Google Drive | Simpanan Fail Secara Maya 2

Jika sebelum ini dikenalkan dengan Dropbox iaitu perkhidmatan menyimpan fail secara maya, kali ini pula dikenalkan pula dengan 'Google Drive' yang mempunyai fungsi yang hampir sama iaitu untuk menyimpan fail secara maya dan mengaksesnya pada bila-bila masa dan di mana jua asalkan terdapatnya sambungan internet.
Kelebihan fail maya ini adalah kita tak perlu membawa external harddisk kemana jua kita pergi. Juga kalau kita terlupa bawa atau external harddisk rosak, fail ini tidak terjejas. Sebanyak 5GB simpanan percuma disediakan dan terdapat perkhidmatan perkongsian fail disediakan. Ini amat berguna jika kita ingin menghantar info bersaiz besar kepada rakan kita kerana lampiran bersaiz besar tidak boleh dihantar melalui email.
Boleh menambahkan saiz simpanan tapi perlulah bayar di mana upgrade ke 100GB dikenakan bayaran $4.99 (dollar US)/sebulan dan maksima ditawarkan sehingga 16TB.

Ikuti langkah-langkah di bawah untuk daftar;

Langkah 1 : Pergi ke website Google Drive (klik sini)

Langkah 2 : Klik pada kotak 'Sign In'

Langkah 3 : Sign In dengan menggunakan akaun Gmail anda. Jika tiada akaun gmail, daftar dahulu akaun tersebut.

Langkah 4 : Ikuti arahan seterusnya. Anda secara automatik akan diberikan saiz simpanan secara percuma sebanyak 5GB.

Langkah 5 : Untuk mendapatkan drive bagi PC, sila klik pada 'Download Google Drive for PC' dan tunggu hingga selesai.

Akaun ini akan dilinkkan dengan gmail dan google plus. Jika langgan saiz 25GB, saiz gmail juga akan bertambah secara percuma kepada 25GB

Tiada ulasan: