Info Pos Malaysia


Jika sebelum ini saya ada memasukkan entri berkenaan 'Carian No Telefon' yang disediakan oleh Telekom Malaysia. Kali ini saya memasukkan entri berkenaan 'Info Pos Malaysia'. Seperti carian no telefon, perkhidmatan ini juga boleh dilakukan secara online dan ianya percuma.

Antara perkhidmatan yang ada adalah:

1. Carian No Poskod : Berdasarkan 'Carian Poskod' atau berdasarkan 'Carian Kawasan'.
Carian Poskod - Pilih Negeri dan dan kawasan yang ingin dicari nombor poskod.
Carian Kawasan - Masukkan nombor poskod dan kawasan yang diliputi oleh poskod tersebut akan ditunjukkan.
Kemudahan ini boleh didapati di;
http://www.pos.com.my/ePostcode/publicmalay/mainpage.htm
Muka Depan Carian Poskod

2. Carian Pos Berdaftar : Menyemak status pos berdaftar samaada sedang diproses atau telah sampai ke penerima.
Masukkan nombor rujukan pos berdaftar anda ke ruangan 'your reference number' dan tekan 'track'.
Kemudahan ini boleh didapati di;
http://www.pos.com.my/PosDaftar/Main/track.asp
Muka depan Carian Pos Berdaftar

3. Carian Poslaju : Menyemak status poslaju samaada sedang diproses atau telah sampai ke penerima.
Masukkan nombor rujukan poslaju anda ke ruangan 'parcel number' dan tekan 'track'.
Kemudahan ini boleh didapati di;
http://202.185.150.100/emstrack/
Muka depan Carian Poslaju

Penjejak Lokasi (Bahagian 2)



Jika pada entri sebelum ini, saya menunjukkan cara untuk menjejak lokasi menggunakan GOOGLE MAP (Klik disini untuk melihat entri sebelum ini). Kali ini saya akan menunjukkan cara untuk mendapatkan jarak dari satu lokasi ke satu lokasi berikutnya.
Kemudahan ini boleh digunakan untuk kita menganggar masa yang kita akan kita lalui untuk sesuatu perjalanan. Ia juga boleh digunakan untuk kita mendapatkan semula jarak jika kita terlupa menulis selepas sesuatu perjalanan terutamanya untuk tujuan tututan perjalanan/ perbatuan. Selain itu kita juga boleh memilih laluan alternatif yang akan kita lalui.

Untuk ke ‘GOOGLE MAP’ sila rujuk Langkah 1 dan Langkah 2 pada entri sebelum ini.
Kemudian klikkan tanda sepertimana yang ditunjukkan di bawah (kadangkala kolum ini telah sedia terbuka)

Sebelum di klik


Selepas diklik

Tips : Anda akan dapati setiap kali anda buka ‘google map’, peta yang serupa akan ditunjukkan. Untuk menetapkan sesuatu ‘lokasi  tetap pilihan anda’ setiap kali anda buka ‘google map’ anda boleh tetapkan dengan cara mengklik pada menu ‘change default location’ dan tetapkan lokasi (contoh : Kampung Alor Limbat, Bukit Payong, Terengganu) yang anda mahukan. Selepas di setkan, anda akan dapati lokasi yang anda tetapkan akan dipaparkan setiap kali anda membuka ‘google map’.

 

Untuk mendapatkan jarak antara sesuatu lokasi ke lokasi yang berikutnya pilih menu ‘Get Direction’ seperti yang ditunjukkan di bawah.
 Masukkan lokasi mula dan akhir yang ingin anda cari. Lokasi asal di ‘ruangan A’ dan lokasi nak pergi di ‘ruangan B’(Sebagai contoh : Jarak dari KLCC ke Low Yat Plaza).
 
 Kemudian klikkan ‘Get Direction’, dan “laluan, jarak anda anggaran masa” akan ditunjukkan sebagai panduan.

 

Laluan ditunjukkan dengan garisan ungu
 

Anggaran jarak dan masa ditunjukkan sebagai panduan sahaja

Bagaimanapun jika laluan yang ditunjukkan tidak disukai, anda bolehlah menukar laluan tersebut dengan cara menarik garisan ungu tersebut ke arah laluan yang anda sukai.
 

Laluan yang diberikan oleh google map
 

Laluan pilihan anda


****************** SELAMAT MENCUBA *******************
Anda dijemput untuk melawat blog famili saya di RIS-FAMILI
(KLIK SINI)



Menjadi Cover Majalah


 Ada juga beberapa sahabat facebook saya bertanyakan cara membuat cover majalah apabila tersiar gambar saya dan sahabat saya yang terpapar dalam bentuk cover majalah dalam laman facebook. (Saya boleh dilihat di http://www.facebook.com/idris.yahaya)
Kini anda juga boleh menjadi cover majalah tanpa perlu bersusah payah untuk bertemujanji dengan pihak majalah. Walaubagaimanapun majalah yang di maksudkan adalah majalah yang sebenarnya tidak wujud. Tak kisahlah asalkan dapat jadi cover majalah. Antara cover majalah ialah ‘Model, My Baby,Sports Today, Motor Mania dan Famili Vacation’. Terdapat sebanyak 36 cover majalah untuk dipilih.
Caranya mudah sahaja:
Langkah 1 : Pergi ke laman sesawang  http://www.magmypic.com/
Langkah 2 : Klik menu ‘choose file’ kemudian pilih gambar yang ingin anda jadikan cover majalah. Selepas gambar dipilih, laman seperti di bawah akan ditunjukkan.




Langkah 3 : Pilih cover majalah yang diinginkan (klik pada ‘more covers’) atau jenis majalah yang di perlukan (klik pada ‘magazine’ atau ‘comic book’).



Untuk entri ini saya memilih majalah ‘Fashion Icon’.
Deraf cover majalah akan ditunjukkan dan pada masa ini anda boleh mengeditnya seperti mengubah kedudukan gambar (klik pada gambar dan tahan sambil gerakkan tetikus), membesarkan gambar (klik pada menu ‘enlarge’), mengecilkan gambar (klik pada menu ‘shrink’) atau membatalkan gambar (klik pada menu ‘reset’).


 

Langkah 4 : Selepas pilihan dibuat  klik pada menu ‘save & continue’.  Laman seperti di bawah akan dipaparkan.
 


Langkah 5 : Klik kanan dan pilih ‘save image as’ dan simpan fail anda. Gambar majalah anda telah pun siap. Anda boleh juga boleh juga menggunakan menu ‘save your mag cover’ yang berada di bawah gambar tersebut tapi anda akan diminta untuk mendaftarkan nama anda.
 Selamat mencuba
 Entri cover majalah yang lain pula akan menyusul. Tungguuuuu….
 Lihat juga 'menambah kesan khas pada gambar anda' untuk lain cara menambah kesan khas pada gambar anda.
Anda juga di persilakan melawat blog famili saya di RIS-FAMILI