NJOY | TV Satelit Tanpa Komitmen Bulanan

NJOY - TV satelit baru tanpa komitmen bulanan telah dilancarkan baru-baru ini. Walaupun mempunyai jenama berlainan, ia adalah di bawah syarikat Astro dan rancangan yang diberikan adalah sebahagian dari siaran yang telah ada dalam pakej Astro. Walaupun tiada komitmen bulanan, pelaburan peringkat awal adalah diperlukan sebanyak RM 388 iaitu RM 288 untuk peralatan dan RM 100 utk pemasangan.
Terdapat 18 saluran TV dan 19 saluran radio sepertimana yang ditunjukkan di gambar bawah ini. Namun jika diperhatikan, tiada satu pun saluran di bawah kelolaan Media Prima (TV3, NTV7, 8TV dan TV9) dan TV AlHijrah. Kenapa ye, mungkin dimasukkan pada masa akan datang?
Pendaftaran telah dibuka dan boleh dibuat secara biasa atau online dengan mengklik link sini (njoy). Walaupun RIS-IT mempromosi TV ni secara sukarela percuma, ini tak bermakna RIS-IT melanggan saluran ini. Sekadar berkongsi info saja tapi kalau sapa2 nak sponsor, apa salahnya. Kecil tapak tangan, nyiru satelit njoy RIS-IT tadahkan.


***************************************

Bloggers & Social Media Award | Senarai Pemenang

'Bloggers & Social Media Award 2012' yang baru diadakan telah menyenaraikan pemenang-pemenang berdasarkan pengundian oleh pembaca blog. Senarai ini merupakan senarai yang ada di website rasmi award tersebut di sini (klik) dan tujuan dimasukkan dlm blog ini adalah utk berkongsi info dengan pembaca RIS-IT. Manalah tahu, masih ada yang belum mengetahui pemenangnya atau langsung tak tahu kewujudan award seperti ini.
Ada beberapa blog yang RIS-IT ikuti berjaya menjadi pemenang dalam beberapa kategori tapi ada jugak yang tak menang (sekadar masuk list akhir). Antara favorite RIS-IT ialah Denaihati, Ariffshah, ILuvIslam, OhBulan, BeautifulNara dan Amanz (yg ada dlm senarai anugerah). Dan tak sangka, kategori 'Worst Blog' pun ada. Hahaha..... Tak tahu la sama ada pemenang tu berbangga atau malu-malu kucing (tapi bila RIS-IT baca, OK je).

Antara pemenangnya (klik pada nama pemenang utk buka blog tersebut):-

Best of the Best Blog of The Year : Denaihati

Upcoming Blogger : Ariffshah

Educational Blog : Iluvislam

Funniest Blog : Fukkenlol

Gadget Blog : Allaboutphone

Travel Blog : Placesandfoods

Entertainment Blog : Ohbulan

Gossip Blog : Rotikaya

Music Blog : Yunainspired

Celebrity Blog : Honeykoyuki

Auto Blog : Paultan

F&B Blog : Koleksi101resepi

Lifestyle Blog : Eqbalzack

Health & Well Being Blog : Ninieahmad

Sport Blog : World-superbikes

CSR Blog : Kucing

Business Blog : Shahabudeenjalil

Photograhy Blog : Danielzaidi

Video Blog : Inianwarhadi

Shopping Blog : Kznabihah

Vocal Blog : Hazrey

Innovative Blog : Limkokwing

Political Blog : Chedet

Worst Blog : Bicaramakdara

Social Media Champion : Octave

Social Media Award - Public Agency : Pemandu

Social Media Award - Business : Myorange

Social Media Award - Campaign (Malaysia) : Myselangorstory

Social Media Award -Campaign (International) : Octtwtfest

Social Media Icon (International) : Apesal

Social Media Icon (Malaysia) : Aznilnawawihm

Senarai di atas adalah senarai pemenang aje. Kalau nak tengok senarai finalis lain (kira macam naib johan dan tempat ketiga) bolehlah terus ke website award tersebut di 'Bloggers & Social Media Award'

Email Bunga

Nak hantar bunga secara terus kepada seseorang yang baru dikenali? Tapi malu.
Mudah je.. Hantar bunga palsu online. Jimat kos dan pastinya orang tersebut menerimanya.
Tapi perlu tahu alamat email orang tersebut dan bagaimana caranya.


Caranya macam ni,

Dapatkan email orang tersebut. Tak kisahlah secara rahsia atau minta sendiri kepada orang tersebut. Kalau dah dapat, satu kaki dah berjaya.

Kaki kedua pula caranya dengan membuka laman web 'flower2mail' di URL http://www.flowers2mail.com/.
Kemudian pilih pasu, bunga dan daun yang diingini. Contoh yang saya dah buat seperti di sebelah.

Cantik Tak.

Lepas tu masukkan makumat yang diperlukan seperti alamat email, ucapan dari anda, nama anda dan seterusnya 'send'

Cuba... Jangan Tak Cuba

Buat Logo Secara Online

Jika anda mempunyai logo tersendiri tak kisahlah samada untuk satu blog atau suka-suka je, bolehlah mencuba membuat secara online. Guna je perisian 'Online Logo Maker' atau 'Supa Logo'. Sekadar dua je yg sempat di cuba dan rasanya beribu-ribu lemon lagi di website. Menarik juga.

Online Logo Maker
URL : http://www.onlinelogomaker.com/
Di bawah ini contoh yang telah saya cuba dalam masa tak sampai 2 minit. Kalau lama lagi mesti bertambah cun. Kotak yang bertulis Online Logo Maker tu saja je letak, logo yang direka kat bawah perkataan tu.

Supa Logo
URL : http://supalogo.com/
Kat bawah ni pula contoh menggunakan 'Supa Logo'. Tak sampai 2 minit gak. Tapi yang ni hanya boleh letak tulisan je, tak seperti Online Logo Maker' yg boleh letak gambar. Kalau nak pilih bentuk dan warna tulisan, klik pada bahagian 'options'.