Berdasarkan pemerhatian dalam Bajet 2011 yang dibentangkan pada 15 Oktober 2010 oleh Perdana Menteri Malaysia yang juga Menteri Kewangan Malaysia iaitu Dato Seri Najib di Parlimen tidak banyak perkara yang menyentuh secara langsung berkenaan ICT pada kali ini berbanding Bajet 2010 lalu (Klik Untuk Baca Entri terdahulu).
Bajet 2011 ini bertemakan "Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi" yang melibatkan sebanyak RM 212 billion dengan pecahan RM 162.8 billion untuk belanja pengurusan dan RM 49.2 billion untuk belanja pembangunan.
Antara petikan Bajet 2011 yang melibatkan IT/ICT adalah seperti disenaraikan di bawah;
…. dalam meningkatkan potensi industri teknologi maklumat ICT, program MY Creative Content akan dilaksana bagi menggalakkan pembangunan penciptaan kandungan tempatan, hosting kandungan tempatan dan pembukaan saluran baru untuk kandungan.
Program ini membabitkan peruntukan sebanyak RM119 juta....
.... Kerajaan, akan juga melanjutkan tempoh galakan elaun pelaburan kepada penyedia kemudahan sambungan terakhir perkhidmatan jalur lebar, dan juga melanjutkan pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas peralatan jalur lebar selama dua tahun sehingga 2012.....
.... Pada masa ini, telefon bimbit biasa dikenakan cukai jualan 10 peratus manakala telefon bimbit yang mempunyai pelbagai aplikasi seperti internet dan personal digital assistant (PDA) dikecualikan cukai jualan.
Bagi tujuan penyelarasan, Kerajaan mencadangkan, cukai jualan, dikecualikan, ke atas semua jenis telefon bimbit....
.... Dalam konteks ini, Kerajaan akan mewujudkan portal interaktif "1Malaysia Pengguna Bijak" bagi memudahkan rakyat mengikuti perkembangan harga terkini barangan, meliputi hampir 7,000 premis perniagaan seluruh negara.
Melalui portal ini, pengguna mempunyai pilihan untuk mendapatkan sesuatu barangan pada harga yang kompetitif.
Pengguna juga boleh menggunakan khidmat pesanan ringkas untuk mengetahui harga terkini barangan....
Itu sahaja pada pendapat saya merupakan intipati-intipati Bajet 2011 yang kena mengena dengan ICT secara langsung. Mungkin ada yang terlepas pandang, jika ada bolehlah dikongsikan bersama dengan memberi komen pada ruangan 'comment' di bawah entri ini.
Untuk membaca Petikan Bajet 2011 sepenuhnya sila klik disini (Pautan Berita Harian)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan