KOMEN @ RIS-IT


Entri pada kali ini sekadar untuk memberitahu bahawa blog RIS-IT telah kembali kepada asal iaitu menggunakan komen yang tersedia oleh blogger (seperti gambar di sebelah kiri).
Jika sebelum ini blog RIS-IT menggunakan plugin 'intense debate' bagi memberi peluang kepada pembaca yang memberi komen untuk turut meletakkan link entri terbaru blog mereka secara automatik dalam komen jika mereka ada blog. Plugin ini telah digunakan dari Jun 2010 hingga April 2011 dan mulai 1 Mei 2011 form untuk memberi komen seperti di sebelah kembali mengambil tempat.
Pertukaran seperti ini dibuat kerana terdapat sesetengah pembaca memberitahu bahawa mereka tak dapat membuat komen melalui form komen yang menggunakan plugin 'intense debate' tersebut. Sebab apa pun tak pasti. Jadi saya mengambil keputusan untuk kembali ke kaedah lama. Jangan marah eaaaaaa.
Di bawah ni saya nak paparkan plugin 'intense debate' yang telah saya gunakan selama 11 bulan sebelum ini. Nak kata saya tak akan pakai plugin ini lagi, tak berani nak janji. Mana la tau nanti nak pakai semula kalau semua masalah dah dapat diselesaikan.
Tapi buat masa ni form komen oleh blogger kembali mengambil tempat.
Selamat memberi komen.

Jana Pendapatan Dengan Iklan (Lagi 4 Pilihan)

Jika Entri sebelum ini mempromosi 6 syarikat yang menyediakan kemudahan untuk menyiarkan iklan dari pengiklan iaitu Nuffnang, Innity, Advertlets, ManggaAds, AdMercu, dan GoogleAdsense. Syarikat ini boleh dikatakan sebagai perantara antara blogger dengan pengiklan kerana kita tidak perlu mencari pengiklan secara langsung. Semuanya akan diuruskan oleh syarikat yang boleh dianggap perantara ini.
Entri kali ini pula ingin mempromosi 4 lagi syarikat seumpamanya. Jadi kini anda mempunyai 10 pilihan syarikat, terpulanglah nak guna yang mana satu kerana semuanya terserah kepada anda. Tapi dinasihatkan janganlah memasang kesemuanya kerana nanti blog anda macam blog iklan pulak. Tak pun iklan lagi menonjol dari entri yang dipublish. Juga boleh membuatkan blog anda lambat untuk diloading kalau banyak sangat iklan.
Syarikat pengiklan yang ingin dipromosi kali ini ialah Bidvertiser, ImageSpaceMedia, TextLinkAds dan PayPerPost.
Kalau nak baca atau nak register dengan mana syarikat pengiklan sila klik pada gambar di bawah.



Bidvertiser
ISM (Image Space Media) Referral Banner
ImageSpaceMedia
TextLinkAds
PayPerPost
Nota : Bidvertiser dan ImageSpaceMedia ada saya gunakan, TextLinkAds ada mohon tapi ditolak sebab dah ada iklan yang serupa dengannya (tapi tak bagitahu yang mana) manakala PayPerPost belum pernah cuba.

Anda Mungkin Juga Meminati (Kaedah 2)

Jika anda lihat pada akhir setiap entri pada blog ini, anda akan dapati 5 cadangan entri untuk dibaca. Pada asalnya perkataaan "meh le baca - entri ini pun menarik juga" adalah " anda mungkin juga meminati". Kaedah pertama untuk memasang plugin seperti ini ada dinyatakan dalam entri sebelum ini (klik sini utk membacanya)

Namun terdapat satu lagi kaedah untuk meletakkan plugin yang seumpamanya iaitu plugin 'nRelate'. Untuk mendaftar sila ke website nRelate (klik sini), daftarkan info anda dan letakkan kod dalam blog anda samaada sebelum atau selepas setiap entri.

Plugin ini akan turut memaparkan lain-lain entri yang sedikt sebanyak ada kaitan dengan entri yang sedang anda baca. Anda boleh menetapkan berapa banyak post yang perlu dipaparkan pada bahagian ini, rasaya sehingga 10 post.

Terpulanglah untuk pakai yang mana satu. Kedua-duanya menawarkan fungsi yang hampir sama.

PIKOM PC Fair


15 April lalu secara tak sengaja aku telah menerjah PIKOM PC Fair yang diadakan di Kuala Lumpur Convensyen Centre. Tujuan asal ke KL ni adalah untuk urusan lain tapi ketika sedang ronda-ronda sekitar KL, ternampak signboard tentang PC Fair ni. Jadi memang ambil peluang untuk ke sana juga. Memang rambang mata. Memandang ETS (train express) aku kul 5.35 petang jadi banyak masa aku boleh tinjau2 kat sana.
Jika sebelum ni hanya pergi PC Fair kat bandaraya yang tak sebesar KL ni, jadi memang la tak sesuai nak bandingkan gerai pameran yang ada di situ dengan yang dibuat di bandar lain. Kat sini lebih besar, sesak dan meriah dan membuatkan aku rambang mata.
Lihatlah ramai orang berpusu-pusu masuk ke Pusat Konvensyen tersebut untuk sama-sama menyesakkan dewan pameran tersebut. Pintu masuk dan pintu keluar adalah berbeza dan ini membuatkan seakan-akan kita melalui jalan sehala kerana jika dah lalu sesuatu gerai pameran kita tidak lagi akan melalui gerai pameran itu semula. Tapi ini dapat mengelakkan kesesakan kerana PC Fair ni memang sesak. Gambar berikutnya menjadi bukti.
Diakui memang besar dan pelbagai peralatan berkaitan IT yang ada dan sesiapa yang rajin survey pasti dapat membeli peralatan yang berbaloi pada harga dan kualiti. Aku pula tak beli apa-apa pun sebab memang tak rancang pun nak datang ke sini pada awalnya jadi tak de la barangan yang tersangkut di tangan. Fuhhh... jimatttt.
Related Posts with Thumbnails