Private Browsing Dengan Google Chrome

Jika entri sebelum ini diberitahu cara-cara untuk melayari internet tanpa disimpan jejak pelayaran tersebut menggunakan browser mozilla firefox (klik sini untuk membacanya), kali ini diterangkan cara-cara yang serupa tapi untuk browser google chrome pula. Caranya adalah menggunakan 'incognito window'. Semakan menggunakan google translate mennterjemahkan 'incognito window' sebagai 'tetingkap menyamar'.

Untuk menggunakan 'incognito window' ini, ikuti cara seperti di bawah ini.

Langkah 1 : Buka browser google chrome seperti biasa.
Langkah 2 : Klikkan pada simbol 'spanar' pada bucu atas kanan browser tersebut. Pilih 'New incognito window'.
Langkah 3 : Keluar mesej menerangkan fungsi 'incognito window'. Kalau nak tahu, baca je la. Kalau tak, taip je alamat website yang nak dilayari pada kotak alamat @ pilih je alamat pada 'bookmark' yang telah disimpan.
Langkah 4 : Layarilah mana laman web yang anda pilih tanpa was-was.

ATAU

Gunakan kaedah penbersihan secara manual tapi perlu dibuat setiap kali menggunakan selepas perlayaran. Caranya; Pilih 'Tool" - 'Option' - 'Under the Hood' - 'Clear browsing data' - 'Pilih data yang nak dipadam' - 'Clear browsing data'.

Nota : Sesuai digunakan untuk sesiapa yang melayari laman web yang perlu memasukkan id dan password seperti perbankan internet atau email sebab tak perlu lagi memadamkan cache, cookies atau history kerana maklumat tersebut memang tak disimpan. Tapi untuk langkah keselamatan 'berganda', eloklah di buat sekali lagi kalau tak yakin.



Untuk private browsing menggunakan Internet Explorer - Klik sini.
Untuk private browsing menggunakan Mozilla Firefox - Klik sini.

Pengguna Terbesar Google Plus (Google +)


Kemunculan pesaing facebook memang sentiasa dinantikan bagi memecahkan monopoli facebook selepas terkuburnya friendster (mungkin myspace juga) baru-baru ini. Dan bagi mengisi kekosongan ini, google telah melancarkan laman sosial terbaru yang dikenali sebagai 'google plus' atau google+ pada pertengahan tahun ini. Dan aku pun dah ada akaun google plus ini (klik utk add aku sebagai member). Berdasarkan info pada laman Amanz, pengguna google plus telah melepasi 25 juta pengguna pada Julai lalu.
Jadi bagaimanakah pecahan pengguna yang terbanyak bagi google plus ini? Maklumat ini diterima dari laman royal pingdom pada September 2011.
Map of interest in Google+
Negara yang paling ramai pengguna 'google plus'.

  1. Taiwan
  2. Hong Kong
  3. Nepal
  4. India
  5. Paraguay
  6. Norway
  7. Honduras
  8. Bangladesh
  9. Indonesia
  10. Guatemala

Berdasarkan senarai di atas didapati Malaysia tidak termasuk dalam senarai, begitu juga negara China (penduduk juga pengguna internet teramai di dunia) dan Amerika Syarikat (pengguna internet kedua teramai di dunia). Dan 4 dari negara teramai menggunakan google plus berada di Asia. Mungkin disebabkan masih baru maka pengguna google plus masih belum memecah masuk ke negara-negara besar sepenuhnya.

Untuk melihat infografik facebook vs google plus. Klik disini (laman Amanz)

Private Browsing Dengan Mozilla Firefox

Risaukan jejak anda disimpan dalam komputer setiap kali anda melungsur/surfing internet. Kebiasaannya kita akan memadamkan maklumat tersebut secara manual dengan masuki "Tools" - "Internet Options" - " General" - "Delete".

Tapi sebenarnya ada cara lebih mudah tanpa perlu menggunakan cara seperti di atas kerana maklumat surfing tidak akan disimpan di dalam komputer setiap kali anda surf internet. Caranya terdapat untuk ketiga-tiga browser popular iaitu untuk "Internet Explorer", "Mozilla Firefox" dan "Google Chrome".

Untuk kali ini, cara yang ditunjukkan di bawah adalah untuk browser "Mozilla Firefox"

Langkah 1 : Buka browser "Mozilla Firefox" seperti biasa.

Langkah 2 : Pilih menu "Tools" dan kemudian pilih "Start Private Browsing"

Langkah 3 : "Pop-up window" akan dipaparkan. Klik pada "Start Private Browsing" untuk memulakan 'private browsing'. Jika anda tak mahukan "pop-up window" ini dipaparkan setiap kali anda ingin melakukan "private browsing", sila 'tick' pada "Do Not Show This Message Again" sebelum klik pada "Start Private Browsing".

ATAU

Setkan browser Mozilla Firefox untuk buka "Private Browsing" setiap kali browser tersebut dibuka. Hanya klik Tools - Options - Privacy - Tick pada Permanent Private Browsing Mode".

Selepas itu bolehlah surf internet tanpa was-was lagi. Tak perlu risau jejak anda disimpan dalam komputer lagi.


Untuk private browsing menggunakan Internet Explorer - Klik sini.
Untuk private browsing menggunakan Google Chrome - Klik sini.

ICT dalam Bajet 2012

Kesinambungan petikan bajet seperti tahun-tahun sebelum ini kali ini petikan tersebut diteruskan lagi untuk bajet 2012. Tapi kalau nak baca petikan tentang bajet bagi ICT bagi tahun 2010 dan 2011 sila klik link di bawah;
Klik sini untuk baca entri 2010 dan klik sini untuk baca entri 2011 tentang ICT dalam bajet.

Pada pandangan RIS-IT, bajet 2012 langsung tidak menyebut hal berkaitan ICT secara langsung. Yang ada hanya secara sampingan itu pun hanya satu sahaja yang dapat dikesan selepas membaca semula petikan bajet tersebut. Yang dimaksudkan adalah petikan ini sahaja.
sistem pentadbiran cukai yang cekap dan berkesan merupakan prasyarat untuk memperluaskan asas cukai dan meningkatkan pematuhan oleh pembayar cukai. Langkah penguatkuasaan akan dipertingkatkan dengan melaksanakan operasi bersepadu bersama agensi berkaitan, di samping memperkukuhkan sistem ICT agensi pengutip hasil
Dalam bajet 2010 dan 2011, bajet berkaitan ICT begitu menarik seperti pemberian netbook, pengecualian cukai broadband dan pengecualian cukai smartphone. Dan yang penting ia memberi kesan secara langsung kepada rakyat.

Namun entri ini hanya menyebutkan berkenaan ICT sahaja dan banyak lagi perkara lain yang disentuh dalam bajet 2012. Bagi yang ingin membaca teks penuh bajet 2012 sila search di internet atau di klik di siniDan jika ingin memuat turun petikan bajet sila muat turun di laman web perbendaharaan (klik di sini).

RIS-IT juga membuat tinjauan berkenaan bajet tersebut di facebook. Untuk mengundi sila buka laman undian tersebut di sini ----> http://www.facebook.com/questions/2068491634772/ (sila klik utk mengundi)
Soalan dan bentuk undian di Facebook