Online TV | Asyik TV



Apabila anda berada di luar negara atau kawasan yang tiada liputan TV, anda tetap boleh menonton TV Malaysia (saluran percuma) jika ada talian internet terutamanya jalur lebar. Sebagai contoh, walaupun saya berada di Bandaraya Kuala Terengganu (diulangi BANDARAYA) namun liputan TV tidak begitu memuaskan. Hanya 2 saluran TV sahaja yang jelas iaitu TV Al-Hijrah dan TV9, manakala TV1, TV2 dan TV3 kadangkala tidak begitu jelas. Manakala TV8 langsung tak dapat. (Nota : Saya tidak melanggan Astro).
Untuk mengatasi hal ini, saya kadangkala menonton melalui Asyik TV yang dilinkkan melalui Facebook. Pada mulanya saya menyangka ini adalah satu saluran TV terbaru namun sebenarnya Asyik TV ni adalah satu kaedah untuk menonton TV percuma sediaada melalui FB selain dari menonton online terus melalui website TV tersebut. Yang bestnya, selain TV yang disebutkan di atas terdapat satu saluran yang hanya boleh ditonton jika melanggan Astro iaitu Bernama TV. Dan setakat ini saluran ini bersiaran dengan baik dan tak pernah terputus-putus walaupun talian yang saya gunakan hanyalah Steamyx. Kalau Unifi lagilah laju.

Untuk menonton TV yang ada dalam Asyik TV tersebut, anda perlulah mencari FB page Asyik TV di FB dan suka (@ like) page tersebut. (Perlu ada akaun FB)
Selepas itu perlu klik pada 'Guidelines' yang berada di sisi page tersebut.
Kemudian klik pada perkataan 'Klik di sini' bagi memuat turun perisian 'octoshape' bagi membolehkan siaran ini dipaparkan. Sila pilih versi OS komputer yang anda gunakan samada Windows, Mac atau Linux.
Klik 'run' untuk memasang perisan tersebut.
Selepas selesai memasang, kini saluran yang ada dalam Asyik TV telah boleh ditonton dengan klik pada 'Live TV' yang berada di bahagian tepi page tersebut dan seterusnya pilihlah mana-mana TV yang anda ingin tonton.
Dan kini anda boleh menonton dimana-mana sahaja anda berada asalkan ada talian internet dan komputer.
Contoh TV yang ada - Bernama TV.
Untuk ke Fan Page Asyik TV - Klik Sini

Tiada ulasan: