Aplikasi di Facebook (EPL & La Liga)


Pelbagai jenis aplikasi permainan yang terdapat di Facebook. Setakat yang saya ketahui aplikasi permainan yang terdapat di facebook adalah seperti 'Farm Ville' (dipercayai permainan terpopular di facebook), 'pet ville', 'fish ville', 'mafia wars' dan 'kesatria poyos' (aplikasi buatan Malaysia). Kalau anda tahu aplikasi yang lain, sila kongsikan bersama-sama pengguna lain dengan menulis di bahagian "Komen di Sini" yang terdapat di bahagian bawah entri ini.
Bagaimanapun apa yang saya ingin ceritakan adalah aplikasi yang berkaitan bola sepak. Terdapat beberapa aplikasi yang ada namun saya hanya menyertai dua aplikasi berkaitan bola sepak iaitu "Fantasy Premiership" (Liga Asal : English Premier League) dan "Fantasia La Liga" (Liga Asal : Spain La Liga). Kedua-dua liga tersebut telah tamat di peringkat liga baru-baru ini. Jangan bersedih, anda boleh menyertainya lagi pada musim akan datang dan untuk memastikan anda tidak terlepas daripada menyertai aplikasi ini di masa akan datang anda hanya perlu menjadi peminat (like the application) aplikasi ini.
Anda sebagai pengurus pasukan 'fantasi' anda akan diberikan mata setiap kali tamat perlawanan dan tugas anda adalah memilih kombinasi pemain yang difikirkan berpotensi untuk mengutip mata dan seterusnya menaikkan ranking anda. Mata diberikan berdasarkan prestasi pemain dalam liga sebenar. Anda boleh menyertai mana-mana liga yang ada atau menubuhkan liga anda sendiri dan menjemput rakan-rakan anda untuk menyertai liga yang anda tubuhkan.
Best tul aplikasi ini, jika anda rasakan pasukan anda dah mantap maka tak perlu di update selalu. Mata akan dikemaskini secara automatik. Untuk "Fantasy Premiership" anda dibekalkan 147 juta pound duit maya manakala "Fantasia La Liga" anda dibekalkan 159 juta euro duit maya. Kedua-dua liga ini memberikan peluang untuk anda menukar pemain sebanyak 55 kali.
Berikut adalah keputusan yang bagi liga yang saya sertai. Merasa juga jadi pengurus pasukan dan menguruskan pemain-pemain handalan dunia.

FANTASY PREMIERSHIP
Liga ni agak lewat saya sertai iaitu pada permainan minggu ke lima. Tapi tak kisahlah, asalkan boleh join dan menjadi pengurus yang digeruni di alam maya ini.
Inilah bentuk pasukan yang saya tubuhkan dan saya namakan pasukan saya sebagai RIS FAMILI. Mendengar namanya pun dan menimbulkan kegerunan kepada pasukan-pasukan lain.
Ini adalah antara pasukan-pasukan yang saya sertai. Untuk liga Dato' KP Dosh League, saya mendapat tempat ke 8 manakala MACC League saya mendapat tempat ke 5. Kira ok le tu sebab tak join dari awal-awal lagi. Kalau tak mesti kedudukan lebih baik.

 FANTASIA LA LIGA
 Liga ini saya sertai pada permainan minggu ke dua selepas mendapat jemputan dari rakan facebook. Antara liga yang menarik juga kerana persaingan di peringkat sebenar agak mencabar.
 Seperti liga "Fantasi Premiership", pasukan dalam liga ini juga diberikan nama RIS FAMILI. Nama yang sama dikekalkan bagi menunjukkan bahawa kedua-dua liga dikendalikan oleh seorang pengurus yang sama.
Bagi liga ini bolehlah dikatakan prestasi saya sebagai pengurus adalah amat cemerlang. Daripada 3 liga yang disertai, dua daripadanya adalah JUARA. Yang bestnya dapat menjuarai liga yang ditubuhkan oleh rakan sekerja dan disertai oleh rakan sekerja di seluruh Malaysia iaitu 'JKKP League'.

Apa lagi, sertai jutaan peminat di seluruh dunia dalam aplikasi permainan seperti ini di masa akan datang.
Tak lama lagi akan bermulanya bolasepak Piala Dunia pula, tak pastilah pula sama ada aplikasi seperti ini akan turut dimasukkan dalam facebook. Kalau ada, best gak untuk menyertainya. Kalau ada, jangan lupa bagitau ye.


"Schedule Entry"

Entri kali ini ditujukan khusus untuk bloggers yang baru menceburkan diri dalam dunia blogging. Bagaimanapun blogger yg dah expert tu pun boleh sama-sama baca dan bagi komen jika dirasakan ada perkara-perkara yang perlu dikongsikan bersama. Satu lagi, entri ini hanya untuk bloggers yang menggunakan platform 'blogger'.

