IT/ICT DALAM BAJET 2010

Berikut adalah beberapa petikan Ucapan Menteri Kewangan 1 dan juga merupakan Perdana Menteri Malaysia semasa membentangkan Bajet 2010;

Dalam memantapkan bidang ICT, kerajaan akan mempercepatkan p
erlaksanaan "High Speed Broadband" dengan jumlah kos sebanyak RM11.13 billion. Sejumlah RM2.4 billion dari kerajaan dan RM8.9 billion dari Telekom Malaysia.
Sebagai permulaan, perkhidmatan jalur lebar dengan kelajuan 10 megabait sesaat akan disediakan di kawasan terpilih di Kuala Lumpur dan Selangor menjelang akhir Mac 2010. Seterusnya perkhidmatan ini akan diperluaskan di kawasan terpilih di seluruh negara dalam tempoh 2010 hingga 2012.
Sebagai tanda galakan kepada rakyat dan komitmen, kerajaan mencadangkan agar pembayar cukai individu diberi pelepasan cukai ke atas yuran langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun mulai tahun 2010 sehingga 2012.
Pada masa ini, penjawat awam dibenar membuat pinjaman kerajaan untuk membeli komputer setiap lima tahun dengan maksimum RM5000. Bagi menggalakkan pemilikan komputer, syarat ini dilonggarkan dengan membenarkan penjawat awam membuat pinjaman setiap tiga tahun sekali.
.......... (selanjutnya)
Menawarkan pakej 'netbook' termasuk perkhidmatan 'broadband' percuma kepada pelajar universiti dengan bayaran RM50 sebulan untuk tempoh 2 tahun. Pakej ini jauh lebih murah daripada harga pasaran dengan prioriti kepada pelajar tahun pertama dari keluarga berpendapatan rendah. Sebagai permulaan, pakej ini akan ditawar oleh Telekom Malaysia kepada 100000 pelajar semua universiti tempatan bermula 1 Januari 2010.

Petikan Bajet 2010 pada 23 Oktober 2009.

Enjin Carian Berunsurkan Islam


Selama ini kita seringkali menggunakan enjin carian google, yahoo atau beberapa enjin carian yang lain. Carian yang kita buat menggunakan carian tersebut selalunya tidak diklasifikasi dan kadangkala tidak sesuai kepada sesetengah golongan.


Enjin carian Google

Enjin carian Yahoo

Namun kini terdapat satu enjin carian yang berunsurkan keISLAMan yang mana memberi panduan kepada pengguna mengklasifikasikan setiap carian yang kita buat. Enjin carian yang dimaksudkan ialah I'm Halal atau lebih dikenali sebagai IMHALAL. Alamat enjin carian ini ialah http://www.imhalal.com/

Fungsinya sama dengan enjin carian yang lain di mana maklumat yang ingin dicari akan ditunjukkan di bahagian bawah setiap carian.

Namun jika maklumat yang ingin dicari merupakan maklumat yang diragui, maka amaran akan dikeluarkan di bahagian bawah carian. Klasifikasi dibahagi kepada 3 bahagian. Jika di klasifikasi sebagai '1 out of 3' maklumat tersebut diragui tapi masih boleh dibuka. Namun sebelum dibuka satu mesej amaran ditunjukkan. Namun jika diklasifikasi sebagai '3 out of 3' carian tidak ditunjukkan dan pengguna dinasihatkan menggunakan perkataan lain untuk meneruskan carian.

Contoh 1 : Jika di tulis 'porn', pencarian tersebut dikelasifikasikan sebagai '3 out of 3' dan tiada paparan carian ditunjukkan.


Contoh 2 : Jika di tulis 'pig', pencarian tersebut diklasifikasikan sebagai '1 out of 3' dan peringatan ditunjukkan namun pencarian masih boleh dipaparkan dengan mengklik pada 'If you still think the result will be clean click me!' dan hasil carian akan dipaparkan.


Diharap maklumat ini dapat di manfaatkan bersama. Semoga enjin carian ini digunakan oleh kita semua bagi mengelakkan maklumat yang tidak bersesuaian dicapai oleh pihak yang tidak sepatutnya seperti anak-anak kita, pelajar sekolah dan mana-mana pihak yang lain.


Salam Perkenalan

Blog ini diwujudkan atas kesedaran saya untuk berkongsi maklumat berkaitan pekara-perkara yang berkaitan teknologi maklumat yang saya tahu serba sedikit.
Maklumat ini merupakan maklumat yang sering gunakan dan didapati berfaedah jika dapat berkongsi bersama dengan orang lain.
Jika anda ada maklumat untuk dikongsi bersama, anda dialu-alukan dan sila maklumkan melalui komen di bawah setiap entry.
Maklumat yang kita kongsikan ini tidak merugikan kita atau sesiapa pun malah dapat menolong orang lain apabila mereka turut menggunakan ilmu tersebut.
Bak kata bijak pandai;
ILMU TIDAK AKAN HILANG JIKA DIAJAR/DIBERIKAN KEPADA ORANG LAIN MALAH AKAN BERKEMBANG DAN MEMBERI MANAFAAT KEPADA SEMUA.
Selamat membaca.
Related Posts with Thumbnails