Memadat / Mengecil Saiz Gambar

Masalah : Anda ingin menghantar gambar digital melalui email kepada kawan anda. Namun apabila anda menekan butang 'send' keluar mesej memberitahu bahawa saiz email ada melebihi had yang dibenarkan. Apakah tindakan anda untuk memastikan kawan anda boleh menerima gambar tersebut?

Penyelesaiannya seperti di bawah.
a. Hantar email berserta lampiran gambar berulang kali di mana setiap kali email dihantar dilampirkan gambar yang berlainan.
b. Salin gambar itu ke media penyimpanan lain (Cth : CD, Flash Drive, SD Card) dan pos/beri kepada kawan anda.
c. Berkongsi gambar tersebut di laman sosial (Cth : Facebook, Millat Facebook) dan kawan anda menyalin gambar tersebut dari halaman tersebut.
d. Memadat / Mengecilkan saiz gambar tersebut.

Jawapan : Semua kaedah penyelesaian di atas boleh digunakan namun cara 'd' lebih saya sukai kerana mudah dan tak mengambil masa panjang.
Anda tak perlu memuatturun perisan lain untuk tujuan tersebut kerana perisian yang ingin digunakan memang telah sedia ada bersama Windows/Microsoft. Ikuti langkah-langkah seperti di bawah untuk memadatkan saiz gambar anda;

Langkah 1 : Buka folder menempatkan gambar yang ingin dipadatkan.

Langkah 2 : Klik kanan pada gambar yang ingin dipadatkan.
Langkah 3 : Pilih 'Open With' dan seterusnya pilih 'Microsoft Office Picture Manager'.
Langkah 4 :  Klik menu 'Edit Pictures'
Langkah 5 : Klik menu 'Compress Pictures' pada bahagian kanan gambar tersebut. Terdapat juga lain-lain menu untuk mengedit gambar yang anda buka.

Langkah 6 : Pada bahagian 'compress for' pilih 'document'. Turut ditunjukkan adalah saiz asal dan saiz selepas 'compress' gambar tersebut. Banyak juga saiz dapat dijimatkan.
Langkah 7:  Jika berpuashati tekan butang "OK".

Langkah 8 : Simpan / 'Save' gambar anda.

Dah hasilnya, memang tidak mengecewakan. Cubalah, tak semestinya digunakan untuk menghantar gambar melalui email sahaja, boleh juga digunakan bagi tujuan menjimatkan ruang penyimpanan anda.
Kredit kepada Shazami atas info tersebut.
 RIS-FAMILI

Tiada ulasan: