PunchTab | Ganjaran Untuk Pembaca Blog

PunchTab - Satu kaedah untuk menghargai pengunjung blog ataupun ingin mengikat pembaca supaya selalu mengunjungi blog anda. Caranya dengan memasang plugin 'PunchTab". Tapi untuk memasang plugin ini, anda perlulah mendaftar dahulu. Selepas itu dapatkan kod html yang diberikan dan letakkan pada blog anda.
Namun blog RIS-IT ini belum lagi bersedia memasang plugin ini namun saya kerap mengunjungi blog-blog yang ada memasang plugin ini. Antaranya dua blog ternama iaitu 'Amanz' dan 'Denaihati'. Kalau anda ingin saya kerap mengunjungi blog anda, bolehla pasang plugin ini dan letakkan link blog anda di bawah entri ini.
Untuk mendaftar pergi sahaja ke laman web 'PunchTab' (klik sini) dan masukkan maklumat untuk pendaftaran. Selepas itu dapatkan kod html dan letakkan pada blog anda. Plugin tersebut akan terpapar pada sebelah bawah kiri seperti ditunjukkan di bawah.
Setiap kali pengunjung mengunjungi blog anda, mereka akan mendapat mata bagi aktiviti yang dijalankan. Sesetengah blog yang saya kunjungi juga menawarkan hadiah bagi setiap mata yang terkumpul mengikut keperluan yang ditetapkan. Bagi pemilik blog inilah peluang untuk mendapatkan statistik pengunjung yang setia, meningkatkan bilangan pengunjung dan mengetahui siapa yang kerap berkunjung (sebelum ini hanya tahu bilangan sahaja). Dan bagi pengunjung inilah peluang untuk mendapatkan mata ganjaran. Situasi menang-menang telah wujud dengan kaedah ini.
Jika pembaca rajin melawat dan melalui aktiviti yang ditetapkan maka banyaklah mata yang dapat dan mungkin boleh menuntut hadiah yang ditawarkan. Sebagai contoh di bawah yang diambil dari blog 'amanz'.
Plugin ini berfungsi untuk memberikan mata bagi setiap aktiviti yang dijalankan di blog anda. Setiap aktiviti diberi mata sebanyak 100. Antara aktiviti yang boleh ditetapkan untuk diberi mata ialah 'lawat blog', 'komen', 'fb like', 'Google +1' dan 'tweet'.

Relak Sebenar | Siapa Paling Power?

WIKIPEDIA : Aku tahu semuanya.

FACEBOOK : Aku pula kenal dengan semua orang.

GOOGLE : Aku ada semuanya.

MOZILA : Tanpa aku, korang tidak boleh diakses.

IE : Wei Mozilla, sendrik mau ingat ha…gua kan ada..!

MOZILA : Lu pehal? Kacau line orang jer!

IE : Lu dulu la mamat, mengaku lu sorang jer boleh akses pada diaorang tadi!!

INTERNET : Sudah!!! … jangan gaduh-gaduh ! Kalau aku takde, korang lagi la takde..! Power tak aku?

FACEBOOK : Hmmm, akulah yang paling ramai di kunjungi. Jadi gua yang terbaekkkkk..!!!

YAHOO : Facebook, jangan riyak. Kalau aku takde, mana boleh buat email!

GOOGLE : Yahoo, Gua kan boleh buat email gak!

INTERNET : zzz… gua tau gua paling hebat.

TNB : Diamlah korang, nanti aku matikan elektrik.. baru korang tau siapa paling power!

Moral: Walaupun bil TNB naik diam-diam, jangan tak bayar nanti tak boleh layan

Sumber

Online Ensiklopedia | Wikipedia

Nak cari maklumat tentang apa-apa sahaja. Senang je - Pergi library.
Atau buka internet dan cari wikipedia.
Wikipedia ini adalah sebuah ensiklopedia bebas yang menceritakan pelbagai maklumat. Namun kesahihannya ada juga yang boleh dipertikaikan namun kebanyakkan maklumat boleh diguna pakai. Dan yang pentingnya ia percuma dan boleh digunakan bila-bila masa sahaja.
Sebagai contoh nak baca tentang felda, taip je perkataan felda dan info berkenaan felda akan keluar.

Nak buka wikipedia klik je 'sini'.
Lepas tu pilih je maklumat yang ingin ada baca. Sebagai contoh di atas iaitu 'felda'. Taip je perkataan 'felda' di kotak carian yang terdapat pada bucu atas kiri dan tekan butang kanta.
Dan maklumat berkenaan 'felda' akan segera dipaparkan sepertimana yang ditunjukkan di bawah. Senang bukan?
Salam Maklumat Buat Semua