin)
CTRL semasa menyeret item pilihan (Salin item tersebut)
CTRL+SHIFT semasa menyeret item (Wujudkan pintasan utk item tersebut)
CTRL+SHIFT dan tekan butang arrow (Pilih perkataan demi perkataan)
SHIFT dan tekan butang arrow (Pilih huruf demi huruf)
CTRL+A (Pilih semua)
ALT+ENTER (Paparkan maklumat bagi fail pilihan)
ALT+F4 (Menutup item atau program aktif)
ALT+SPACEBAR (Membuka pintasan menu bagi 'active window')
ALT+TAB (Memilih untuk bertukar antara item-item yang dibuka)
ALT+ESC (Bertukar antara item-item)
SHIFT+F10 (Memaparkan menu untuk item pilihan)
ALT+SPACEBAR (Memaparkan 'System menu' untuk 'active window')
CTRL+ESC (Memaparkan 'Start' menu)
RIGHT/LEFT ARROW (Memaparkan menu berikutnya semasa menu dibuka)
BACKSPACE (Memaparkan folder satu level diatas semasa di 'My Computer' atau 'Windows Explorer')
ESC (Membatalkan task semasa)
SHIFT semasa memasang CD/DVD (Mengelakkan 'Auto Play')
CTRL+SHIFT+ESC (Membuka 'Task Manager')

Setakat ini dulu. Banyak lagi 'keyboard shortcut' akan ditunjukkan pada entri akan datang. Selamat mencuba. 

Papan Kekunci Windows


Tahukah anda bahawa Microsoft ada menyediakan papan kekunci secara maya (Virtual Keyboard). Papan kekunci tersebut tidak muncul secara automatik, ia boleh dipaparkan jika kita mahukannya.
Mungkin kita menghadapai masalah pada papan kekunci seperti sesetengah huruf tidak berfungsi atau tidak sensitif apabila butang ditekan. Selain itu ia juga amat berguna jika skrin komputer kita berfungsi secara sesentuh (touch screen).
Cara untuk mendapatkan papan kekunci tersebut adalah seperti berikut

Klik ‘start’ kemudian pilih ‘run



Tulis “OSK” dan tekan ‘ok


Skrin tersebut muncul dan sedia untuk digunakan.


Jika anda ingin mengubah tetapan sedia ada, sila pilih menu yang ada.



“Anda Mungkin Juga Meminati”


Anda biasa terlihat ungkapan seperti di atas?
Ungkapan tersebut biasa dilihat apabila kita membuka laman blog. Kebiasannya 3 atau 4 pautan bagi entri terdahulu diletakkan bertujuan supaya pembaca dapat terus membuka pautan yang dipaparkan tanpa perlu melihat satu persatu entri terawal.

Ingin tahu caranya. Ia ringkas dan mudah.
Langkah 1 : Pergi ke laman sesawang pembangun aplikasi tersebut. Klik disini.

Langkah 2 : Masukkan maklumat ke dalam ruangan yang ada. Setelah semua maklumat dimasukkan, klik menu “Get Widget!”.

Langkah 3 : Panduan untuk memasang aplikasi tersebut diterangkan satu persatu sehingga selesai. Pada panduan pertama ada dinyatakan bahawa “Click Install Widget”. Klik pada perkataan “Install widget” tersebut dan seterusnya ikuti panduan tersebut hingga selesai.

Langkah 4 : Setelah panduan tersebut selesai diikuti, aplikasi tersebut telah berfungsi pada laman blog anda. Lihat contoh di bawah;


Nota : Blog ini juga tidak melepaskan peluang memasang aplikasi tersebut. Lihat di akhir setiap entri untuk melihat bagaimana apliksai ini berfungsi. Namun sesetengah ‘browser’ tidak menyokong aplikasi tersebut.