Tonton TV Satelit Secara Online & Percuma

      Kini anda boleh menonton TV satelit secara online seperti Star Movies, Discovery Channel, Al Jazeera, ESPN, Cartoon Network dan banyak lagi (ikut senarai yang ada adalah 136). Semuanya secara percuma kecuali hanya perlu bayar bil broadband (untuk online) dan bil elektrik (untuk pasang komputer). Tak perlu lagi bayar bil langganan TV tersebut. Tapi bergantung kepada kelajuan broadband anda juga.
      RIS-IT pun terjumpa secara tak sengaja. Tak sempat buka kesemuanya dan ada juga yang gagal dibuka atas sebab-sebab yang RIS-IT sendiri tak tahu. Tapi untuk Star Movies berjaya dibuka. Dan rasanya ini saluran untuk India memandangkan iklan yang ada adalah iklan dari India. Tak kisahlah, janji free. ESPN pun boleh dibuka.
      Setakat ini tontonan tak terganggu dan TV bersiaran secara berterusan. Mungkin masih ramai yang belum menggunakan perkhidmatan ini menyebabkan siaran memuaskan.

Untuk mengunakan perkhidmatan ini sila ikuti langkah-langkah berikut;

Langkah 1 : Perlu mendaftar laman sosial MillatFacebook (klik sini utk buka MFB). Kepada sesiapa yang belum tahu, millatfacebook ini adalah laman sosial berciri Islamik dari Pakistan yang asalnya adalah untuk menyaingi Facebook. Rasanya dah 3 tahun beroperasi. Kalau dah ada akaun, hanya login masuk. (Bolehlah add saya kalau dah buka akaun di sini ---> http://mymfb.com/idris/)

Langkah 2 : Klik pada menu 'TV' yang berada di bahagian atas.

Langkah 3 : Senarai TV yang ada akan dipaparkan dan bahagian atas sekali akan dipaparkan senarai TV yang popular. Untuk melihat TV senarai TV lain sila tatal skrin hingga ke bawah. Setiap muka surat ditunjukkan 10 saluran TV. untuk melihat saluran TV seterusnya sila klik butang arrow kekanan yang berada di bahagian bawah.

Langkah 4 : Untuk mempercepatkan pencarian TV berdasarkan kategori, klikkan jenis saluran TV yang diingini yang disenaraikan di bahagian tepi. Terdapat 15 kategori yang ada seperti Education, Kids, Movies dan Music.

Langkah 5 : Klik pada bahagian ikon TV yang dipaparkan untuk menonton. Dan TV yang menjadi pilihan anda akan dipaparkan. Sebagai contoh di bawah adalah Star Movies.

Nota : Untuk menonton dalam saiz 'full screen' sila klik icon di bucu kanan bawah.

SELAMAT MENONTON

CIMB Clicks Via Facebook

Tak tahu bila ada perkhidmatan CIMB Clicks via Facebook ni. Yang tahu sebelum ni hanyalah CIMB Clicks via Website dan CIMB Click via Handphone (Android). Perasan tentang ni pun sebab keluar pemberitahuan semasa nak buka Cimb Clicks. Tapi tak la register lagi sebab nak tengok komen-komen pengguna yang lain dulu, maklumlah masih baru.
Kepada sesapa yang berminat bolehlah register di website CIMB Clicks dulu kemudian barulah 'activate' perkhidmatan tersebut di Facebook. Berikut adalah info tentang Cimb Clicks via FB;
Iklan yang ada semasa buka Cimb Clicks

Perkhidmatan yang ada di CIMB Clicks via FB

Step 1 untuk daftar

Step 2 untuk pendaftaran

Step 2 untuk daftar (sambungan)

Step 3 untuk daftar
Kalau lihat penerangan di atas, tidak semua perkhidmatan ditawarkan via website ada pada via FB. Yang ada hanyalah perkhidmatan 'Coin Box', 'Send Money' dan 'Prepaid Airtime'.
Kalau nak pergi ke CIMB Clicks via FB, klik sini (CIMB Click)

Peta Online

      Pada masa dahulu, jika hendak merujuk sesuatu lokasi, kita akan merujuk kepada peta yang dilukis di atas kertas. Namun pada masa kini peta boleh dirujuk secara online. Bukan sekadar dalam bentuk lukisan malah dalam rupabentuk sebenar iaitu peta yang diambil terus dari satelit. Perkhidmatan peta yang popular sekarang ini adalah menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh google iaitu 'google map' dan 'google earth'. ' Google map' boleh terus digunakan secara online tanpa perlu memasang perisian manakala 'google earth' memerlukan pemasangan perisian namun 'google earth' mempunyai beberapa ciri-ciri yang tidak terdapat pada 'google map'.
      Selain perkhidmatan peta dari google, terdapat beberapa perkhidmatan peta lain yang agak popular yang seringkali digunakan oleh pengguna. Berikut disenaraikan perkhidmatan peta online untuk rujukan (Klik pautan untuk pergi ke perkhidmatan peta) ;

GOOGLE MAP

YAHOO MAP

BING MAP

HERE MAP

      Kalau rajin mencari rasanya banyak lagi perkhidmatan peta online yang disediakan tapi yang disenaraikan di atas adalah antara yang popular dan kerap digunakan. Bagi RIS-IT, 'google map' kerap digunakan manakala 'yahoo map' adalah pilihan kedua diikuti oleh 'bing map' dan 'here map'.

Buku Online

Jika anda minat membaca dan tercari-cari buku secara online, kini google ada berkongsi halaman berkenaan buku untuk anda baca secara online. Ia terdapat di 'Google Books'. Terdapat berbagai genre buku samaada dalam Bahasa Malaysia, Inggeris atau lain-lain bahasa. Begitu juga buku fiksyen atau non-fiksyen.
Walaupun majoriti buku yang dipaparkan adalah sebahagian sahaja namun jika rajin mencari kemungkinan ada buku yang dikongsikan sepenuhnya (mungkin sbb belum jumpa lagi. Hahaha).

Untuk mengakses perkhidmatan ini, sila pergi ke website Google Book (klik sini)
Selepas itu bolehlah dicari buku yang bersesuaian satu persatu atau menggunakan kotak 'search'. Sebagai contoh RIS-IT mencari buku berkenaan "komputer"
Senarai buku berkaitan komputer akan dipaparkan dan bolehlah memilih mana-mana buku yang berkenan. Untuk mendapatkan buku dengan tajuk spesifik, kenalah taip tajuk tersebut sepenuhnya semasa 'search'. Tapi tak semestinya buku yang dicari tersebut ada dalam senarai. Untuk contoh di bawah, RIS-IT memilih buku '101 Tips Mudah Memperbaiki Komputer Error".
Disebelah kiri buku tersebut ada ditunjukkan status sama ada terdapatnya buku tersebut dalam bentuk 'e-book' dan di mana untuk mendapatkan buku tersebut dalam bentuk buku biasa.
Bagi RIS-IT, bolehlah mencuba menggunakan kemudahan online ini sesekali. Bukannya kena duit pun untuk mengakses kemudahan ini, kecuali lah nak membeli atau mendownload. Selamat membaca.

Microsoft Excel | Lindungi Dari Di Edit

      Jika entri sebelum ini ada ditulis cara-cara melindungi fail dari diakses atau diedit dengan memasukkan password apabila nak buka fail tersebut (klik utk baca) bagi fail Microsoft Word dan Excel. Entri kali ini pula akan berkongsi cara untuk lindungi fail dari diedit tapi untuk Microsoft Excel sahaja. Dan fail excel boleh dibuka dahulu tanpa password, jadi boleh tengok dulu fail tersebut. Password (jika digunakan - tak guna pun tak apa) hanya perlu dimasukkan apabila nak masuk data atau nak edit data. 
      Sesuai untuk fail untuk diakses oleh ramai orang di pejabat tapi sesetengah data tak dibenarkan edit lagi selepas tempoh tertentu. Contohnya, data bulan Januari tidak boleh lagi diubah apabila bulan tersebut telah berlalu, hanya boleh tengok sahaja.

Untuk tujuan tersebut, ikuti langkah mudah ini.

Langkah 1 : Buka fail yang nak di protect.

Langkah 2 : Klik pada tab yang hendak di protect. Contoh : Nak protect tab Januari.

Langkah 3 : Pilih menu 'Review' dan pilih 'Protect Sheet'.

Langkah 4 : Kotak 'Protect Sheet' akan keluar. Anda bolehlah untick mana-mana kotak yang bersesuaian. Kalau saya, saya untick semua kotak.

Langkah 5 : Masukkan password jika perlu. Nota : Jika nak elakkan data diedit (kes kawan tak boleh dipercayai), bolehlah dimasukkan password. Tapi jika kawan boleh diharap dan sekadar nak elakkan teredit secara tak sengaja, rasanya tak perlulah letak password.

Langkah 6 : Klik OK.

Selesai langkah-langkah di atas, maka tab yang diprotect selamat dari diedit. Kalau nak edit juga hanya perlu klikkkan semula kotak 'unprotect sheet' sepertimana dlm langkah 3. Kalau ada password, masukkan password je.

Tambahan : Untuk protect worksheet iaitu fail tersebut secara keseluruhan, pada Langkah 3 pilih 'Protect Workbook'.

Sembunyikan Laman Web Dengan Pantas

Anda panik. Mana tidaknya, sedang seronok melayari laman web sosial ketika kerja tiba-tiba bos datang. Nak tutup secara tiba-tiba, nanti bos perasan. Jadi ada penyelesaiannya - Gunakan 'Panic Button'. Namun panduan ini hanya untuk browser google chrome sahaja.
Selain menyembunyikan laman web yang tidak dikehendaki, ia juga boleh ditetapkan untuk terus membuka laman web yang telah ditetapkan (sebagai contoh : Laman web syarikat) dan boleh diletakkan password untuk mengelakkan orang lain secara tak sengaja membuka semula laman web yang disembunyikan tersebut.
Caranya mudah sahaja. Pasang Extension 'PanicButton' dengan mengklik link ini ---> PanicButton
Selepas pasang akan muncul icon panic button di bahagian atas kanan browser anda.
Untuk menetapkan laman web yang ingin dibuka lepas ikon ini ditekan atau ingin menetapkan password untuk membuka semula laman web yang disembunyikan bolehlah tetapkan dengan mengklik kanan tetikus pada icon panic button.
Pilih options dan kemudian setkan password atau website di windows option tersebut.


Harap-harap lepas ni tak panik lagi. Gunakan kemudahan ini secara berhemah.

Oh ya. Ikon panic button tersebut akan bertukar kepada warna hijau semasa anda sembunyikan website dan bilangan tab yang disembunyikan akan ditulis di ikon tersebut.

Bantuan Rakyat 1 Malaysia

Sumber
Borang bagi 'Bantuan Rakyat 1 Malaysia' boleh diisi sekarang dan boleh dibuat oleh penduduk Malaysia yang layak sepertimana dinyatakan di bawah.
Kelayakan untuk Memohon BR1M
Sumber
Kebiasannya kita akan mohon secara manual iaitu dengan mengisi borang menggunakan borang atas kertas. Tapi tahukan kini borang BR1M boleh diisi secara online. Terpakai bagi permohonan baru dan juga kepada pemohonan lepas yang ingin mengemaskini maklumat terbaru.
Untuk menggunakan kemudahan ini hanya pergi ke laman web eBR1M sepertimana ditunjukkan di bawah. (Klikkan ada gambar untuk masuk ke laman web tersebut).
Dah ada cara mudah, jangan lepaskan peluang. Isi dari rumah atau opis sahaja. Tak perlu meredah panas dan hujan untuk mendapatkan borang dan untuk menghantarkannya. Yg perlu hanyalah talian internet.
Sebagai alternatif - Isi borang secara manual : Download borang di sini (klik sini untuk download)

Blog | Meletakkan Gambar Banyak Secara Serentak

Kebiasaannya saya meletakkan gambar satu persatu semasa menulis blog. Tapi rupa-rupanya gambar yang hendak diletakkan boleh diletakkan secara serentak dengan sekali pilih. Terima kasih 'tutorialuntukblog' kerana sudi berkongsi cara yang boleh dikatakan amat praktikal dan mudah. Semudah ABC kerana caranya hampir sama dengan untuk meletakkan gambar satu persatu. Panduan ini adalah untuk pengguna platform blogspot.

Begini caranya;

Langkah 1 : Klik menu 'insert image'
Langkah 2 : Kemudian klik 'upload' dan 'choose files'
Langkah 3 : Selepas itu pilih (highlight) gambar yang hendak dimasukkan ke dalam entri dan klik 'Open'.

Langkah 4 : Pastikan gambar yang telah dipilih tadi telah ditandakan (dlm kotak biru) dan kemudian klik 'add selected'.
Gambar yang anda pilih tadi terpapar dalam entri yang anda tulis.

Begitulah caranya, mudah bukan. Serupa dan sama sepertimana nak masukkan gambar satu persatu tapi hanya membezakannya adalah semasa nak  pilih gambar saja.

Facebook Emoticon

Terjumpa cara-cara nak letak emoticon semasa komen dalam facebook tapi dah lupa jumpa di mana. Senang dan mudah untuk beremoticon.
Jom share sesama kita,
Amaran : Gunakan Emoticon ini secara berhemah

GMAIL | Gabung Email

      Jika anda mempunyai banyak email berasaskan GMAIL dan ingin memudahkan semakan semua email tersebut maka disarankan anda menggabungkan email tersebut dengan sekali 'sign-in'. Pilihlah mana-mana satu email gmail anda untuk dijadikan sebagai email utama untuk menggabungkan email lain-lain ke dalam email tersebut.

Rupa asal email anda (bergantung kepada theme gmail anda)
Caranya adalah seperti ini;

Langkah 1 : Sign-in gmail utama anda

Langkah 2 : Klik pada kotak "Add Account"

Langkah 3 : Tetingkap baru dibuka meminta anda masukkan 'username' dan 'password' akaun yang ingin digabungkan.

Langkah 4 : Ulangi Langkah 2 & 3 untuk menambah akaun yang seterusnya.

Langkah 5 : Selesai penambahan akaun.

Rupa baru gmail selepas penggabungan akaun.
Untuk membuka akaun email yang lain yg telah digabungkan, hanya klikkan pada email tersebut dan inbox bagi email tersebut akat terus dipaparkan tanpa perlu memasukkan password asal gmail tersebut.

ICT dalam Bajet 2013

Kredit Gambar
Bajet 2013 bertemakan "Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat : Sebuah Janji Ditepati" dibentangkan oleh Menteri Kewangan Pertama yang juga merupakan Perdana Menteri Malaysia pada 28 September 2012 di Parlimen. Pada pemerhatian RIS-IT, terdapat beberapa perkara yang menyentuh mengenai IT dan ICT sepertimana petikan di bawah;

1. Menambah pemasangan Sistem Kamera Litar Tertutup atau CCTV sebanyak 496 unit di 25 buah Pihak Berkuasa Tempatan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

2. Bagi membantu usahawan muda dalam bidang ICT, sebuah yayasan dengan nama New Enterpreneur Foundation akan ditubuhkan dengan peruntukan permulaan sebanyak 50 juta ringgit. NEF akan menjadi platform bagi program latihan dan bimbingan.

3. Sebahagian besar daripada 22 peratus rakyat Malaysia yang menggunakan telefon pintar untuk melayari internet adalah golongan belia. Oleh itu, bagi membuka akses golongan muda kepada lebuhraya maklumat, satu pakej khas akan diperkenalkan oleh kerajaan melalui kerjasama antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta syarikat telekomunikasi. Melalui Pakej Komunikasi Belia, rebat 200 ringgit akan diberi secara one-off bagi pembelian satu unit telefon mudah alih pintar 3G melalui pengedar-pengedar rasmi. Ia terbuka kepada belia yang berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan bulanan 3,000 ringgit dan ke bawah. Sebanyak 300 juta ringgit telah disediakan dan akan memanfaatkan 1.5 juta belia.

4. Kerajaan akan menubuhkan 100 Pusat Internet 1Malaysia bagi Tahun 2013 hingga 2015 di dalam bandar seperti di kawasan perumahan rakyat. Pusat ini dilengkapi dengan kemudahan komputer dan perkhidmatan jalur lebar bagi kegunaan harian dan meningkatkan kegiatan sosioekonomi mereka. Untuk itu, SKMM akan menyediakan peruntukan sebanyak 150 juta ringgit.

Itu sahaja yang RIS-IT dapat petik berkenaan dengan ICT. Mungkin ada yang terlepas sebab RIS-IT hanya mendengar sepintas lalu dan membaca sekali lalu sahaja. Bagi perkara-perkara lain (bukan ICT) yang menarik minat RIS-IT sila KLIK DISINI untuk membaca melalui blog RIS-FAMILI.

Klik sini untuk memuat turun Bajet 2013 atau klik sini untuk membaca online (pautan BH)
Untuk ICT dalam bajet sebelum ini klik SINI (2010), SINI (2011) dan SINI (2012)

Browser Internet Explorer

Serangan pepijat buat sementara waktu untuk penggunaan browser Internet Explorer sepertimana yang dipetik melalui akhbar Berita Harian bertarikh 20 September 2012.
Tak pasti bila pula masalah ini akan diselesaikan. Harap-harap sesapa yang baca blog ini dan mengetahui tarikh masalah ini telah diselesaikan, bolehlah berkongsi info dengan menulis di ruangan komen di bawah. Maklumlah masih banyak website yang hanya boleh dibuka atau hanya sesuai dibuka menggunakan internet explorer.

Facebook Chat | Block FB Chat Untuk Kawan Terpilih

Sumber Foto
      Sambungan entri sebelum ini berkenaan FB Chat di mana sebelum ini anda pilih rakan yang dibenarkan untuk sembang (klik sini untuk baca). Manakala entri yang ini pula adalah untuk menghalang (block) rakan yang anda tak mahu sembang dengannya melalui Facebook Chat. Sesuai untuk pengguna yang mempunyai ramai rakan dan hanya ingin menghalang beberapa rakan sahaja.
      Caranya hampir sama dengan cara untuk memilih rakan yang dibenarkan chat tapi untuk menghalang, hanya pilih kotak  'turn on chat for all friend except...'.

Untuk mengaktifkan block friend, ikuti langkah-langkah berikutnya.


Langkah 1 : Klik 'Setting' (simbol gear / bintang) yang terletak di bahagian bawah kanan.

Langkah 2 : Pilih ' Turn on chat for all friend except...' dan pilih kawan yang diingin diblok dari sembang.


Langkah 3 : Klik 'simpan'.

Kini anda boleh bersembang dengan rakan FB tanpa risau diganggu oleh rakan yang telah di block.
Untuk kembali mengaktifkan rakan yang telah diblock, hanya ikuti langkah 2 dan buangkan nama rakan tersebut dari senarai.

Langkah yang ditunjukkan di atas hanya memblock rakan dari bersembang SAHAJA dan tidak memblock dari lain-lain aktiviti FB. Anda masih boleh menghantar post dan mesej kepada rakan yang di block.

Facebook Chat | Chat FB Dengan Kawan Terpilih

       Facebook kini telah membenarkan pengguna menetapkan beberapa rakan-rakan sahaja yang boleh sembang atau chat dengan anda. Dan juga membenarkan kawan-kawan yang terpilih itu sahaja yang mengetahui bahawa anda sedang online. Sebelum ini jika kita tak mahu kawan mengetahui bahawa kita sedang fb online, kita perlu tetapkan 'turn off chat' dan kesemua orang tidak akan dapat melihat kita online termasukkan keluarga, saudara dan rakan karib.
       Kini dengan kemudahan ini, bolehlah kita menetapkan keluarga, saudara dan rakan karib boleh melihat kita online dan pada masa sama menghalang kawan yang tak diperlukan dari mengetahui anda sedang online. Pilihan ini juga sesuai untuk pejabat yang membenarkan pekerja menggunakan fb untuk berkomunikasi utk tujuan pekerjaan. Mereka hanya perlu memilih rakan sekerja dalam senarai yang dibenarkan dan boleh mula berkomunikasi tanpa gangguan dari pengguna fb lain.

Untuk menetapkan kawan untuk chatting ikuti langkah ini,

Langkah 1 : Klik 'Setting' (simbol gear / bintang) yang terletak di bahagian bawah kanan.

Langkah 2 : Pilih ' Turn on chat for only some friend' dan pilih kawan yang dibenarkan sembang.
Langkah 3 : Klik 'simpan'.

Kini anda dah boleh sembang dengan kawan yang anda telah tetapkan tanpa risau gangguan dari kawan yang tidak dialu-alukan. Status sembang akan ditunjukkan seperti di bawah (kawan dibenarkan ditunjukkan bahagian atas dan kawan diblock ditunjukkan di bahagian bawah)


***************************************



Kalkulator Maya 2 | Google Calculator

Kalkulator maya telah ditunjukkan dalam entri sebelum ini (klik sini) Namun kali ini kalkulator maya bagi google telah ditambahbaik di mana pihak google telah memasang kalkulator secara terbina dalam dalam enjin carian mereka. Kalkulator terbina dalam ini akan muncul secara automatik apabila anda memasukkan pengiraan anda di dalam kotak carian.

Caranya mudah sahaja;

Langkah 1 : Buka google
Langkah 2 : Masukkan pengiraan yang anda perlukan (contoh : 489 bahagi 53.2) dan tekan butang search.
Langkah 3 : Kalkulator terbina dalam secara automatik akan dipaparkan bersama jawapan yang dikehendaki. (Bagi contoh tadi, jawapannya adalah 9.19173).

Dan akan boleh terus menggunakan kalkulator tersebut untuk membuat lain-lain pengiraan.

DNS Changer

Dah semak ke tetapan DNS komputer anda. Menurut CyberSecurity Malaysia, MYCert & DCWG terdapat terdapat perisian merbahaya (malware) yang mengubah tetapan komputer dan mengalih komputer ke laman yang tidak sah. Kenyataan penuh sepertimana di bawah yang dipetik dari laman web berkenaan.
Untuk menyemak tetapan DNS komputer anda sila lawati website ini ----> DNSChanger Landing Page.
Jika komputer anda sihat akan keluar mesej seperti ini.

Zakat Fitrah | Online & SMS

     Masuknya bulan Ramadan, umat Islam wajib menunaikan puasa. Tak lupa juga kewajipan untuk menunaikan zakat fitrah iaitu bermula Ramadan hingga sebelum mengerjakan Solat Sunat Aidilfitri. Namun jangan lupa untuk membayar zakat-zakat lain juga seperti zakat pendapatan, zakat emas, zakat tanaman dan lain-lain lagi. Namun zakat selain zakat fitrah boleh dilakukan pada bila-bila masa dan tak semestinya pada bulan Ramadan sahaja iaitu apabila cukup haul dan nisab.
     Untuk tujuan pembayaran zakat, sekarang terdapat kaedah pembayaran zakat menggunakan kaedah moden iaitu melalui SMS dan online. Setakat yang saya tahu, pembayaran secara online hanya terdapat di Lembaga Zakat Selangor. (Untuk semua jenis zakat, bukan sekadar zakat fitrah sahaja).

     Untuk tujuan pembayaran zakat fitrah secara SMS, panduan ditunjukkan di bawah. (Nota : Kadar negeri Selangor kerana disediakan oleh Lembaga Zakat Selangor)

Untuk tujuan pembayaran zakat secara online sila ikuti langkah-langkah di bawah;

Langkah 1 : Buka laman web Lembaga Zakat Selangor di sini

Langkah 2 : Isikan maklumat diri dan kemudian pilih jenis zakat yang ingin dibayar.

Langkah 3 : Lakukan pembayaran.

(Nota : Bagi zakat fitrah, kadar yang dikenakan adalah kadar bagi negeri Selangor)
* Sebaik-baik zakat dibayar di kawasan rezeki tersebut diperolehi.