Pernahkan anda terbaca satu entri yang dimasukkan pada awal-awal pagi? Saya percaya entri tersebut dibuat menggunakan kaedah 'Schedule Entry".

Kebiasannya "Schedule Entry" boleh ditetapkan bagi tujuan tujuan-tujuan seperti di bawah:

1.  Ingin diterbitkan pada masa yang tertentu di mana pada masa tersebut anda tiada masa untuk berblogging. Sebagai contoh pada masa tersebut anda berkursus tapi entri tersebut perlu dipaparkan.

2. Anda mempunyai banyak idea untuk dikongsikan tetapi tak mahu dimasukkan secara berterusan. Namun jika tidak ditulis dikhuatiri idea tersebut hilang.

3. Anda ingin menetapkan entri ada dipaparkan pada satu masa yang tetap seperti setiap hari Isnin pukul 9.00 pagi satu entri akan dipaparkan.

Jika anda ingin menggunakan kaedah ini, caranya mudah sahaja;

Pertama : Klik pada "Post Options" yang terletak pada bahagian bawah kiri.
Kedua : Kemudian tandakan pada bahagian 'Scheduled at' dan masukkan tarikh dan masa yang anda ingin entri anda dipaparkan.
Ketiga : Klik pada 'Publish Post' selepas penjadualan seperti langkah kedua telah selesai dibuat. Entri anda akan dipaparkan apabila tarikh dan masa yang anda pilih telah tiba.

"SELAMAT BERBLOGGING"

Nota : Entri ini juga dimasukkan menggunakan kaedah "Schedule Entry" di mana ia telah ditulis 3 hari yang lepas.



"Keybord Shortcut" (Part 2)


Seperti yang dijanjikan sebelum ini dalam entri "Keybord Shortcut (Part 1)”, berikut diteruskan pula dengan "Keybord Shortcut (Part 2)”.
Pintasan bagi Keyboard yang mempunyai ‘Logo Microsoft’

Logo Windows (Papar @ Sembunyi menu ‘Start’)
Logo Windows + BREAK (Papar kotak dialog ‘System Properties’)
Logo Windows + D (Papar desktop)
Logo Windows + M (Minimize semua windows yang dibuka)
Logo Windows + SHIFT + M (Papar semua widows yg diminimize)
Logo Windows + E (Buka ‘My Computer’)
Logo Windows + F (Carian ‘File’ @ ‘Folder’)
Logo Windows + CTRL + F (Carian ‘computers’)
Logo Windows + F1 (Papar ‘Windows Help’)
Logo Windows + L (Kunci keyboard)
Logo Windows + R (Buka kotak dialog ‘Run’)
Logo Windows + U (Buka ‘Utility Manager’)

Accessibility keyboard shortcuts
Tekan SHIFT (kanan) selama 8 saat (Tukar ‘FilterKeys’ samada “on” or “off”)
ALT (kiri) + SHIFT (kiri) + PRINT SCREEN (Tukar ‘High Contrast’ samada “on” or “off”)
ALT (kiri) + SHIFT (kiri) + NUM LOCK (Tukar ‘MouseKeys’ samada “on” or “off”)
Tekan SHIFT 5 kali (Tukar ‘StickyKeys’ samada “on” or “off”)
Tekan NUM LOCK selama 5 saat (Tukar ‘ToggleKeys’ samada “on” or “off”)

Seperti sebelum ini, Part 3 bagi Keyboard Shortcut akan menyusul nanti.
Selamat mencuba.



"Pekerja Berinovasi Pemacu Transformasi"

SELAMAT HARI PEKERJA kepada semua pembaca yang bekerja atau sedang mencari pekerjaan.
"Pekerja Berinovasi Pemacu Transformasi" adalah motto hari pekerja bagi tahun 2010. Cari juga dalam internet bagi tafsiran maksud motto di atas tapi tak jumpa. Mungkin sebab akan dilancarkan hari ni jadi tak dimasukkan lagi dalam internet.
Logo pun sama, yang besar tak jumpa. Yang ada hanyalah yang kecik jadi tak dapatla nak masukkan dalam blog. Logo ni bentuk hampir sama dengan logo 1Malaysia tapi diubahsuai sikit di mana terdapat 3 imej manusia berpimpin tangan di dalam nombor 1. Warna Merah di bucu atas, kuning di tengah dan biru di bahagian bawah.
(Updated : 5 Mei 2010 - Baru jumpa logo hari pekerja yang besar,  logo sepertimana di paparkan di atas)