Memaparkan catatan dengan label Utiliti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Utiliti. Papar semua catatan

Peta Online

      Pada masa dahulu, jika hendak merujuk sesuatu lokasi, kita akan merujuk kepada peta yang dilukis di atas kertas. Namun pada masa kini peta boleh dirujuk secara online. Bukan sekadar dalam bentuk lukisan malah dalam rupabentuk sebenar iaitu peta yang diambil terus dari satelit. Perkhidmatan peta yang popular sekarang ini adalah menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh google iaitu 'google map' dan 'google earth'. ' Google map' boleh terus digunakan secara online tanpa perlu memasang perisian manakala 'google earth' memerlukan pemasangan perisian namun 'google earth' mempunyai beberapa ciri-ciri yang tidak terdapat pada 'google map'.
      Selain perkhidmatan peta dari google, terdapat beberapa perkhidmatan peta lain yang agak popular yang seringkali digunakan oleh pengguna. Berikut disenaraikan perkhidmatan peta online untuk rujukan (Klik pautan untuk pergi ke perkhidmatan peta) ;

GOOGLE MAP

YAHOO MAP

BING MAP

HERE MAP

      Kalau rajin mencari rasanya banyak lagi perkhidmatan peta online yang disediakan tapi yang disenaraikan di atas adalah antara yang popular dan kerap digunakan. Bagi RIS-IT, 'google map' kerap digunakan manakala 'yahoo map' adalah pilihan kedua diikuti oleh 'bing map' dan 'here map'.

Sembunyikan Laman Web Dengan Pantas

Anda panik. Mana tidaknya, sedang seronok melayari laman web sosial ketika kerja tiba-tiba bos datang. Nak tutup secara tiba-tiba, nanti bos perasan. Jadi ada penyelesaiannya - Gunakan 'Panic Button'. Namun panduan ini hanya untuk browser google chrome sahaja.
Selain menyembunyikan laman web yang tidak dikehendaki, ia juga boleh ditetapkan untuk terus membuka laman web yang telah ditetapkan (sebagai contoh : Laman web syarikat) dan boleh diletakkan password untuk mengelakkan orang lain secara tak sengaja membuka semula laman web yang disembunyikan tersebut.
Caranya mudah sahaja. Pasang Extension 'PanicButton' dengan mengklik link ini ---> PanicButton
Selepas pasang akan muncul icon panic button di bahagian atas kanan browser anda.
Untuk menetapkan laman web yang ingin dibuka lepas ikon ini ditekan atau ingin menetapkan password untuk membuka semula laman web yang disembunyikan bolehlah tetapkan dengan mengklik kanan tetikus pada icon panic button.
Pilih options dan kemudian setkan password atau website di windows option tersebut.


Harap-harap lepas ni tak panik lagi. Gunakan kemudahan ini secara berhemah.

Oh ya. Ikon panic button tersebut akan bertukar kepada warna hijau semasa anda sembunyikan website dan bilangan tab yang disembunyikan akan ditulis di ikon tersebut.

Memadat / Mengecil Saiz Gambar

Masalah : Anda ingin menghantar gambar digital melalui email kepada kawan anda. Namun apabila anda menekan butang 'send' keluar mesej memberitahu bahawa saiz email ada melebihi had yang dibenarkan. Apakah tindakan anda untuk memastikan kawan anda boleh menerima gambar tersebut?

Penyelesaiannya seperti di bawah.
a. Hantar email berserta lampiran gambar berulang kali di mana setiap kali email dihantar dilampirkan gambar yang berlainan.
b. Salin gambar itu ke media penyimpanan lain (Cth : CD, Flash Drive, SD Card) dan pos/beri kepada kawan anda.
c. Berkongsi gambar tersebut di laman sosial (Cth : Facebook, Millat Facebook) dan kawan anda menyalin gambar tersebut dari halaman tersebut.
d. Memadat / Mengecilkan saiz gambar tersebut.

