Memaparkan catatan dengan label ICT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ICT. Papar semua catatan

Prabayar Paling Berbaloi


Sedang pening membuat pilihan telco mana yang berbaloi untuk dilanggan.
Selalunya data, sms dan air time menjadi masalah. Tak habis pakai, hangus begitu saja. Ruginya.
Mencari juga yang boleh guna data, sms dan airtime yang ada sampai habis tanpa terikat dengan komitmen bulanan.


Jika itulah yang seringkali bermain difikiran dan poket, jawapannya ada di sini.

(Klik la)

Prabayar terbaik setakat ini yang memberikan jangkamasa sah yang terpanjang iaitu selama 28 bulan* (2 tahun 4 bulan). Mana nak dapat secara automatik kalau langgan yg lain-lain telco. Yg lain kena beli, yg XOX secara automatik.

Sesungguhnya amat sesuai dijadikan talian kedua / talian backup kerana tak perlu fikirkan data, sms dan airtime akan hangus setiap bulan.


Yg bestnya untuk pelanggan baru, pembelian data 10GB akan diberikan 10GB data extra. Wow.
Pek starter kit ini berharga RM10 tapi kandungannya melebihi nilai permulaannya. Dalammya terisi RM5 airtime dan SMS sebanyak 1800. Banyaknya.

(Klik sini)


Nak beli mudah je, tak payah susah payah memandu menempuh jam, cari parking dan tak perlu bayar caj parkir. Buat je secara online.
Klik je link atas ni atau sentuh je mana-mana gambar dalam pos ini.


Lepas tu order secara dalam talian. Dah selesai, tunggu je abang posmen hantar depan pintu rumah. Mudah kan.
Aktifkan kad tersebut dan dah boleh guna.

Kalau nak kekalkan no sediada pun boleh, hanya klikkan mana gambar dlm pos ini kemudian pilih "switch over" dan isikan maklumat yg berkaitan.


Untuk pengetahuan semua, XOX adalah telco yang mendapat persijilan patuh syariah.


Cepat-cepat daftar ye. Bersama-sama kita menyokong telco yang diakui patuh syariah.

(Klik ye)

*Untuk tempoh sah 28 bulan.
1. Mengambil pakej welcome deal semasa pendaftaran.
2. Topup RM50 dlm tempoh sebulan.
3. Kekalkan no lama.


***********************

NAK TOPUP MURAH UTK SEMUA TELCO
Klik Gambar Ini

Aplikasi Park@Perak


Tinggal di Perak. Atau datang ke Perak.
Sekarang tak perlu lagi pening untuk cari penjual kupon parking. Boleh digunakan di serata Perak.

Pasang je apps park@perak. Ni linknya --> https://park.perak.my

Tapi jika masih ada kupon yg dalam simpanan, masih boleh digunakan.
Juga kepada yang selesa menggunakan kaedah sediada iaitu kupon, jangan risau penjual kupon masih ada kerana kupon masih boleh digunakan.

Ni kemudahan alternatif je.

BR1M | Bantuan Rakyat 1Malaysia

Brim kini dah kembali. Bagi yang baru layak dan tak pernah mohon bolehlah pergi laman web BRIM dengan mengklik di sini ---》https://ebr1m.hasil.gov.my

dan pilih "Permohonan Baru" seterusnya isi maklumat yg diperlukan.

Bagi yang pernah mendaftar pula klik link yang di atas tadi atau terus klik di sini --》https://ebr1m.hasil.gov.my/DefaultSemakanKeluar.aspx?m=k
Kemudian masukkan no mykad dan 2 soalan. Lepas tu kemaskini mana-mana yang berkenaan.

Selesai buat, tunggu je duit masyukkkk. Dan jangan lupa 'open table' bila dah masukkkk.
Tapi kemaskini dan daftar kena buat sehingga hujung tahun ni je.

SELAMAT BERBR1M.

ICT dalam Bajet 2014

Klik link di bawah ini untuk intipati Bajet tahun 2010 - 2013 yang ada kaitan dengan ICT.


Bajet 2014 bertemakan "MEMPERTEGUH KETAHANAN EKONOMI,  MEMPERKASA TRANSFORMASI DAN MELAKSANA JANJI ” dengan peruntukan RM 264.2 billion. Bajet tersebut dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang juga merupakan Menteri Kewangan 1 pada 25 Oktober 2013 di Parlimen. Berikut beberapa intipati yang dirasakan berkaitan ICT untuk dikongsi bersama;

….Untuk meningkatkan lagi liputan internet di bandar-bandar utama, Kerajaan akan melaksanakan Fasa Kedua Projek HSBB dengan kerjasama pihak swasta. Ini melibatkan kos pelaburan sebanyak 1.8 bilion ringgit. Inisiatif ini dijangka memberi tambahan liputan dan kemudahan kepada masyarakat, terutama di kawasan bandar merangkumi 2.8 juta isirumah di seluruh negara. Kelajuan internet ini dijangka mampu mencapai 10 megabits sesaat….

….Selain itu, 1,000 menara pemancar telekomunikasi akan dibina dalam tempoh 3 tahun dengan pelaburan sebanyak 1.5 bilion ringgit untuk meningkatkan liputan internet di kawasan luar bandar. Bagi meningkatkan capaian internet di Sabah dan Sarawak, kabel dasar laut yang baru akan dipasang dalam tempoh 3 tahun dengan kos 850 juta ringgit….

….Di samping itu, bagi mempastikan tiada pertindihan dan keciciran pemberian bantuan kepada golongan sasar, Kerajaan akan mewujudkan satu sistem pangkalan data yang komprehensif termasuk mengintegrasi data e-Kasih, data penerima bantuan kebajikan dan penerima BR1M. Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri akan menerajui inisiatif ini….

….Kos pembelian peralatan dan perisian ICT diberi lanjutan Elaun Modal Dipercepatkan sehingga tahun taksiran 2016….

….Perbelanjaan latihan perakaunan dan ICT berkaitan GST bagi tahun taksiran 2014 dan 2015 diberi potongan cukai tambahan….


 ….Memperluaskan akses internet di sekolah terutama di kawasan luar bandar seluruh negara dengan peruntukan 168 juta ringgit....

Untuk memuat turun teks ucapan bagi Bajet 2014 ini sila klik SINI.

Semak Panggilan Telefon Bimbit

      Pada masa sekarang, awalan telefon tidak lagi menunjukkan penyedia operator telefon. Sebagai contoh, 012 buka eksklusif bagi Maxis sahaja. Begitu juga 013, 014 dan seterusnya. Jadi kadangkala panggilan yang kita buat ke talian yang berawalan sama dengan telefon kita tak semestinya akan dikenakan caj network sama (within the same network). Mungkin no tersebut adalah dari operator yang berbeza, jadi caj yang dikenakan adalah caj untuk 'different network'.
      Bagi yang rajin, bolehlah semak di laman web SKMM yang ada menyediakan kemudahan tersebut. Samada semak sebelum telefon atau selepas telefon. Caranya adalah dengan pergi ke Mobile Number Check (Klik sini).
      Selepas itu masukkan no telefon anda dan no telefon yang anda panggil dalam kotak. Klik check dan selepas itu status panggilan akan dipaparkan sama ada panggilan sama operator atau lain operator.
Contoh semakan yang dibuat.


***************************************

Hantar Mesej ke FB Guna Email Biasa

Tahukah anda bahawa anda boleh menghantar mesej kepada rakan anda menggunakan email (gmail, yahoo dll) terus kepada peti pesanan FB kawan anda.
Biasanya alamat untuk menghantar dari email ke FB adalah dalam bentuk "profileFB@facebook.com" dan profileFB tersebut boleh didapati pada 'contact info' yang tedapat pada page maklumat rakan anda.
Sebagai contoh untuk FB di atas, alamat untuk menghantar email adalah mymesej@facebook.com

Pertama (Penghantar) : Langkah untuk diikuti adalah seperti berikut ---> Buka email ---> Compose ---> Send
Kedua (Penerima) : Langkah berikutnya adalah seperti berikut ---> Buka FB ---> Semak mesej.

Untuk membalasnya hanya 'balas' (reply) mesej tersebut. Tapi setakat ini, RIS-IT ni tak tahu lagi cara nak memulakan untuk menghantar mesej dari FB ke email biasa. Kalau sesiapa tahu bolehlah kongsikan bersama ye.

(Cara ini amat sesuai digunakan kepada pengguna yang tak boleh akses FB (contohnya di opis) tapi ingin menghantar mesej kepada rakan FB nya)

CIMB Clicks Via Facebook

Tak tahu bila ada perkhidmatan CIMB Clicks via Facebook ni. Yang tahu sebelum ni hanyalah CIMB Clicks via Website dan CIMB Click via Handphone (Android). Perasan tentang ni pun sebab keluar pemberitahuan semasa nak buka Cimb Clicks. Tapi tak la register lagi sebab nak tengok komen-komen pengguna yang lain dulu, maklumlah masih baru.
Kepada sesapa yang berminat bolehlah register di website CIMB Clicks dulu kemudian barulah 'activate' perkhidmatan tersebut di Facebook. Berikut adalah info tentang Cimb Clicks via FB;
Iklan yang ada semasa buka Cimb Clicks

Perkhidmatan yang ada di CIMB Clicks via FB

Step 1 untuk daftar

Step 2 untuk pendaftaran

Step 2 untuk daftar (sambungan)

Step 3 untuk daftar
Kalau lihat penerangan di atas, tidak semua perkhidmatan ditawarkan via website ada pada via FB. Yang ada hanyalah perkhidmatan 'Coin Box', 'Send Money' dan 'Prepaid Airtime'.
Kalau nak pergi ke CIMB Clicks via FB, klik sini (CIMB Click)

Bantuan Rakyat 1 Malaysia

Sumber
Borang bagi 'Bantuan Rakyat 1 Malaysia' boleh diisi sekarang dan boleh dibuat oleh penduduk Malaysia yang layak sepertimana dinyatakan di bawah.
Kelayakan untuk Memohon BR1M
Sumber
Kebiasannya kita akan mohon secara manual iaitu dengan mengisi borang menggunakan borang atas kertas. Tapi tahukan kini borang BR1M boleh diisi secara online. Terpakai bagi permohonan baru dan juga kepada pemohonan lepas yang ingin mengemaskini maklumat terbaru.
Untuk menggunakan kemudahan ini hanya pergi ke laman web eBR1M sepertimana ditunjukkan di bawah. (Klikkan ada gambar untuk masuk ke laman web tersebut).
Dah ada cara mudah, jangan lepaskan peluang. Isi dari rumah atau opis sahaja. Tak perlu meredah panas dan hujan untuk mendapatkan borang dan untuk menghantarkannya. Yg perlu hanyalah talian internet.
Sebagai alternatif - Isi borang secara manual : Download borang di sini (klik sini untuk download)

Private Browsing Dengan Internet Explorer

Entri kali ini menunjukkan cara untuk melayari internet secara private iaitu maklumat perlayaran tidak disimpan setiap kali kita surfing bagi pengguna browser Internet Explorer. Namun kemudahan private browsing ini hanya untuk Internet Explorer versi terkini sahaja. Jika anda masih menggunakan versi lama, sila upgrade versi Internet Explorer anda.

Cara private browsing menggunakan Internet Explorer;

Langkah 1 : Buka browser 'Internet Explorer' seperti biasa.
Langkah 2 : Pilih menu 'Tools' dan kemudian pilih 'InPrivate Browsing'.
Langkah 3: Keluar maklumat berkenaan 'InPrivate Browsing' untuk dibaca. Jika tidak mahu baca, abaikan sahaja.
Langkah 4 : Taip alamat website yang hendak dibuka di kotak alamat di bahagian atas atau pilih senarai 'favorites' yang telah disimpan. Perhatikan simbol 'InPrivate Browsing' muncul di sebelah kiri kotak alamat.

