Menonton Siaran Olimpik Secara LIVE | Olympic on YouTube

   Sekarang hingga 12 Julai 2012 ini, dunia sukan akan dipenuhi dengan berita tentang Olimpik 2012 yang berlangsung di kota London. Bagi peminat sukan, mungkin tertunggu-tunggu siaran langsung setiap acara sukan yang dipertandingkan. Mungkin TV ada menyiarkan lintasan langsung atau ulasan bagi olimpik tersebut tapi siarannya tidaklah meluas kerana hanya acara terpilih sahaja yang disiarkan. Bagi TV mungkin acara yang melibatkan atlit Malaysia atau sukan popular seperti bolasepak yang menjadi keutamaan.
   Namun sebenarnya ada siaran rasmi di internet yang menyiarkan siaran langsung SETIAP acara sukan, yang kita perlu hanyalah memilih mana-mana sukan yang hendak ditonton. Semua acara dan tidak mengira negara mana bertanding ada disiarkan.
   Saluran yang dimaksukan adalah 'Official Olympic Channel by the IOC' yang dijana oleh laman web YouTube. Yang menariknya, saluran ini percuma dan setiap acara yang sedang berlangsung ada ditunjukkan icon acara tersebut di bahagian bawah. Ia sentiasa dikemaskini (bila acara bermula icon muncul  dan hilang bila acara tamat) jadi senanglah nak pilih acara yang hendak ditonton.
   Untuk menontonnya, sila ke laman web YouTube dengan mengklik pautan ini ---->olympic



Jika menggunakan streamyx rasanya tak de masalah menonton kerana setakat ni saya tak menghadapi masalah 'buffering' semasa menonton, Lancar je, macam menonton di TV je.
Untuk ke laman web rasmi Sukan Olimpik London klik sini. (Tapi kat laman web ni tak de siaran langsung)

Selamat Berpuasa


Selamat Berpuasa RIS-IT ucapkan kepada yang membaca blog ini.

Terjumpa niat berbuka dan berbuka puasa di blog ini.
Harap-harap masih ingat niat berpuasa dan berbuka. Tapi kalau dah lupa, apa kata mari refreshkan semula dengan membaca niat sepertimana ditunjukkan di bawah ini.


Memadam Cookie - Google Chrome



Internet Explorer sudah, Mozilla Firefox pun sudah. Kali ini cara untuk memadam cookie bagi browser google chrome pula.

Caranya adalah seperti ditunjukkan di bawah.

Langkah 1 : Klik simbol spanar yang berada di bucu kanan atas.

Langkah 2 : Klik 'Tools' dan seterusnya pilih 'Clear browsing data'

Langkah 3 : Tandakan maklumat yang ingin dipadamkan.

Langkah 4 : Klik pada 'Clear browsing data'.

Nota : Tak jumpa lagi cara untuk mengelakkan maklumat disimpan secara automatik bagi browser google chrome ini kecuali menggunakan 'incognito window'.

Memadam Cookie - Internet Explorer : Klik Sini
Memadam Cookie - Mozilla Firefox : Klik Sini

Edit Komen di Facebook

Kadangkala komen yang ditulis di facebook dirasakan tak sesuai dan mahu di edit. Kebiasaannya kita padam komen tersebut dan tulis semula. Tapi sekarang komen di facebook boleh diEDIT selain dari boleh di padam. Mudahlah terutamanya jika komen yang panjang senang je nak edit yang mana perlu, tak perlu delete dan kemudian tulis semula komen yang panjang tersebut.

Semuanya tersedia diFB tanpa perlu pasang extension. Mudah sepertimana ditunjukkan di bawah.

Ada simbol pensel dihujung komen
Klik simbol tersebut dan keluar 'Edit' dan 'Padam' (berdasarkan bahasa pilihan FB anda) - Pilih 'Edit'.
Komen kini dlm bentuk boleh diedit. Dipersilakan edit. Dah edit tekan 'enter' dan komen yg diedit dipaparkan menggantikan komen asal.

Nota : Komen asal yang kita edit ini tersimpan dlm history dan boleh dibaca semula. Nak semak semula... Ini caranya.

Pilih 'Edited' untuk lihat sejarah edit.
Senarai edit akan dipaparkan.

Mudah kan... Jadi, mulakan mengedit sebab komen yang lama-lama dulu pun kini dah boleh edit. Manalah tahu kalau-kalau komen dulu dirasakan tak sesuai.