Relak sebentar. Kalaulah binatang ada facebook..

Entri ni aku terima melalui email baru-baru ni (Dah disunting sebab panjang sangat). Rehat sebentar dari hal-hal serius, relakkan minda anda dengan bacaan santai di bawah. Memandangkan facebook dah popular di kalangan manusia, bayangkan pula facebook di alam haiwan.
Kalau binatang ada facebook, agak-agak begini lah ya komen-komen binatang tersebut kat STATUS yg mcm korang selalu post tu.......
Cicak : Tuan rumah baru beli reket elektrik, gua kenduri nyamuk BBQ mlm nih...

Nyamuk : Baru habis ronda rumah Ajoi... kenyang burp, Alhamdulillah. ..

Ayam: Tidaaaaaaaaaaaak, Besok majikan gua mau buat kenduri kesyukuran, gua mau di sembeliiiiihhh! ...

Cicak : isteriku tersepit pintu

Kucing Betina: "Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa."

Ayam : Kawan2...kalu esok guwe tak update...bererti guwe udah di goreng....I luv u all... jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa...

Nyamuk: Siot, sekali drug addict gua hantam daaaa. Gua positif HIV AIDS... uwaaaaaaa

Kucing: Baru je add awek sebelah umah... keturunan PARSI beb!!!
 

Tikus: Operasi malam ni... selongkar kitchen kabinet... sape nak ikot?

Katak : malam ni nk wat konsert la..da lama x ujan ni..hangat oii..

Anjing: Aku tension bila ada mat rempit berkumpul tepi rumah aku tiap malam. Nak tido pun x senang hanjeng punya org.

Kuda: Patah kaki; Rider aku bangang salah timing bila nak lompat pagar, sekarang rehat kat kandang.

Kura-kura: Aku sakit hati bila bini aku berjalan. Lembab mcm siput babi

Siput babi: Aku sakit hati bila bini aku bergerak. Lembab mcm kura2

Gagak: Tadi jumpa ayam KFC. Jangan jeles

Burung Kakak Tua: Penat betul nk ubah stigma masyarakat. Walaupun aku Burung Kakak Tua, tapi aku burung Jantan!!!

Babi hutan: susah betul nak cari makanan halal sekarang ni.

Tikus: Aku makan mee goreng mamak kat warong. Meh la join sekali.

Lalat: Asyik hurung bangkai je. Alhamdulillah hari ni jumpa nasi bungkus.

Sotong; Aku bengang bila tapak sulaiman ejek aku si lembut

lipas : merasmikan pengunaan kepak baru sekali bila dikembangkn. ..gerun tengok mmber aku kene tarik dgn jeli2 panjang kepunyaan cik cicak..eee seram nyeee....

Ikan laga: Boring sey, duduk sorang2 dalam tanki ni.

Ikan Jerung: Kenapa x de sorang pun nak add/approve aku. :-(

Ikan Sepat: Terkenang jiran sebelah yang dah dijadikan ikan pekasam. Al Fatihah

Ikan Bilis: Wah ramainya kawan kita. Tahniah remy, ko kawan aku yang ke 5000.

Ikan Arowana: Cantik tak sisik I? Cantik kan ?



"Keyboard Shortcut" (Part 3)

Jika telah mahir menggunakan Pintasan Papan kekunci sepertimana yang dinyatakan dalam Part 1 dan Part 2, entri kali ini diteruskan dengan Part 3 pula. Jika Part 1 lebih kepada penggunaan secara umum dan Part 2 untuk keyboard yang mempunyai Logo Microsoft maka Part 3 pula untuk kegunaan semasa membuka Browser (Google Chrome, Mozilla Firefox, Windows Explorer atau Opera).

Berikut adalah beberapa pintasan tersebut;

CTRL + B (Membuka 'Favorites' / 'Bookmark') 
CTRL + E (Buka Kotak 'Search') 
CTRL + F (Buka Kotak 'Find') 
CTRL + H (Buka Kotak 'History') 
CTRL + N (Membuka 'Windows' baru) 
CTRL + R (Kemaskini laman yang sedang dibuka) 
CTRL + W (Menutup laman web yang sedang dibuka)
Info Famili @ RIS-FAMILI



Kamus Online

Entri sebelum ini ada menerangkan cara-cara untuk menterjemah laman sesawang yang dibuka dari satu bahasa ke bahasa yang lain. Laman sesawang tersebut secara automatik akan dibuka ke bahasa yang dipilih. Klik sini jika ingin membaca entri tersebut.
Entri kali ini pula memaparkan beberapa laman sesawang bagi mencari perkataan untuk diterjemahkan dari Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris ATAU sebaliknya. Kamus seperti ini dipanggil kamus online. Sangat berguna terutama apabila kamus konvensional tidak dibawa. Terdapat pelbagai bahasa boleh diterjemahkan namun entri kali ini hanya menyenaraikan kamus online BM-BI sahaja.
Kamus yang ditunjukkan ini adalah kamus yang kerap saya gunakan dan masih terdapat kamus online lain yang tidak ditunjukkan di sini. Antara kamus-kamus online adalah seperti di bawah;
  

 

 

 

 

 

 

Nota : Klik pada nama yang terdapat di bawah gambar jika ingin menggunakan kamus online tersebut.


Mematikan Fungsi “Right Click Disable” Cara Mudah


Saya bukan ingin menceritakan cara-cara untuk menjadikan laman sesawang atau blog anda sebagai ‘Right Click Disable’ tetapi cara untuk mematikan fungsinya.
Saya percaya ada antara kita pernah terlihat perkataan tersebut apabila kita menekan butang di sebelah kanan pada tetikus. Kadangkala perkataan tersebut diganti dengan perkataan lain seperti ‘dilarang menyalin’, ‘hakmilik terpelihara’ dsb.
Cara yang diberi ini bukanlah cara memasang ‘perisian pemintas’ atau meletakkan ‘kod HTML’ kerana saya bukanlah mahir dalam hal-hal sebegitu. Cara ini saya terjumpa secara tidak sengaja dan kemungkinan ada di antara laman sesawang dan blog kebal terhadap cara ini namun setakat ini saya belum berjumpa blog yang kebal terhadap cara ini.
Caranya mudah saja. Ikuti langkah seperti di bawah;
  1. Pasangkan browser opera. Klik di sini untuk memuat turun perisian tersebut.

  1. Buka laman web yang ada ‘right click disable’ (atau perkataan lain)
  1. Akan keluar kotak dialog seperti di bawah. Tandakan pada ‘stop executing script on this page’
  1. Klikkan pada button ‘OK’
  2. Selepas itu barulah keluar senarai menu yang diperlukan.
Nota : Cara ini hanya berfungsi kepada laman sesawang dan blog yang menggunakan script bagi mewujudkan fungsi ‘right click disable’.