Nyahaktif Javascript | Edisi Google Chrome

Entri sebelum ini adalah untuk 'Internet Explorer' dan "Mozilla Firefox' dan kali ini adalah untuk 'Google Chrome' pula. Tujuan dan alasan untuk nyahaktif JavaScript ada diterangkan dalam entri sebelum ini (Klik sini dan sini untuk baca kembali).

Untuk nyahaktif JavaScript bagi browser 'Google Chrome', sila ikuti langkah di bawah;

Langkah 1 : Klik pada simbol spanar pada bahagian atas kanan dan seterusnya klik pada 'Options'.
Langkah 2 : Pilih 'Under the Hood' dan seterunya klik pada 'Content Settings'.
Langkah 3 : Cari 'JavaScript' dan tandakan pada 'Do not allow any site to run JavaScript'.
Langkah 4 : Refresh @ Reload semua browser untuk memastikan JavaScript telah dinyahaktif.

Selepas menyelesaikan perkara yang memerlukan nyahaktif javascript, jangan lupa untuk aktifkan kembali javascript. Caranya adalan dengan mengikuti langkah-langkah di atas tapi pilih semula 'Allow All Site to Run JavaScript'



Nyahaktif Javascript | Edisi Mozilla Firefox (klik sini)
Nyahaktif Javascript | Edisi Internet Explorer (klik sini)

Blog "Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan"

Klik imej utk sumber gambar
Blog terbaru telah tiba dan sesuai untuk semua pihak terutamanya pihak industri, pelajar, pengamal KKP dan juga sesiapa sahaja yang berminat untuk mengetahiunya. Pada pandangan saya, inilah peluang yang ditunggu-tunggu untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan aspek 'keselamatan dan kesihatan' dalam bentuk alternatif selain melayari laman web rasmi KKP iaitu www.dosh.gov.my.

Tidak sekadar membaca info yang dihidangkan malah boleh juga bertanyakan soalan yang berkaitan KKP dan Insya Allah soalan anda akan dijawab oleh pegawai KKP yang berpengalaman dan menepati kehendak semasa.

Blog yang dimaksudkan ini adalah "Blog Maklumat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan" dan baru sahaja diwujudkan pada awal Disember 2011. Blog ini dikendalikan oleh sekumpulan pekerja yang menamakan diri mereka 'teamcasligas' dan untuk melayari blog ini hanya pergi ke blog mereka di alamat http://teamcasligas.blogspot.com/ perbagai info KKP akan terpapar.

Selamat membaca.
#Semasa entri ini ditulis, blog tersebut masih dalam peringkat percubaan.

Semakan Daftar Pemilih

Sekarang hangat diperkatakan bahawa Pilihanraya bakal diadakan bila-bila masa dari sekarang dan kemungkinan tersebut kian jelas dengan pelbagai kemudahan dan bantuan yang disalurkan sejak akhir-akhir ini.

#Namun abaikan kemungkinan tersebut kerana yang penting, sudahkan anda mendaftar sebagai pemilih. Itu yang paling PENTING.#

Bagi yang telah mendaftar, anda boleh menyemak nama anda melalui pejabat SPR ataupun laman web SPR. Jangan lupa semak, manalah tahu nama kita tiada dalam senarai (yg baru berdaftar) atau telah berubah kawasan akibat persempadanan kawasan mengundi (yg dah lama daftar).

Kalau nak menyemak senarai nama, ikuti langkah seperti dinyatakan di bawah;
Langkah 1 : Buka laman web SPR (untuk semakan). Klik sini (BM) dan sini (BI)
Langkah 2 : Masukkan nombor Kad Pengenalan dan klik "Semak"
Langkah 3 : Maklumat pendaftaran anda akan dipaparkan.

Semak maklumat yang dipaparkan. Jika terdapat sebarang masalah / kesilapan atau tak berpuas hati, sila kemukakan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

INGAT - Satu Undi Anda mungkin akan mengubah suasana politik negara. Buatlah pilihan yang terbaik demi masa depan anda dan negara.

Nyahaktif Javascript | Edisi Mozilla Firefox

Jika sebelum ini adalah edisi IE, entri kali ini adalah untuk Mozilla Firefox pula. Fungsi nyahaktif atau melumpuhkan keupayaan javascript adalah serupa sepertimana yang diterangkan sebelum ini (klik utk baca) namun lain browser, lainlah caranya. Untuk browser Mozilla Firefox, caranya adalah seperti ini;

Langkah 1 : Buka browser Mozilla Firefox.
Langkah 2 : Pilih menu 'Tools" dan kemudian klik 'Option'.
Langkah 3 : Pilih tab 'Content' dan untick (buang tanda tick) pada 'Enable JavaScript'.
Langkah 4 : Klik 'Ok'.

Selesai langkah tadi bermakna anda sudah selesai melumpuhkan javascript yang dipasang pada mana-mana website / blog.

Selamat mencuba.

Nyahaktif Javascript | Edisi Internet Explorer (klik sini)
Nyahaktif Javascript | Edisi Google Chrome (next entry)