Microsoft Excel | Lindungi Dari Di Edit

      Jika entri sebelum ini ada ditulis cara-cara melindungi fail dari diakses atau diedit dengan memasukkan password apabila nak buka fail tersebut (klik utk baca) bagi fail Microsoft Word dan Excel. Entri kali ini pula akan berkongsi cara untuk lindungi fail dari diedit tapi untuk Microsoft Excel sahaja. Dan fail excel boleh dibuka dahulu tanpa password, jadi boleh tengok dulu fail tersebut. Password (jika digunakan - tak guna pun tak apa) hanya perlu dimasukkan apabila nak masuk data atau nak edit data. 
      Sesuai untuk fail untuk diakses oleh ramai orang di pejabat tapi sesetengah data tak dibenarkan edit lagi selepas tempoh tertentu. Contohnya, data bulan Januari tidak boleh lagi diubah apabila bulan tersebut telah berlalu, hanya boleh tengok sahaja.

Untuk tujuan tersebut, ikuti langkah mudah ini.

Langkah 1 : Buka fail yang nak di protect.

Langkah 2 : Klik pada tab yang hendak di protect. Contoh : Nak protect tab Januari.

Langkah 3 : Pilih menu 'Review' dan pilih 'Protect Sheet'.

Langkah 4 : Kotak 'Protect Sheet' akan keluar. Anda bolehlah untick mana-mana kotak yang bersesuaian. Kalau saya, saya untick semua kotak.

Langkah 5 : Masukkan password jika perlu. Nota : Jika nak elakkan data diedit (kes kawan tak boleh dipercayai), bolehlah dimasukkan password. Tapi jika kawan boleh diharap dan sekadar nak elakkan teredit secara tak sengaja, rasanya tak perlulah letak password.

Langkah 6 : Klik OK.

Selesai langkah-langkah di atas, maka tab yang diprotect selamat dari diedit. Kalau nak edit juga hanya perlu klikkkan semula kotak 'unprotect sheet' sepertimana dlm langkah 3. Kalau ada password, masukkan password je.

Tambahan : Untuk protect worksheet iaitu fail tersebut secara keseluruhan, pada Langkah 3 pilih 'Protect Workbook'.

Sembunyikan Laman Web Dengan Pantas

Anda panik. Mana tidaknya, sedang seronok melayari laman web sosial ketika kerja tiba-tiba bos datang. Nak tutup secara tiba-tiba, nanti bos perasan. Jadi ada penyelesaiannya - Gunakan 'Panic Button'. Namun panduan ini hanya untuk browser google chrome sahaja.
Selain menyembunyikan laman web yang tidak dikehendaki, ia juga boleh ditetapkan untuk terus membuka laman web yang telah ditetapkan (sebagai contoh : Laman web syarikat) dan boleh diletakkan password untuk mengelakkan orang lain secara tak sengaja membuka semula laman web yang disembunyikan tersebut.
Caranya mudah sahaja. Pasang Extension 'PanicButton' dengan mengklik link ini ---> PanicButton
Selepas pasang akan muncul icon panic button di bahagian atas kanan browser anda.
Untuk menetapkan laman web yang ingin dibuka lepas ikon ini ditekan atau ingin menetapkan password untuk membuka semula laman web yang disembunyikan bolehlah tetapkan dengan mengklik kanan tetikus pada icon panic button.
Pilih options dan kemudian setkan password atau website di windows option tersebut.


Harap-harap lepas ni tak panik lagi. Gunakan kemudahan ini secara berhemah.

Oh ya. Ikon panic button tersebut akan bertukar kepada warna hijau semasa anda sembunyikan website dan bilangan tab yang disembunyikan akan ditulis di ikon tersebut.

Bantuan Rakyat 1 Malaysia

Sumber
Borang bagi 'Bantuan Rakyat 1 Malaysia' boleh diisi sekarang dan boleh dibuat oleh penduduk Malaysia yang layak sepertimana dinyatakan di bawah.
Kelayakan untuk Memohon BR1M
Sumber
Kebiasannya kita akan mohon secara manual iaitu dengan mengisi borang menggunakan borang atas kertas. Tapi tahukan kini borang BR1M boleh diisi secara online. Terpakai bagi permohonan baru dan juga kepada pemohonan lepas yang ingin mengemaskini maklumat terbaru.
Untuk menggunakan kemudahan ini hanya pergi ke laman web eBR1M sepertimana ditunjukkan di bawah. (Klikkan ada gambar untuk masuk ke laman web tersebut).
Dah ada cara mudah, jangan lepaskan peluang. Isi dari rumah atau opis sahaja. Tak perlu meredah panas dan hujan untuk mendapatkan borang dan untuk menghantarkannya. Yg perlu hanyalah talian internet.
Sebagai alternatif - Isi borang secara manual : Download borang di sini (klik sini untuk download)

Blog | Meletakkan Gambar Banyak Secara Serentak

Kebiasaannya saya meletakkan gambar satu persatu semasa menulis blog. Tapi rupa-rupanya gambar yang hendak diletakkan boleh diletakkan secara serentak dengan sekali pilih. Terima kasih 'tutorialuntukblog' kerana sudi berkongsi cara yang boleh dikatakan amat praktikal dan mudah. Semudah ABC kerana caranya hampir sama dengan untuk meletakkan gambar satu persatu. Panduan ini adalah untuk pengguna platform blogspot.

Begini caranya;

Langkah 1 : Klik menu 'insert image'
Langkah 2 : Kemudian klik 'upload' dan 'choose files'
Langkah 3 : Selepas itu pilih (highlight) gambar yang hendak dimasukkan ke dalam entri dan klik 'Open'.

Langkah 4 : Pastikan gambar yang telah dipilih tadi telah ditandakan (dlm kotak biru) dan kemudian klik 'add selected'.
Gambar yang anda pilih tadi terpapar dalam entri yang anda tulis.

Begitulah caranya, mudah bukan. Serupa dan sama sepertimana nak masukkan gambar satu persatu tapi hanya membezakannya adalah semasa nak  pilih gambar saja.