Browser Internet Explorer

Serangan pepijat buat sementara waktu untuk penggunaan browser Internet Explorer sepertimana yang dipetik melalui akhbar Berita Harian bertarikh 20 September 2012.
Tak pasti bila pula masalah ini akan diselesaikan. Harap-harap sesapa yang baca blog ini dan mengetahui tarikh masalah ini telah diselesaikan, bolehlah berkongsi info dengan menulis di ruangan komen di bawah. Maklumlah masih banyak website yang hanya boleh dibuka atau hanya sesuai dibuka menggunakan internet explorer.

Facebook Chat | Block FB Chat Untuk Kawan Terpilih

Sumber Foto
      Sambungan entri sebelum ini berkenaan FB Chat di mana sebelum ini anda pilih rakan yang dibenarkan untuk sembang (klik sini untuk baca). Manakala entri yang ini pula adalah untuk menghalang (block) rakan yang anda tak mahu sembang dengannya melalui Facebook Chat. Sesuai untuk pengguna yang mempunyai ramai rakan dan hanya ingin menghalang beberapa rakan sahaja.
      Caranya hampir sama dengan cara untuk memilih rakan yang dibenarkan chat tapi untuk menghalang, hanya pilih kotak  'turn on chat for all friend except...'.

Untuk mengaktifkan block friend, ikuti langkah-langkah berikutnya.


Langkah 1 : Klik 'Setting' (simbol gear / bintang) yang terletak di bahagian bawah kanan.

Langkah 2 : Pilih ' Turn on chat for all friend except...' dan pilih kawan yang diingin diblok dari sembang.


Langkah 3 : Klik 'simpan'.

Kini anda boleh bersembang dengan rakan FB tanpa risau diganggu oleh rakan yang telah di block.
Untuk kembali mengaktifkan rakan yang telah diblock, hanya ikuti langkah 2 dan buangkan nama rakan tersebut dari senarai.

Langkah yang ditunjukkan di atas hanya memblock rakan dari bersembang SAHAJA dan tidak memblock dari lain-lain aktiviti FB. Anda masih boleh menghantar post dan mesej kepada rakan yang di block.

Facebook Chat | Chat FB Dengan Kawan Terpilih

       Facebook kini telah membenarkan pengguna menetapkan beberapa rakan-rakan sahaja yang boleh sembang atau chat dengan anda. Dan juga membenarkan kawan-kawan yang terpilih itu sahaja yang mengetahui bahawa anda sedang online. Sebelum ini jika kita tak mahu kawan mengetahui bahawa kita sedang fb online, kita perlu tetapkan 'turn off chat' dan kesemua orang tidak akan dapat melihat kita online termasukkan keluarga, saudara dan rakan karib.
       Kini dengan kemudahan ini, bolehlah kita menetapkan keluarga, saudara dan rakan karib boleh melihat kita online dan pada masa sama menghalang kawan yang tak diperlukan dari mengetahui anda sedang online. Pilihan ini juga sesuai untuk pejabat yang membenarkan pekerja menggunakan fb untuk berkomunikasi utk tujuan pekerjaan. Mereka hanya perlu memilih rakan sekerja dalam senarai yang dibenarkan dan boleh mula berkomunikasi tanpa gangguan dari pengguna fb lain.

Untuk menetapkan kawan untuk chatting ikuti langkah ini,

Langkah 1 : Klik 'Setting' (simbol gear / bintang) yang terletak di bahagian bawah kanan.

Langkah 2 : Pilih ' Turn on chat for only some friend' dan pilih kawan yang dibenarkan sembang.
Langkah 3 : Klik 'simpan'.

Kini anda dah boleh sembang dengan kawan yang anda telah tetapkan tanpa risau gangguan dari kawan yang tidak dialu-alukan. Status sembang akan ditunjukkan seperti di bawah (kawan dibenarkan ditunjukkan bahagian atas dan kawan diblock ditunjukkan di bahagian bawah)


***************************************



Kalkulator Maya 2 | Google Calculator

Kalkulator maya telah ditunjukkan dalam entri sebelum ini (klik sini) Namun kali ini kalkulator maya bagi google telah ditambahbaik di mana pihak google telah memasang kalkulator secara terbina dalam dalam enjin carian mereka. Kalkulator terbina dalam ini akan muncul secara automatik apabila anda memasukkan pengiraan anda di dalam kotak carian.

Caranya mudah sahaja;

Langkah 1 : Buka google
Langkah 2 : Masukkan pengiraan yang anda perlukan (contoh : 489 bahagi 53.2) dan tekan butang search.
Langkah 3 : Kalkulator terbina dalam secara automatik akan dipaparkan bersama jawapan yang dikehendaki. (Bagi contoh tadi, jawapannya adalah 9.19173).

Dan akan boleh terus menggunakan kalkulator tersebut untuk membuat lain-lain pengiraan.