Lajukah Internet di Malaysia?

Bagi aku, internet yang aku pakai ni dah laju tapi tak tahu la bagi korang. Setakat yang aku tahu, UNIFI yang terlaju setakat ni kat Malaysia tapi aku tak dapat merasai kelajuan UNIFI sebab belum ada kat area aku ni. Harap-harap bila dah sampai kat area aku ni nanti, cajnya dah turun sebab setakat ni begitu mahal bagi aku.
Namun rerupanya bila aku tengok website Royal Pingdom kelajuan internet kat Malaysia masih rendah berbanding dengan negara lain, sekadar 1.19 Mbit/s dan di bawah purata dunia iaitu 1.8 Mbits/s. Bukan setakat rendah tetapi amat jauh ditinggalkan oleh negara lain terutamanya oleh penghulu segala hari pendahulu dari 50 negara yang dikaji. Malaysia sekadar di tempat ke 38 dan bagi negara ASEAN Malaysia di tangga ke 3 di belakang Thailand dan Vietnam. Mungkin sebelum ini kita mengganggap Amerika Syarikat yang merajai carta kelajuan internet ni tapi ternyata silap sebab Amerika Syarikat hanya berada di tangga ke 12 je. Yang merajai carta adalah negara Asia iaitu Korea Selatan malah 3 tempat teratas adalah dari negara Asia. Cayalah.



Secara perbandingan, kelajuan internet di Korea Selatan adalah 4 kali laju dari Amerika Syarikat dan 14 kali dari Malaysia. Tak dapat bayangkan begitu lajunya internet di Korea Selatan. Untuk membaca lebih lanjut bolehlah klik di sini.

MENCARI 'URL ASAL' BAGI URL YANG DIRINGKASKAN

Pada entri sebelum ini, RIS-IT senaraikan laman sesawang yang berfungsi untuk memendekkan alamat URL (klik sini untuk membacanya), namun kali ini RIS-IT ingin berkongsi pula laman web untuk melihat URL asal bagi URL yang telah dipendekkan. Kebiasaannya URL yang dipendekkan ini kita lihat dalam facebook atau twitter. Sebagai contoh kita tidak mengetahui URL asal bagi URL yang telah dipendekkan sepertimana yang ditunjukkan di bawah ini. Dengan mengikuti langkah yang diberikan ini, URL asal akan dapat dikenalpasti.
Kalau korang nak kepastian, korang bolehlah klikkan URL yang disenaraikan di atas dan pada masa yang sama korang lakukan langkah demi langkah sepertimana yang ditunjukkan di bawah. Didapati URL yang korang buka adalah URL yang sama.
Berikut adalah caranya.

Langkah 1 : Buka laman sesawang "untiny"
Langkah 2 : Masukkan URL yang dipendekkan yang ingin diketahui URL asalnya. Sebagai contoh : http://goo.gl/w8kM
Langkah 3 : Klik "Extract" dan URL asal akan ditunjukkan di bawahnya. Lihat contoh seperti di bawah.
Panduan ini berguna bagi mengelakkan korang terklik URL yang tidak selamat kerana URL tersebut tersembunyi disebalik URL pendek.

Laman Web Popular di Malaysia

Berikut disenaraikan Laman Web Popular di Malaysia berdasarkan senarai yang dikeluarkan oleh "Malaysia Digital Association" bagi Disember 2010. Senarai dikeluarkan adalah mengikut populariti oleh rakyat Malaysia sahaja atau kata lain dibuka dalam Malaysia sahaja.
Jika dilihat dari senarai laman web Malaysia didapati hampir separuh daripadanya adalah laman web akhbar tak kiralah akhbar semasa, hiburan atau bisnes yang dimulai dengan The Star di tempat ke tiga. Bila dicampur dengan web antarabangsa, akhbar masih ada dalam senarai dan hampir 1/3 dari senarai tersebut. Boleh dianggap rakyat Malaysia suka membaca akhbar online sepanjang Disember 2010. Selain dari itu terdapat 6 laman web yang berkaitan bank/bisnes dilayari pada tempoh tersebut. Cayalah Malaysian.


(Pandangan saya : Senarai Laman Web Malaysia mungkin berubah jika maklumat pelayaran tersebut turut mengambil kira jumlah pembaca yang membaca Laman Web Malaysia dari luar Malaysia)
Nota : Statistik ini untuk bulan Disember 2010 sahaja dan bukannya untuk sepanjang 2010.

Adakah Blog Anda Pantas Dibuka

Untuk mengetahui kelajuan blog / laman sesawang anda sendiri atau orang lain, anda boleh menggunakan perisian yang disediakan di bawah.
(Uji di kotak di bawah ini dengan memasukkan alamat yang ingin di uji dan selepas itu tekan 'check')

Your domain(s): Enter each address on a new line (Maximum 10)




(eg. iwebtool.com)


Perisian ini adalah atas ehsan iWebtool. TQ iWebtool
Masukkan sehingga maksimum 10 alamat blog / laman sesawang dan setiap satunya dalam baris yang berlainan. Di bawah ini dipaparkan kelajuan blog yang dipunyai oleh aku (setakat entri ini ditulis pada 7 Jan 11 dan mungkin diedit selepas ini).
 Masukkan alamat blog / laman sesawang dalam baris berlainan dan tekan 'check'.

Keputusan akan dipaparkan seperti ini.
Jika anda merasakan blog anda perlahan untuk di buka dan ingin mengurangkan masa 'load time' sepertimana dipaparkan dalam keputuasan ujian di atas, kenalah mengurangkan bilangan entri per mukasurat atau mengurangkan widget pada blog anda atau mengubah apa-apa 'setting' yang lain.


Related Posts with Thumbnails