Blog - Menukar Latarbelakang Blog

Blog RIS-IT asal (atas) dan RIS-IT sebelum ini (bawah)

Jika anda ingin menukarkan latarbelakang blog anda, terdapat cara susah, kompleks, panjang, ringkas dan mudah boleh anda pilih. Namun saya hanya akan menunjukkan cara ringkas dan mudah untuk menukar latarbelakang blog anda (Cara susah, kompleks dan panjang - Anda cari sendiri). Jika anda ikuti langkah ini, Insya Allah latarbelakang blog anda akan bertukar ke corak yang anda inginkan dan bertambah menariklah penampilan blog anda.

Langkah 1 : "Sign in" ke blog anda dengan memasukkan 'username' dan 'password' yang anda tetapkan semasa mendaftar blog.
 
Langkah 2 : Klik pada "design" dan seterusnya klik pada mana-mana menu "Add a Gadget".

Langkah 3 : Cari gadget "HTML/Javascript" dan klik pada simbol "+".

Langkah 4 : Masukkan kod HTML* yang anda dapat ke dalam ruang 'content' dan tekan 'save'.

Langkah 5 : Klikkan 'preview' jika ingin melihat bentuk latarbelakang yang anda pilih. Jika berpuas hati tekan menu 'save'.

Langkah 6 : Klik menu 'View Blog' untuk memaparkan blog anda dengan latarbelakang baru.

Nota  : * Bagi Langkah 4 iaitu memasukkan kod HTML, sila cari kod tersebut di laman sesawang yang menyediakan kod tersebut dengan mencari menggunakan 'google/yahoo search' dan taipkan 'blog background' atau perkataan seumpamanya. Sekadar contoh, blog ini menggunakan kod HTML dari 'cutest blog on the blog' dan 'scrap my blog'.




RIS-FAMILI

Blog - Gajet Asas Yang Sesuai Diletakkan

Bagi menambah seri pada blog anda, beberapa gajet yang ringkas perlulah diletakkan. Namun janganlah diletakkan terlalu banyak hingga menjadikan blog anda sarat dengan gajet. Nanti gajet anda yang lebih menonjol berbanding dengan apa yang anda tuliskan. Gajet yang banyak juga kadangkala menyebabkan blog anda lambat untuk dipaparkan selain kelihatan seakan-akan tidak terurus. Blog yang simple dengan gajet yang minima adalah paling sesuai.
Bagi yang menggunakan platform blogger, gajet yang minima kebiasaan sudah sedia ada disediakan oleh blog anda. Cuma perlu cari dan pasang.



Antara gajet sebaik-baiknya ada (tapi tak semestinya dipasang) ialah;

1. Search Box - Terutama bagi blog yang telah banyak entri. Memudahkan pembaca mencari entri blog anda berdasarkan katakunci.
2. Labels - Mengelaskan entri yang dimasukkan berdasarkan label yang anda tentukan sendiri supaya senang dicari apabila hendak menyemak semula entri berdasarkan label.
3. Profile - Perlu jika ingin memasukkan pengenalan diri atau pengenalan blog bagi memberi penerangan lebih lanjut mengenai diri atau blog. Tapi biarlah ringkas dan padat.
4. Page Header - Letakkan gambar dan tajuk yang bersesuaian memandangkan inilah bahagian yang terlebih dahulu dilihat oleh pembaca.
5. Blog Archive - Menyimpan senarai blog berdasarkan bulanan, mingguan atau harian berdasarkan pilihan anda. Juga anda boleh memantau bilangan blog yang telah anda tulis.
6. Blog List - Menyenaraikan lain-lain blog yang digemari atau blog pilihan anda bagi memudahkan anda membukanya bila diperlukan. Boleh dibuka banyak berdasarkan pengkelasan blog yang anda inginkan.
7. Followers - Jika anda ingin ada pengikut setia blog, pilihan ini perlu dipasang bagi mengetahui bilangan semasa pengikut anda. Namun ini tidak menggambarkan bilangan sebenar pengikut anda kerana setiap pembaca tidak semestinya berdaftar sebagai followers.

Semua senarai tersebut ada di dalam senarai "Add A Gadget" dalam kategori "Design" dan cara untuk mencari "Add A Gadget" adalah seperti berikut;

Langkah 1 : Sign In dan pergi ke menu "Design" dan pilih submenu "Page Element"

Blog - Menulis Entri Pertama

Anda telah berjaya membina blog pertama anda. Jika belum klik disini untuk membina blog pertama anda.

Seterusnya setelah anda mempunyai blog sudah tentu anda ingin menulis sesuatu pada blog anda. Entri kali ini ingin menceritakan cara ringkas untuk memulakan entri anda. Ada dua kaedah untuk menulis entri anda iaitu menggunakan kaedah "Edit HTML" atau "Compose" (Pilihan ini terletak di bahagian atas kotak entri yang anda ingin tulis). Panduan yang diberikan ini adalah menggunakan kaedah "compose" iaitu cara mudah bagi blogger seperti saya (yang tak mahir HTML). Jika anda mahir menggunakan HTML, anda bolehlah menggunakan kaedah "Edit HTML".

Langkah 1 : Buka blog anda. Pada bahagian atas kanan,  klikkan 'sign in'. Selepas itu masukkan "USERNAME" dan "PASSWORD" sepertimana yang anda tetapkan semasa mendaftar blog. Klik 'sign in' selepas memasukkan username dan password anda.


Langkah 2 : Masukkan tajuk entri anda pada ruangan "Title" dan cerita/bahan anda pada ruang di bawahnya. Untuk memukar bentuk tulisan, bold, italic, warna tulisan, saiz tulisan, alignment sila pilih menu yang terdapat pada atas kotak yang anda tulis. (Tak pasti apa nama kotak ini)

Langkah 3 : Jika anda ingin meletakkan gambar klikkan pada menu "insert picture" dan seterusnya pilih gambar yang anda ingin masukkan.

Langkah 4 : Jika anda ingin "link" sesuatu perkataan, ayat atau gambar dengan laman sesawang / blog tertentu, pilih perkataan, ayat atau gambar yang hendak di linkkan, kemudian klik pada menu "Link" dan seterusnya masukkan alamat laman sesawang / blog yang ingin di linkkan. (Link : Bila klik link tersebut, laman sesawang / blog yang kita tetapkan akan dibuka)

Langkah 5 : Selepas anda selesai dan berpuashati bolehlah anda memasukkan entri pertama anda dengan klik pada menu "publish post" yang terletak pada bahagian bawah. Jika ingin melihat dahulu entri tersebut sebelum dipublish, klik pada menu "preview". (Entri berkaitan : Schedule Entry)

Sekarang entri anda telah terpapar di laman blog anda untuk menjadi tatapan pembaca di seantero dunia.

Selamat datang ke dunia blogger.

Nota : Jika anda telah berjaya memaparkan blog pertama anda, sila maklumkan kepada saya pada ruang "comments" di bawah. Insya Allah saya akan menjejaki blog anda tersebut.




RIS-FAMILI

MEMBINA SIMPLE BLOG

Saya tidaklah mahir dalam aspek teknologi maklumat mahupun aspek berblog. Namun apa yang dapat saya bantu hanyalah apa yang saya tahu memandangkan beberapa rakan saya bertanyakan bagaimana hendak mewujudkan blog dan beberapa blog telah berjaya mereka wujudkan.
Memandangkan saya menggunakan platform blogger maka penerangan ini berkisar dalam platform ini.
Kepada sesiapa yang berminat membuka blog menggunakan platform blogger, bolehlah mengikut cara yang saya tunjukkan seperti di bawah untuk mewujudkan 'simple blog'.

Langkah 1 : Perlu mempunyai alamat email dan email tersebut akan digunakan sebagai 'username'.
Langkah 2 : Pergi ke https://www.blogger.com/start untuk mewujudkan blog pertama anda. Klik pada 'create a blog'
Langkah 3 : Isikan maklumat yang diminta dan tekan butang 'continue'. Alamat email yang anda masukkan, merupakan 'username' yang akan anda gunakan setiap kali anda ingin mengemaskini blog anda. Bagi tujuan keselamatan, password yang ingin digunakan tidak semestinya adalah password yang sama dengan password email tersebut.
Langkah 4 : Pilih nama blog dan 'blog url' yang anda ingin gunakan. Untuk memastikan 'blog url' tidak digunakan oleh mana-mana blogger, masukkan nama yang anda inginkan dan tekan 'check avaibility'.
Langkah 5 : Pilih 'template' yang ingin digunakan. Template ini boleh ditukar bila-bila masa sahaja.
Langkah 6 : Klik 'continue' dan di mukasurat seterusnya klik 'start blogging'. Tahniah, anda kini sudah mempunyai blog anda sendiri.
Kini anda boleh memulakan blog anda sendiri, cara untuk memasukkan entri adalah seperti anda menulis email tapi tak perlulah anda menulis alamat yang anda ingin tujukan email tersebut. Selepas anda selesai memasukkan tajuk dan perkara yang anda inginkan, klik pada 'publish post' untuk memaparkan di blog anda.
(Langkah-langkah ringkas menulis blog akan menyusul selepas ini)
KINI SEMUA ORANG BOLEH BERBLOG
Nota : Jika anda ada komen atau ingin berkongsi info sila tulis pada bahagian 'comments' di bawah entri ini.
Juga jika anda berjaya mewujudkan blog anda sendiri, sila tulis alamat blog anda di bahagian 'comments' di bawah entri ini.


Related Posts with Thumbnails