Jawapan : Semua kaedah penyelesaian di atas boleh digunakan namun cara 'd' lebih saya sukai kerana mudah dan tak mengambil masa panjang.
Anda tak perlu memuatturun perisan lain untuk tujuan tersebut kerana perisian yang ingin digunakan memang telah sedia ada bersama Windows/Microsoft. Ikuti langkah-langkah seperti di bawah untuk memadatkan saiz gambar anda;

Langkah 1 : Buka folder menempatkan gambar yang ingin dipadatkan.

Password Untuk Fail

Ada antara kita ingin menyimpan sesuatu fail yang hanya untuk diedit atau tatapan diri sendiri atau orang tertentu. Keadaan ini boleh jadi apabila fail tersebut disimpan di sesebuah komputer yang dikongsi ramai sebagai 'contoh' komputer pejabat.
Tindakan yang sepatutnya dilakukan adalah meletakkan 'password' pada fail tersebut.
Terdapat dua keadaan 'password' ini boleh digunakan iaitu
1. Fail hanya boleh dibuka dengan menggunakan 'password'. Jika 'password' tidak dimasukkan maka fail tidak akan terpapar.
2. Fail boleh dibuka tanpa 'password' tapi hanya untuk melihat kandungan fail namun jika ingin mengedit info dalam fail tersebut, 'password' perlu dimasukkan.

Anda boleh menggunakan perisian tambahan yang dimuatturun dari internet, perisian yang dibeli atau menggunakan perisian yang telah sediaada bersama Microsoft Office. Bagi menjimatkan kos dan masa, saya  suka gunakan perisian sediaada. Namun saya tidak dapat menyatakan dari segi sekuriti kerana saya tidaklah mahir dalam I.T., kerana apa yang saya paparkan adalah bertujuan untuk berkongsi apa-apa maklumat yang saya tahu dan yang sedang saya gunakan.

Caranya begini;
Langkah 1 : Setelah siap fail yang anda ingin letakan 'password' klik menu 'save as'.

Pusat Sehenti - Memantapkan Blog Anda

Setelah selesai mengikut langkah-langkah untuk mewujudkan SIMPLE BLOG, entri kali ini pula adalah seumpama entri ulangkaji dan lanjutan untuk memantapkan lagi blog anda. Berikut adalah antara link yang sesuai untuk anda baca untuk tujuan tersebut. Chewaaahhh.... Macam pusat sehenti untuk blog anda pulak.




Panduan-panduan yang ditunjukkan di bawah adalah panduan-panduan yang telah di ikuti oleh blog ini namun sesetengahnya ada yang telah dinyah aktif atas sebab-sebab tertentu.

1. Untuk Membina Simple Blog (Klik Sini)
2. Menulis Entri Pertama (Klik Sini)
3. Meletakkan Gajet asas (Klik Sini)
4. Menukar Latarbelakang Blog (Klik Sini)
5. Memaparkan Entri Berkaitan (Klik Sini)
6. Menjadualkan Paparan Entri (Klik Sini)
7. Papar Gambar Anda Bila Komen Blog Lain (Klik Sini)
8. Ubah Komen Kepada Comment Luv (Klik Sini)
9. Tambah Butang Facebook Share (Klik Sini)
10. Tambah Butang Facebook Like (Klik Sini)
11. Tip Untuk Tulis 'About Me' (Klik Sini)
12. Membuat 'Feed Burner' (Klik Sini)
13. Memasang 'Floating Button' (Klik Sini)
14. Langgan Blog Anda (Klik Sini)
15. Tak Mahu Letak Tajuk Pada Gajet (Klik Sini)

Blog di bawah ni adalah blog khas bagi panduan blogger untuk memantapkan blog di mana antara pilihan yang seringkali aku ikuti. Semua entri dalam blog ini adalah berkenaan blog aje.

1. Msueroomz (Klik Sini)
2. Tutorial Untuk Blog (Klik Sini)
3. Mari Bina Blog (Klik Sini)
4. Blogger Tricks (Klik Sini)

Ada antara panduan tersebut akan di'link' ke blog lain. Kredit kepada blog sembangkomputer, ariffshah, jomtutorial, cybernetics88, nazrien, jomphp, diadiriku, bloggertipsandtricks, msueroomz, tutorialuntukblog, maribinablog dan bloggertricks. Banyak lagi panduan kalau rajin search dlm internet. Hendak seribu daya. ^_^

PENTING : Sila backup dulu template blog anda sebelum mengikuti panduan di atas. Caranya Sign In > Dashboard > Design > Edit HTML > Download Full Template. Jika anda mengikuti panduan di atas mengikut langkah-demi langkah yang diberikan, Insya Allah akan berfungsi dengan baik namun semuanya atas tanggugjawab sendiri.


RIS-FAMILI

Blog - Menukar Latarbelakang Blog

Blog RIS-IT asal (atas) dan RIS-IT sebelum ini (bawah)

Jika anda ingin menukarkan latarbelakang blog anda, terdapat cara susah, kompleks, panjang, ringkas dan mudah boleh anda pilih. Namun saya hanya akan menunjukkan cara ringkas dan mudah untuk menukar latarbelakang blog anda (Cara susah, kompleks dan panjang - Anda cari sendiri). Jika anda ikuti langkah ini, Insya Allah latarbelakang blog anda akan bertukar ke corak yang anda inginkan dan bertambah menariklah penampilan blog anda.

Langkah 1 : "Sign in" ke blog anda dengan memasukkan 'username' dan 'password' yang anda tetapkan semasa mendaftar blog.
 
Langkah 2 : Klik pada "design" dan seterusnya klik pada mana-mana menu "Add a Gadget".

Langkah 3 : Cari gadget "HTML/Javascript" dan klik pada simbol "+".

Langkah 4 : Masukkan kod HTML* yang anda dapat ke dalam ruang 'content' dan tekan 'save'.

Langkah 5 : Klikkan 'preview' jika ingin melihat bentuk latarbelakang yang anda pilih. Jika berpuas hati tekan menu 'save'.

Langkah 6 : Klik menu 'View Blog' untuk memaparkan blog anda dengan latarbelakang baru.

Nota  : * Bagi Langkah 4 iaitu memasukkan kod HTML, sila cari kod tersebut di laman sesawang yang menyediakan kod tersebut dengan mencari menggunakan 'google/yahoo search' dan taipkan 'blog background' atau perkataan seumpamanya. Sekadar contoh, blog ini menggunakan kod HTML dari 'cutest blog on the blog' dan 'scrap my blog'.




RIS-FAMILI

Blog - Menulis Entri Pertama

Anda telah berjaya membina blog pertama anda. Jika belum klik disini untuk membina blog pertama anda.

Seterusnya setelah anda mempunyai blog sudah tentu anda ingin menulis sesuatu pada blog anda. Entri kali ini ingin menceritakan cara ringkas untuk memulakan entri anda. Ada dua kaedah untuk menulis entri anda iaitu menggunakan kaedah "Edit HTML" atau "Compose" (Pilihan ini terletak di bahagian atas kotak entri yang anda ingin tulis). Panduan yang diberikan ini adalah menggunakan kaedah "compose" iaitu cara mudah bagi blogger seperti saya (yang tak mahir HTML). Jika anda mahir menggunakan HTML, anda bolehlah menggunakan kaedah "Edit HTML".

Langkah 1 : Buka blog anda. Pada bahagian atas kanan,  klikkan 'sign in'. Selepas itu masukkan "USERNAME" dan "PASSWORD" sepertimana yang anda tetapkan semasa mendaftar blog. Klik 'sign in' selepas memasukkan username dan password anda.


Langkah 2 : Masukkan tajuk entri anda pada ruangan "Title" dan cerita/bahan anda pada ruang di bawahnya. Untuk memukar bentuk tulisan, bold, italic, warna tulisan, saiz tulisan, alignment sila pilih menu yang terdapat pada atas kotak yang anda tulis. (Tak pasti apa nama kotak ini)

Langkah 3 : Jika anda ingin meletakkan gambar klikkan pada menu "insert picture" dan seterusnya pilih gambar yang anda ingin masukkan.

Langkah 4 : Jika anda ingin "link" sesuatu perkataan, ayat atau gambar dengan laman sesawang / blog tertentu, pilih perkataan, ayat atau gambar yang hendak di linkkan, kemudian klik pada menu "Link" dan seterusnya masukkan alamat laman sesawang / blog yang ingin di linkkan. (Link : Bila klik link tersebut, laman sesawang / blog yang kita tetapkan akan dibuka)

Langkah 5 : Selepas anda selesai dan berpuashati bolehlah anda memasukkan entri pertama anda dengan klik pada menu "publish post" yang terletak pada bahagian bawah. Jika ingin melihat dahulu entri tersebut sebelum dipublish, klik pada menu "preview". (Entri berkaitan : Schedule Entry)

Sekarang entri anda telah terpapar di laman blog anda untuk menjadi tatapan pembaca di seantero dunia.

Selamat datang ke dunia blogger.

Nota : Jika anda telah berjaya memaparkan blog pertama anda, sila maklumkan kepada saya pada ruang "comments" di bawah. Insya Allah saya akan menjejaki blog anda tersebut.




RIS-FAMILI

Kamus Online

Entri sebelum ini ada menerangkan cara-cara untuk menterjemah laman sesawang yang dibuka dari satu bahasa ke bahasa yang lain. Laman sesawang tersebut secara automatik akan dibuka ke bahasa yang dipilih. Klik sini jika ingin membaca entri tersebut.
Entri kali ini pula memaparkan beberapa laman sesawang bagi mencari perkataan untuk diterjemahkan dari Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris ATAU sebaliknya. Kamus seperti ini dipanggil kamus online. Sangat berguna terutama apabila kamus konvensional tidak dibawa. Terdapat pelbagai bahasa boleh diterjemahkan namun entri kali ini hanya menyenaraikan kamus online BM-BI sahaja.
Kamus yang ditunjukkan ini adalah kamus yang kerap saya gunakan dan masih terdapat kamus online lain yang tidak ditunjukkan di sini. Antara kamus-kamus online adalah seperti di bawah;
  

 

 

 

 

 

 

Nota : Klik pada nama yang terdapat di bawah gambar jika ingin menggunakan kamus online tersebut.


Mematikan Fungsi “Right Click Disable” Cara Mudah


Saya bukan ingin menceritakan cara-cara untuk menjadikan laman sesawang atau blog anda sebagai ‘Right Click Disable’ tetapi cara untuk mematikan fungsinya.
Saya percaya ada antara kita pernah terlihat perkataan tersebut apabila kita menekan butang di sebelah kanan pada tetikus. Kadangkala perkataan tersebut diganti dengan perkataan lain seperti ‘dilarang menyalin’, ‘hakmilik terpelihara’ dsb.
Cara yang diberi ini bukanlah cara memasang ‘perisian pemintas’ atau meletakkan ‘kod HTML’ kerana saya bukanlah mahir dalam hal-hal sebegitu. Cara ini saya terjumpa secara tidak sengaja dan kemungkinan ada di antara laman sesawang dan blog kebal terhadap cara ini namun setakat ini saya belum berjumpa blog yang kebal terhadap cara ini.
Caranya mudah saja. Ikuti langkah seperti di bawah;
  1. Pasangkan browser opera. Klik di sini untuk memuat turun perisian tersebut.

  1. Buka laman web yang ada ‘right click disable’ (atau perkataan lain)
  1. Akan keluar kotak dialog seperti di bawah. Tandakan pada ‘stop executing script on this page’
  1. Klikkan pada button ‘OK’
  2. Selepas itu barulah keluar senarai menu yang diperlukan.
Nota : Cara ini hanya berfungsi kepada laman sesawang dan blog yang menggunakan script bagi mewujudkan fungsi ‘right click disable’.


"Schedule Entry"

Entri kali ini ditujukan khusus untuk bloggers yang baru menceburkan diri dalam dunia blogging. Bagaimanapun blogger yg dah expert tu pun boleh sama-sama baca dan bagi komen jika dirasakan ada perkara-perkara yang perlu dikongsikan bersama. Satu lagi, entri ini hanya untuk bloggers yang menggunakan platform 'blogger'.

Pernahkan anda terbaca satu entri yang dimasukkan pada awal-awal pagi? Saya percaya entri tersebut dibuat menggunakan kaedah 'Schedule Entry".

Kebiasannya "Schedule Entry" boleh ditetapkan bagi tujuan tujuan-tujuan seperti di bawah:

1.  Ingin diterbitkan pada masa yang tertentu di mana pada masa tersebut anda tiada masa untuk berblogging. Sebagai contoh pada masa tersebut anda berkursus tapi entri tersebut perlu dipaparkan.

2. Anda mempunyai banyak idea untuk dikongsikan tetapi tak mahu dimasukkan secara berterusan. Namun jika tidak ditulis dikhuatiri idea tersebut hilang.

3. Anda ingin menetapkan entri ada dipaparkan pada satu masa yang tetap seperti setiap hari Isnin pukul 9.00 pagi satu entri akan dipaparkan.

Jika anda ingin menggunakan kaedah ini, caranya mudah sahaja;

Pertama : Klik pada "Post Options" yang terletak pada bahagian bawah kiri.
Kedua : Kemudian tandakan pada bahagian 'Scheduled at' dan masukkan tarikh dan masa yang anda ingin entri anda dipaparkan.
Ketiga : Klik pada 'Publish Post' selepas penjadualan seperti langkah kedua telah selesai dibuat. Entri anda akan dipaparkan apabila tarikh dan masa yang anda pilih telah tiba.

"SELAMAT BERBLOGGING"

Nota : Entri ini juga dimasukkan menggunakan kaedah "Schedule Entry" di mana ia telah ditulis 3 hari yang lepas.



"Keybord Shortcut" (Part 2)


Seperti yang dijanjikan sebelum ini dalam entri "Keybord Shortcut (Part 1)”, berikut diteruskan pula dengan "Keybord Shortcut (Part 2)”.
Pintasan bagi Keyboard yang mempunyai ‘Logo Microsoft’

Logo Windows (Papar @ Sembunyi menu ‘Start’)
Logo Windows + BREAK (Papar kotak dialog ‘System Properties’)
Logo Windows + D (Papar desktop)
Logo Windows + M (Minimize semua windows yang dibuka)
Logo Windows + SHIFT + M (Papar semua widows yg diminimize)
Logo Windows + E (Buka ‘My Computer’)
Logo Windows + F (Carian ‘File’ @ ‘Folder’)
Logo Windows + CTRL + F (Carian ‘computers’)
Logo Windows + F1 (Papar ‘Windows Help’)
Logo Windows + L (Kunci keyboard)
Logo Windows + R (Buka kotak dialog ‘Run’)
Logo Windows + U (Buka ‘Utility Manager’)

Accessibility keyboard shortcuts
Tekan SHIFT (kanan) selama 8 saat (Tukar ‘FilterKeys’ samada “on” or “off”)
ALT (kiri) + SHIFT (kiri) + PRINT SCREEN (Tukar ‘High Contrast’ samada “on” or “off”)
ALT (kiri) + SHIFT (kiri) + NUM LOCK (Tukar ‘MouseKeys’ samada “on” or “off”)
Tekan SHIFT 5 kali (Tukar ‘StickyKeys’ samada “on” or “off”)
Tekan NUM LOCK selama 5 saat (Tukar ‘ToggleKeys’ samada “on” or “off”)

Seperti sebelum ini, Part 3 bagi Keyboard Shortcut akan menyusul nanti.
Selamat mencuba.



"Keybord Shortcut" (Part 1)



Terdapat kemudahan untuk menggunakan sepenuhnya papan kekunci anda bagi mengendalikan komputer terutamanya jika tetikus anda tidak berfungsi dengan baik. Bagi sesetengah pengguna komputer, mereka lebih menggemari penggunaan 'keyboard shortcut' berbanding menggunakan tetikus.
Berikut adalah di antara beberapa 'keyboard shortcut' untuk dikongsikan bersama untuk entri kali ini. 
CTRL+C (Copy/Salin)
CTRL+X (Cut/Potong)
CTRL+V (Paste/Tampal)
CTRL+Z (Undo/Undur)
DELETE (Delete/Padam)
SHIFT+DELETE (Padam tanpa ke Recycle Bin)
CTRL semasa menyeret item pilihan (Salin item tersebut)
CTRL+SHIFT semasa menyeret item (Wujudkan pintasan utk item tersebut)
CTRL+SHIFT dan tekan butang arrow (Pilih perkataan demi perkataan)
SHIFT dan tekan butang arrow (Pilih huruf demi huruf)
CTRL+A (Pilih semua)
ALT+ENTER (Paparkan maklumat bagi fail pilihan)
ALT+F4 (Menutup item atau program aktif)
ALT+SPACEBAR (Membuka pintasan menu bagi 'active window')
ALT+TAB (Memilih untuk bertukar antara item-item yang dibuka)
ALT+ESC (Bertukar antara item-item)
SHIFT+F10 (Memaparkan menu untuk item pilihan)
ALT+SPACEBAR (Memaparkan 'System menu' untuk 'active window')
CTRL+ESC (Memaparkan 'Start' menu)
RIGHT/LEFT ARROW (Memaparkan menu berikutnya semasa menu dibuka)
BACKSPACE (Memaparkan folder satu level diatas semasa di 'My Computer' atau 'Windows Explorer')
ESC (Membatalkan task semasa)
SHIFT semasa memasang CD/DVD (Mengelakkan 'Auto Play')
CTRL+SHIFT+ESC (Membuka 'Task Manager')

Setakat ini dulu. Banyak lagi 'keyboard shortcut' akan ditunjukkan pada entri akan datang. Selamat mencuba. 

Papan Kekunci Windows


Tahukah anda bahawa Microsoft ada menyediakan papan kekunci secara maya (Virtual Keyboard). Papan kekunci tersebut tidak muncul secara automatik, ia boleh dipaparkan jika kita mahukannya.
Mungkin kita menghadapai masalah pada papan kekunci seperti sesetengah huruf tidak berfungsi atau tidak sensitif apabila butang ditekan. Selain itu ia juga amat berguna jika skrin komputer kita berfungsi secara sesentuh (touch screen).
Cara untuk mendapatkan papan kekunci tersebut adalah seperti berikut

Klik ‘start’ kemudian pilih ‘run



Tulis “OSK” dan tekan ‘ok


Skrin tersebut muncul dan sedia untuk digunakan.


Jika anda ingin mengubah tetapan sedia ada, sila pilih menu yang ada.



"Free Font Style"

Jika anda menghadapi satu satu lebih dari perkara di bawah;
1. Anda telah jemu menggunakan jenis 'font' yang sama yang terdapat dalam komputer anda.
2. Anda ingin membuat kad jemputan atau brosur, tetapi anda rasakan 'font' tersebut tidak memberikan impak yang kuat. Jadi anda ingin menggunakan 'font' yang bersesuaian.
3. Anda ingin memenuhkan ruangan pilihan 'font' anda dengan pelbagai pilihan 'font' yang bersesuaian dengan selera anda.
4. Anda ternampak 'font' yang menarik dalam laporan rakan anda tetapi 'font' tersebut tiada dalam senarai di komputer anda. Anda mahukannya.

Penyelesaiannya mudah saja, muat turun dari internet. Terdapat banyak laman sesawang yang menawarkan 'font' percuma untuk di . Antaranya seperti yang tersenarai di bawah.


Harapan saya semoga tak pening kepala lagi selepas ni. Banyak 'font' cantik-cantik boleh dipilih.
Nota : 'Font' = Jenis tulisan