Langkah 5 : Berlayarlah di alam maya tanpa was-was kerana rekod perlayaran anda tidak akan disimpan selepas anda log-out.

ATAU
Lakukan pembersihan rekod perlayaran secara manual iaitu dengan memilih 'Tools' - 'Delete Browsing History' - 'Delete All' @ "delete' satu persatu setiap kali anda selesai surfing internet.

ATAU
Lakukan pembersihan kekal iaitu data perlayaran akan dipadamkan secara automatik setiap kali anda keluar dari internet explorer. Caranya pilih 'Tools' - 'Internet Option' - Pilih tab 'general' - Tick pada 'Delete Browsing History On Exit' - Pilih 'OK@ 'Apply'.

Untuk private browsing menggunakan Mozilla Firefox - Klik sini.
Untuk private browsing menggunakan Google Chrome - Klik sini.

ICT dalam Bajet 2012

Kesinambungan petikan bajet seperti tahun-tahun sebelum ini kali ini petikan tersebut diteruskan lagi untuk bajet 2012. Tapi kalau nak baca petikan tentang bajet bagi ICT bagi tahun 2010 dan 2011 sila klik link di bawah;
Klik sini untuk baca entri 2010 dan klik sini untuk baca entri 2011 tentang ICT dalam bajet.

Pada pandangan RIS-IT, bajet 2012 langsung tidak menyebut hal berkaitan ICT secara langsung. Yang ada hanya secara sampingan itu pun hanya satu sahaja yang dapat dikesan selepas membaca semula petikan bajet tersebut. Yang dimaksudkan adalah petikan ini sahaja.
sistem pentadbiran cukai yang cekap dan berkesan merupakan prasyarat untuk memperluaskan asas cukai dan meningkatkan pematuhan oleh pembayar cukai. Langkah penguatkuasaan akan dipertingkatkan dengan melaksanakan operasi bersepadu bersama agensi berkaitan, di samping memperkukuhkan sistem ICT agensi pengutip hasil
Dalam bajet 2010 dan 2011, bajet berkaitan ICT begitu menarik seperti pemberian netbook, pengecualian cukai broadband dan pengecualian cukai smartphone. Dan yang penting ia memberi kesan secara langsung kepada rakyat.

Namun entri ini hanya menyebutkan berkenaan ICT sahaja dan banyak lagi perkara lain yang disentuh dalam bajet 2012. Bagi yang ingin membaca teks penuh bajet 2012 sila search di internet atau di klik di siniDan jika ingin memuat turun petikan bajet sila muat turun di laman web perbendaharaan (klik di sini).

RIS-IT juga membuat tinjauan berkenaan bajet tersebut di facebook. Untuk mengundi sila buka laman undian tersebut di sini ----> http://www.facebook.com/questions/2068491634772/ (sila klik utk mengundi)
Soalan dan bentuk undian di Facebook

PIKOM PC Fair


15 April lalu secara tak sengaja aku telah menerjah PIKOM PC Fair yang diadakan di Kuala Lumpur Convensyen Centre. Tujuan asal ke KL ni adalah untuk urusan lain tapi ketika sedang ronda-ronda sekitar KL, ternampak signboard tentang PC Fair ni. Jadi memang ambil peluang untuk ke sana juga. Memang rambang mata. Memandang ETS (train express) aku kul 5.35 petang jadi banyak masa aku boleh tinjau2 kat sana.
Jika sebelum ni hanya pergi PC Fair kat bandaraya yang tak sebesar KL ni, jadi memang la tak sesuai nak bandingkan gerai pameran yang ada di situ dengan yang dibuat di bandar lain. Kat sini lebih besar, sesak dan meriah dan membuatkan aku rambang mata.
Lihatlah ramai orang berpusu-pusu masuk ke Pusat Konvensyen tersebut untuk sama-sama menyesakkan dewan pameran tersebut. Pintu masuk dan pintu keluar adalah berbeza dan ini membuatkan seakan-akan kita melalui jalan sehala kerana jika dah lalu sesuatu gerai pameran kita tidak lagi akan melalui gerai pameran itu semula. Tapi ini dapat mengelakkan kesesakan kerana PC Fair ni memang sesak. Gambar berikutnya menjadi bukti.
Diakui memang besar dan pelbagai peralatan berkaitan IT yang ada dan sesiapa yang rajin survey pasti dapat membeli peralatan yang berbaloi pada harga dan kualiti. Aku pula tak beli apa-apa pun sebab memang tak rancang pun nak datang ke sini pada awalnya jadi tak de la barangan yang tersangkut di tangan. Fuhhh... jimatttt.

ICT dalam Bajet 2011

Berdasarkan pemerhatian dalam Bajet 2011 yang dibentangkan pada 15 Oktober 2010 oleh Perdana Menteri Malaysia yang juga Menteri Kewangan Malaysia iaitu Dato Seri Najib di Parlimen tidak banyak perkara yang menyentuh secara langsung berkenaan ICT pada kali ini berbanding Bajet 2010 lalu (Klik Untuk Baca Entri terdahulu).

Bajet 2011 ini bertemakan "Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi" yang melibatkan sebanyak RM 212 billion dengan pecahan RM 162.8 billion untuk belanja pengurusan dan RM 49.2 billion untuk belanja pembangunan.

Antara petikan Bajet 2011 yang melibatkan IT/ICT adalah seperti disenaraikan di bawah;
…. dalam meningkatkan potensi industri teknologi maklumat ICT, program MY Creative Content akan dilaksana bagi menggalakkan pembangunan penciptaan kandungan tempatan, hosting kandungan tempatan dan pembukaan saluran baru untuk kandungan. 
Program ini membabitkan peruntukan sebanyak RM119 juta....
.... Kerajaan, akan juga melanjutkan tempoh galakan elaun pelaburan kepada penyedia kemudahan sambungan terakhir perkhidmatan jalur lebar, dan juga melanjutkan pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas peralatan jalur lebar selama dua tahun sehingga 2012.....
.... Pada masa ini, telefon bimbit biasa dikenakan cukai jualan 10 peratus manakala telefon bimbit yang mempunyai pelbagai aplikasi seperti internet dan personal digital assistant (PDA) dikecualikan cukai jualan. 
Bagi tujuan penyelarasan, Kerajaan mencadangkan, cukai jualan, dikecualikan, ke atas semua jenis telefon bimbit....
.... Dalam konteks ini, Kerajaan akan mewujudkan portal interaktif "1Malaysia Pengguna Bijak" bagi memudahkan rakyat mengikuti perkembangan harga terkini barangan, meliputi hampir 7,000 premis perniagaan seluruh negara. 
Melalui portal ini, pengguna mempunyai pilihan untuk mendapatkan sesuatu barangan pada harga yang kompetitif. 
Pengguna juga boleh menggunakan khidmat pesanan ringkas untuk mengetahui harga terkini barangan....
Itu sahaja pada pendapat saya merupakan intipati-intipati Bajet 2011 yang kena mengena dengan ICT secara langsung. Mungkin ada yang terlepas pandang, jika ada bolehlah dikongsikan bersama dengan memberi komen pada ruangan 'comment' di bawah entri ini.

Untuk membaca Petikan Bajet 2011 sepenuhnya sila klik disini (Pautan Berita Harian)


Memadat / Mengecil Saiz Gambar

Masalah : Anda ingin menghantar gambar digital melalui email kepada kawan anda. Namun apabila anda menekan butang 'send' keluar mesej memberitahu bahawa saiz email ada melebihi had yang dibenarkan. Apakah tindakan anda untuk memastikan kawan anda boleh menerima gambar tersebut?

Penyelesaiannya seperti di bawah.
a. Hantar email berserta lampiran gambar berulang kali di mana setiap kali email dihantar dilampirkan gambar yang berlainan.
b. Salin gambar itu ke media penyimpanan lain (Cth : CD, Flash Drive, SD Card) dan pos/beri kepada kawan anda.
c. Berkongsi gambar tersebut di laman sosial (Cth : Facebook, Millat Facebook) dan kawan anda menyalin gambar tersebut dari halaman tersebut.
d. Memadat / Mengecilkan saiz gambar tersebut.

Jawapan : Semua kaedah penyelesaian di atas boleh digunakan namun cara 'd' lebih saya sukai kerana mudah dan tak mengambil masa panjang.
Anda tak perlu memuatturun perisan lain untuk tujuan tersebut kerana perisian yang ingin digunakan memang telah sedia ada bersama Windows/Microsoft. Ikuti langkah-langkah seperti di bawah untuk memadatkan saiz gambar anda;

Langkah 1 : Buka folder menempatkan gambar yang ingin dipadatkan.

Password Untuk Fail

Ada antara kita ingin menyimpan sesuatu fail yang hanya untuk diedit atau tatapan diri sendiri atau orang tertentu. Keadaan ini boleh jadi apabila fail tersebut disimpan di sesebuah komputer yang dikongsi ramai sebagai 'contoh' komputer pejabat.
Tindakan yang sepatutnya dilakukan adalah meletakkan 'password' pada fail tersebut.
Terdapat dua keadaan 'password' ini boleh digunakan iaitu
1. Fail hanya boleh dibuka dengan menggunakan 'password'. Jika 'password' tidak dimasukkan maka fail tidak akan terpapar.
2. Fail boleh dibuka tanpa 'password' tapi hanya untuk melihat kandungan fail namun jika ingin mengedit info dalam fail tersebut, 'password' perlu dimasukkan.

Anda boleh menggunakan perisian tambahan yang dimuatturun dari internet, perisian yang dibeli atau menggunakan perisian yang telah sediaada bersama Microsoft Office. Bagi menjimatkan kos dan masa, saya  suka gunakan perisian sediaada. Namun saya tidak dapat menyatakan dari segi sekuriti kerana saya tidaklah mahir dalam I.T., kerana apa yang saya paparkan adalah bertujuan untuk berkongsi apa-apa maklumat yang saya tahu dan yang sedang saya gunakan.

Caranya begini;
Langkah 1 : Setelah siap fail yang anda ingin letakan 'password' klik menu 'save as'.

Blog - Menukar Latarbelakang Blog

Blog RIS-IT asal (atas) dan RIS-IT sebelum ini (bawah)

Jika anda ingin menukarkan latarbelakang blog anda, terdapat cara susah, kompleks, panjang, ringkas dan mudah boleh anda pilih. Namun saya hanya akan menunjukkan cara ringkas dan mudah untuk menukar latarbelakang blog anda (Cara susah, kompleks dan panjang - Anda cari sendiri). Jika anda ikuti langkah ini, Insya Allah latarbelakang blog anda akan bertukar ke corak yang anda inginkan dan bertambah menariklah penampilan blog anda.

Langkah 1 : "Sign in" ke blog anda dengan memasukkan 'username' dan 'password' yang anda tetapkan semasa mendaftar blog.
 
Langkah 2 : Klik pada "design" dan seterusnya klik pada mana-mana menu "Add a Gadget".

Langkah 3 : Cari gadget "HTML/Javascript" dan klik pada simbol "+".

Langkah 4 : Masukkan kod HTML* yang anda dapat ke dalam ruang 'content' dan tekan 'save'.

Langkah 5 : Klikkan 'preview' jika ingin melihat bentuk latarbelakang yang anda pilih. Jika berpuas hati tekan menu 'save'.

Langkah 6 : Klik menu 'View Blog' untuk memaparkan blog anda dengan latarbelakang baru.

Nota  : * Bagi Langkah 4 iaitu memasukkan kod HTML, sila cari kod tersebut di laman sesawang yang menyediakan kod tersebut dengan mencari menggunakan 'google/yahoo search' dan taipkan 'blog background' atau perkataan seumpamanya. Sekadar contoh, blog ini menggunakan kod HTML dari 'cutest blog on the blog' dan 'scrap my blog'.




RIS-FAMILI