Uji Kecekapan Menaip Secara Online


Kini terdapat kemudahan untuk menguji kecekapan menaip secara online. Juga boleh digunakan untuk belajar untuk mengasah bakat menaip jika telah tahu kedudukan papan kekunci. Jika dahulu kita belajar secara manual atau membeli software untuk menguji atau belajar menaip tapi sekarang telah tersedia secara online. Walaupun kelihatan 'macam' mudah tetapi sebenarnya agak sukar terutamanya yang tidak cekap menaip seperti saya. Saya perlu sekali sekala melihat papan kekunci untuk melihat huruf yang ditekan. Bagi yang telah power menaip dan tak perlu melihat huruf pada papan kekunci rasanya tak mendatangkan masalah besar bagi mereka untuk mendapat markah yang bagus. Perisian ini boleh menggunakan untuk meningkatkan / memantau tahap kelajuan menaip kerana selepas selesai satu ujian menaip akan dipaparkan statistik menaip seperti markah, kelajuan menaip, bilangan perkataan betul dan bilangan perkataan salah. Ada juga yang menjadikannya sebagai medium untuk bertanding dengan kawan-kawan bagi melihat siapa lebih bagus. Yang kalah tentunya kena belanja yang menang.
Disebabkan hanya boleh digunakan secara online, perisian ini tak boleh di download malah tidak boleh digunakan jika tiada sambungan internet.
Terdapat 40 puluh pilihan bahasa untuk dipilih antaranya Bahasa Malaysia, Indonesia, English dan Arab. Juga boleh dikongsi pencapaian tersebut dengan pengguna internet kerana disediakan kod untuk diletakkan pada halaman anda. Yang paling best tentunya software ni boleh digunakan bila-bila masa, berulang kali dan ianya adalah percuma. Juga anda tak perlu mendaftarkan diri untuk menggunakannya.
Untuk memulakannya pergi ke halaman sesawang 'speedtest' atau klik di sini.
Selepas masuk pilih bahasa yang ingin anda uji dan tekan 'restart'. Senarai bahasa disusun berdasarkan populariti penggunaan dan juga disusun mengikut abjad. Semasa saya menulis entri ini, English adalah bahasa yang paling kerap digunakan manakala Bahasa Malaysia menduduki tempat ke 11 dari 40 bahasa lain.
Mulakan lenggok jari jemari anda sebaik sahaja perkataan 'restart' ditekan.
Perkataan yang diberikan buka dalam bentuk ayat teratur kerana tujuan utama adalah untuk menguji kecekapan menaip. Perkataan yang keluar adalah secara rawak dan merupakan perkataan yang seringkali digunakan.
Selepas selesai markah anda akan dipaparkan sepertimana di atas. Jika tak berpuas hati, ulang lagi dan lagi dan lagi sampai mencapai tahap yang memuaskan.
Jika merasakan anda sudah laju dan ingin memaparkan pada laman web anda, tampal kod yang diberikan ini di laman web anda dan paparannya adalah seperti di bawah.
67 perkataan

Selamat menaip dan bertanding dengan rakan sepejabat anda.


Relak Sebentar : Jika ada email

Seorang wanita memohon jawatan tukang sapu di MSC Cyberjaya. Pegawai di situ telah mengadakan temuduga dan meminta wanita itu menunjukkan caranya membersih lantai.. Lalu dia mengatakan “Anda diterima bekerja, berikan email anda, kami akan mengirim maklumat yang diperlukan.” Wanita itu menyatakan yang dia tidak memiliki komputer dan juga email. Penemuduga terus mengatakan bahawa tanpa email.. wanita itu tidak boleh diambil sebagai pekerja.

Wanita itu menerima keputusan itu dengan rasa kecewa dan hanya memiliki RM10. lalu dia pergi ke Supermarket terdekat dan membeli 10 kg sayur. Lalu dijualnya sayur tersebut dari pintu ke pintu dan habis dalam masa 2 jam saja. Dia mendapat untung sekali ganda.. Lalu diulanginya kerja tersebut dan menjadikannya sebagai pekerjaan tetapnya.. Setelah beberapa waktu.. dia mampu membeli Lamborghini dan mengembangkan perniagaannya dengan membuka beberapa supermarket di sekitar Kuala Lumpur.

Suatu hari.. dia terlintas untuk mengambil insuran untuk diri dan keluarganya… Dipanggilnya penjual insuran datang kepejabatnya…. Setelah bersetuju… Penjual insuran berkata.. “Minta email Puan…” “Oh.. maaf saya tidak ada komputer dan email” jawab wanita itu.

Penjual Insuran terkejut dan berkata “Aneh.. Puan mempunyai perniagaan yang besar, tapi tidak mempunyai komputer dan email. Bayangkan apa yang Puan boleh lakukan jika Puan memiliki komputer dan email.” Wanita itu menjawab: “Jadi tukang Sapu di MSC Cyberjaya

 


Blog - Mesra Telefon

Nak buka blog dengan pantas pada telefon bimbit? Bagi pengguna platform 'blogger', ada cara untuk menyelesaikannya. Bagi membolehkan blog mesra telefon bimbit, tetapan pada telefon blog perlu diubah supaya apabila dibuka menggunakan telefon bimbit, blog tersebut cepat dibuka. Tetapan yang di buat ini akan memaparkan bahagian-bahagian yang tertentu sahaja dan salah satunya tentunya entri dan header blog anda. Lain-lain seperti hiasan disisi blog akan disingkirkan. Lihat perbezaan sebelum dan selepas di ubah tetapan.
Sekadar contoh : blog RIS-FAMILI
Caranya adalah seperti di bawah;
Langkah 1 : 'Sign in' blog anda dan kemudian pilih 'setting'. Anda sepatutnya berada dalam format 'blogger in draft'. (Lihat panduan di akhir entri in untuk ke format tersebut)
Langkah 2 :  Pilih 'email & mobile' dan seterusnya pilih 'Yes, On mobile devices, show the mobile version of my template'. 

Langkah 3 : Untuk melihat bagaimana blog anda akan dipaparkan dalam telefon, klik "Mobile Preview' untuk melihat contoh paparan. Jika berpuas hati klik 'Save Setting'.
Langkah 4 : Apa lagi, lihatlah hasilnya pada telefon bimbit anda. (Paparan pada komputer masih blog anda yang asal, hanya pada telefon sahaja akan berubah)

Panduan untuk ke format 'blogger in draft'.

Selamat Menyambut 2011

Feliç Any Nou, Joyeux Nouvel An, Glückliches neues Jahr, Athbhliain faoi, Buon anno, Feliz Ano Novo, La mulţi ani, Gott Nytt År, Yeni Yılınız Kutlu Olsun, З Новим роком, Chúc mừng năm mới, Blwyddyn Newydd Dda.
Seluruh dunia mengucapkkannya sama ada dalam Bahasa Inggeris atau dalam bahasa ibunda sendiri sepertimana yang tertulis di atas. Kalau kita di Malaysia tentulah kita sebut Selamat Tahun Baru.
Apakah yang pencapaian terbaik kita dalam tahun 2010 lepas. Adakah sepertimana yang kita harap-harapkan. Adakah ia tercapai.
Bagaimana pula pencapaian kita tahun 2011 dan bagaimana pula harapan baru kita kali ini. Yang baik kita teruskan dan jadikan lebih baik manakala yang buruk  kita tinggalkan sebagai pedoman.
 Apa lagi ye.... Oh ye. Hepi Neu Year dari RIS-IT.


Related Posts with Thumbnails