Software Untuk Membuang Facebook Timeline

Jika anda tak berminat untuk menggunakan Timeline untuk facebook, kini terdapat software yang boleh dipasang pada komputer anda. Tapi software ini hanya berfungsi pada komputer anda sahaja dan kembali terpapar pada komputer lain yang tidak memasang software ini. Ia juga akan mematikan fungsi timeline ini bagi semua facebook yang menggunakan timeline pada komputer yang dipasang software ini.

Untuk tujuan tersebut sila download extension / plugin ini.

Bagi Browser Google Chrome : Install software ini ---> KLIK SINI UNTUK CHROME

Bagi Browser Mozilla Firefox : Install software ini ---> KLIK SINI UNTUK FIREFOX

Nota : Mungkin komputer anda akan memberi amaran sebelum anda memasang software ini tapi ini adalah amaran biasa setiap kali anda memasang apa jua software.

Facebook Page Timeline

Bermula 31 Mac 2012 lalu, semua Facebook Page telah bertukar format dari bentuk biasa ke bentuk timeline. Facebook Page RIS-IT pun tak terkecuali. Timeline ini berfungsi dengan menyusun setiap perkara mengikut tarikh perkara tersebut berlaku dari mula Facebook ini diwujudkan hingga lah ke update terkini.
Facebook Page asal tanpa timeline
Seperti biasa, benda yang baru memang tidak disukai oleh sesetengah orang termasuklah saya. Kalau boleh nak je tukar semula ke format lama tapi apakan daya. Tak ada cara yang boleh menukarkannya kembali ke format asal secara total. Yang ada hanyalah dengan menggunakan browser extension / plugin tapi hanya berkesan kepada komputer yang dipasang extension / plugin tersebut sahaja. Kalau buka guna komputer yang tiada extension / plugin tersebut, timeline ini kembali menonjolkan diri. Juga ada juga cara dengan cara menginstall software ke dalam komputer tapi seperti extension / plugin, ia berfungsi pada komputer itu sahaja. Entri akan datang akan saya terangkan cara mendapatkan extension / plugin tersebut dan software seperti yang dinyatakan.
Facebook Page dengan timeline

Dropbox | Simpanan Fail Secara Maya

Dropbox adalah satu perkhidmatan penyimpanan fail secara maya atau juga dikenali sebagai cloud. Penyimpanan boleh dibuat ke dalam akaun anda di mana sahaja ada sambungan internet dan begitu juga untuk mendapatkannya kembali.
Pendaftaran biasa tanpa melalui refferal link akan diberikan sebanyak 2 GB saiz fail secara percuma namun jika pendaftaran dibuat melalui refferal link 2.5 GB saiz fail percuma akan diberikan. Jika memenuhi syarat yang ditetapkan, ruangan percuma sehingga 16 GB akan diberikan.
Untuk mendaftar, bolehlah mengklik pautan ini 'dropbox.com' (refferal link) atau FB referal dan anda akan dibawa ke laman web dropbox untuk proses pendaftaran. Selepas dibuka laman web dropbox, masukkan maklumat yang diberikan dan lengkapkan proses pendaftaran.
Selepas selesai pendaftaran, anda sudah boleh menggunakan akaun anda dengan cara menyimpan fail-fail yang anda perlu akses tanpa perlu risau tertinggal handy drive / usb drive atau seumpamanya.

Delete Komen Di Blog

Kadang kala kita tersilap komen di blog sebagai contoh di bawah;
1. Tersalah komen di entri yang tak sepatutnya.
2. Komen yang telah dihantar dirasakan mungkin akan menyentuh sensitiviti pemilik blog atau orang lain.
3. Komen yang ditulis dirasakan tak menarik dan ingin mengedit komen yang telah dihantar.
4. Lain-lain alasan selain no 1-3 di atas.

Sebenarnya komen yang berlaku seperti di atas boleh dibuang dengan mudah sekali (utk platform blogger sahaja).

Selepas kita hantar komen tersebut, terdapat simbol 'tong sampah' disebelah tarikh dan masa komen tersebut.
Jadi gunakan kemudahan 'tong sampah' ini untuk membuang komen tersebut. Selepas itu barulah diedit semula, ditulis baru atau biarkan tiada komen. Namun paparan komen tersebut hanya untuk komen yang terus dipaparkan. Bagi komen yang perlu kelulusan pemilik blog, kenalah tunggu pemilik blog tersebut luluskan dulu.