Daftar Haji

      Sudahkan anda mendaftar untuk menunaikan haji. Jika tabungan telah mencukupi sebanyak RM1300, jangan berlengah lagi. Cepat pergi daftar kerana giliran pencarum yang menunggu haji amat ramai. Bayangkan anak saya yang berdaftar pada tahun ini hanya akan diberikan giliran pada 2060 iaitu 47 tahun lagi. Bagaimanapun ini adalah berdasarkan bilangan permohonan semasa tidak mengira jika ada pencarum lain meninggal atau belum bersedia untuk ke tanah suci. Juga tidak mengira jika kita membuat rayuan untuk pergi lebih awal bagi alasan yang kukuh seperti masalah kesihatan, mengiringi ahli keluarga kurang upaya dan sebagainya.
      Terdapat beberapa cara untuk mendaftar haji iaitu melalui kaunter (terpopular sekarang), melalui ATM dan melalui online. Pendaftaran melalui kaunter telah ada sejak dulu. Bagi pendaftaran melalui ATM pula, anda perlulah ada kad ATM bank Islam atau Bank Rakyat yang dirangkaikan dengan akaun Tabung Haji untuk menjalankan pendaftaran ini. Bagi pendaftaran secara online pula, boleh dilakukan melalui laman wab Tabung Haji.
      Untuk mendaftar haji secara online, hanya pergi ke laman web Tabung Haji (klik sini) dan laman seperti di bawah akan dipaparkan.
Kemudian pilih 'Pendaftaran Baru' dan baca keterangan yang dipaparkan. Selepas itu klik 'Saya Bersetuju' untuk meneruskan proses pendaftaran.
Masukkan No Akaun / No Kad Pengenalan untuk proses seterusnya.

SELAMAT MENDAFTAR HAJI.

Selain mendaftar haji, anda juga boleh menyemak status pendaftaran haji anda secara online di sini (klik gambar di bawah)
Masukan salah satu maklumat dan klik 'pertanyaan'

Terjemahan @ Translate

      Jika sebalum ini saya menerangkan berkenaan terjemahan menggunakan 'Google Translate' (klik sisi utk membaca), tapi kali ini diterangkan pula mengenai perkhidmatan yang sama yang dikendalikan oleh pesaing terkuat bagi enjin carian google tersebut iaitu 'Bing'. Perkhidmatan yang disediakan oleh Bing ini dikenali sebagai 'Bing Translator'.
      Pada pemerhatian RIS-IT fungsinya adalah sama, hanya dikendalikan oleh pengendali yang berlainan. Pilihan bahasa pun banyak walaupun tak sebanyak google translate.
Jika hendak menggunakannya 'bing translator' bolehlah klik gambar di atas.

      Semasa entri ini ditulis, terdapat 43 pilihan bahasa untuk terjemahan dan salah satunya adalah 'Malay' iaitu Bahasa Malaysia. Di bawah ini ditunjukkan contoh terjemahan yang dibuat dengan 'bing translator'.
Masih tak tepat rasanya terjemahan ini, tapi bolehlah dari tak tahu langsung.
Related Posts with Thumbnails