Penyata Touch & Go | E-Statement

Jika kita menggunakan kad "Touch & Go", kita tiada resit untuk disimpan. Malah sukar kita untuk mengganggar perbelanjaan kita terutamnya jika kita kerap guna kemudahan "Touch & Go". Malah sesetengah syarikat memerlukan resit jika para pekerjanya ingin membuat tuntutan perjalanan dan ini tentunya sukar kerana bayaran menggunakan "Touch & Go" tiada resit. Namun masalah ini boleh diselesaikan dengan menggunakan penyata "Touch & Go" secara online. Dan yang paling penting, perkhidmatan e-statement ini adalah percuma (WOW). Apa yang anda perlukan hanyalah mendaftarkan diri dengan "Touch & Go E-Statement". Selepas itu anda boleh melihat setiap penggunaan kad anda bila-bila masa sahaja dan boleh menyimpan atau mencetaknya. Malah transaksi tambah nilai juga akan dipaparkan, jadi penggunaan kad boleh dipantau.

Cara Daftar adalah mudah sahaja.

Langkah 1 : Pergi ke laman web "Touch 'n Go e-Statement" (Klik sini) dan pilih 'Register Online'.
Langkah 2 : Masukkan maklumat yang dikehendaki sepertimana dalam borang permohonan online.
Langkah 3 : Selepas semua maklumat dimasukkan, klik 'Register'.
Langkah 4 : Pengesahan pendaftaran akan dihantar ke email yang anda masukkan semasa pendaftaran. Proses pendaftaran selesai.

Cara Guna Pun Mudah

Langkah 1 : Login guna 'username' dan 'password' yang didaftarkan.

Langkah 2 : Terima 'Term & Condition' dengan mengklik "accept" yang di bawah sekali.
Langkah 3 : Masukkan tarikh yang ingin anda lihat transaksinya dak klik 'generate' (terhad kepada 3 bulan terkini sahaja).
Langkah 4 : Penggunaan dan tambahnilai akan ditunjukkan dan terpulanglah samaada nak print atau nak simpan maklumat tersebut.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails