Facebook / Twitter : Jana pendapatan dengannya | Churpchurp / Says

Sekadar ingin berkongsi dengan pembaca yang mempunyai akaun FACEBOOK atau TWITTER.
Sebelum ini mungkin ramai yang mengetahui bahawa berBLOG boleh menjana pendapatan dari blog tersebut dengan meletakkan iklan pada blog tersebut (klik sini untuk membaca). Namun kini dengan berfacebook dan/atau bertwitter pun boleh menjana pendapatan. Setakat ini saya tahu ada dua website yang menawarkan kaedah untuk mendapatkan pendapatan melalui facebook/twitter iaitu churpchurp.com dan says.my.
Dan saya telah berdaftar dengan kedua-duanya dan sekarang sedang menuai hasil dengannya.
FYI - 'Churpchurp' dimiliki oleh pemilik yang sama untuk pengiklan 'nuffnang' manakala 'Says' pula dimiliki oleh 'YouthAsia' dan sebelum ini dikenali sebagai 'YouthSays'.

Cara untuk menjana hasil dari facebook/twitter adalah mudah. Hanya pergi ke laman web 'churpchurp' dan/atau 'says' dengan mengklik gambar di bawah. Terpulanglah anda samaada nak daftar kedua-duanya atau salah satu sahaja. Bagi saya tiada tiada ruginya mendaftar kedua-duanya kerana kedua-duanya dari syarikat yang berbeza dan menawarkan kempen yang berbeza, jadi pendapatan pun berganda.
 
Klik gambar di atas untuk mendaftar 'CHURPCHURP' dan gambar di bawah untuk mendaftar 'SAYS'
Selepas berdaftar, anda bolehlah mula berkongsi kempen yang ada dalam laman web tersebut di facebook/twitter anda. Untuk kempen-kempen terbaru di masa akan datang, pemberitahuan akan diberikan melalui email supaya kita tidak terlepas peluang untuk menjana pendapatan dengan kempen terbaru dan semasa.


Kepada yang tiada facebook dan/atau twitter bolehlah daftar di sini dahulu.
Klik sini untuk daftar facebook dan sini untuk twitter.

Al Fatihah buat Sahabat

Al Fatihah

Hari ini aku dikejutkan dengan berita pemergian sahabat sepejabat juga sahabat blog. Seorang sahabat yang baik dan seorang rakan sekerja yang berdedikasi. Beliau yang dimaksudkan adalah Mohd Nasir bin Ismail atau juga dikenali sebagai Abah Izz dikalangan pengikut blog beliau.
Semoga beliau ditempatkan dalam golongan orang-orang beriman.

URL Asal bagi URL yang diringkaskan (Cara 2)

Baca Entri Terdahulu di SINI dan SINI
Jika telah baca entri ini barulah anda perasan bahawa setiap URL boleh diringkaskan dan juga URL yang diringkaskan tersebut boleh dicari URL asal semula dengan menggunakan laman web yang diberikan tersebut. Namun secara tak sengaja, saya terjumpa cara kedua yang tak memerlukan kita ke laman web tersebut untuk mencari URL asal. Caranya amat mudah sekali tetapi hanya jika URL ringkasan tersebut menggunakan 'pemendek URL' yang disediakan oleh TinyURL.
Caranya adalah dengan meletakkan cursor pada URL (tinyurl) yang dipendekkan tersebut dan URL asal akan ditunjukkan di bahagian bawah browser. Saya telah mengujinya menggunakan browser Google Chrome, Mozilla Firefox, Intenet Explorer dan Opera.Sila lihat gambar di bawah.
Guna Google Chrome

Guna Mozilla Firefox
Guna Internet Explorer
Guna Opera

RIS IT | FACEBOOK LIKE


Setelah dua tahun berblog baru rasanya nak bagitahu bahawa blog ni mempunyai laman pautan di Facebook. Pautan ni telah dibuka setahun yang lalu iaitu pada 1 Mac 2010 dan setakat entri ini ditulis terdapat seramai 242 yang 'Suka' page ini. Kalau korang nak mengunjungi pautan ini atau nak 'suka' page ini atau nak beri komen / pandangan / kritikan atau nak berkongsi idea sila klik sini. Pautan ini juga terdapat pada bahagian sisi blog ini dan korang juga boleh pergi ke pautan ini dengan klik pada perkataan RIS-IT dan jika nak 'suka' klik pada perkataan 'Suka".
(Kadangkala perkataan 'Suka' ditulis 'Like' bergantung pada setting akaun facebook korang)