Backup Blog & Restore Blog

Untuk memastikan blog kita sentiasa dalam keadaan selamat dan dapat di pulihkan apabila berlaku masalah seperti pencerobohan atau kesilapan memasukkan kod, pastikan kita bersiap sedia dengan membuat simpanan atau lebih dikenali backup terhadap blog kita. Bagi blog yang menggunakan platform blogger, kemudahan membuat backup telah tersedia dalam blog tersebut.
Bila berlaku masalah kepada blog, hanya pulihkan (restore) semula blog anda dengan menggunakan fail yang telah dibackup sebelum ini.

Cara untuk membuat backup adalah seperti di bawah.

Langkah 1 :  Sign in blog anda.
Langkah 2 : Pilih 'Design' kemudian 'Edit HTML'.
Langkah 3 : Pilih 'Download Full Template"
Langkah 4 : Simpan fail tersebut. Kebiasaannya secara automatik disimpan dalam folder 'download'

Langkah 5 : (Pilihan) Pindahkan fail tersebut ke dalam mana-mana folder yang senang dicari dan juga jangan lupa 'rename' fail tersebut menggunakan nama yang senang dikenalpasti (sbg contoh : Backup blog 2 Julai 11).

Jika blog kita bermasalah, fail yang dibackup sebelum ini berkemungkinan dapat membantu dengan cara memulihkan kembali fail berkenaan dengan menggunakan fungsi restore.

Cara untuk restore semula adalah seperti di bawah;

Langkah 1 : Seperti "Langkah 1"dan "Langkah 2" untuk backup yang ditunjukkan di atas.
Langkah 2 : Pilih 'Choose File'. Cari fail yang disimpan sebelum ini dan klik 'Open'.
Langkah 3 : Kemudian klik 'Upload'.
Langkah 4 : Klik 'Preview;' jika ingin melihat hasilnya dan kalau berpuashati klik 'Save Template'.

Selesai sudah. Sebenarnya cara ni adalah cara basic utk backup dan restore.

Entri akan datang - Cara nak backup maklumat dalam facebook.

Google Plus | Google +

Laman sosial terbaru telah dilancarkan oleh google. Laman ini dikatakan pesaing kepada laman sosial Facebook yang menjadi fenomena sosial pada masa kini. Dan yessss... aku dah berjaya mendaftarkan diri atas jemputan Nik Hasnan.
Buat masa sekarang Google + ini hanya atas jemputan sahaja iaitu dijemput oleh pengguna yang telah ada akaun Google + dan aku adalah antara yang telah ada akaun Google + ini. Kepada sesiapa yang ingin mendapatkan akaun Google + ini sila tinggalkan 'email gmail' anda di bahagian komen di bawah ini untuk aku invite.
Kalau dah dijemput nanti daftar je seperti ditunjukkan di bawah.
Lengkapkan ruangan yang ada dan klik join.

Klik 'Link Google with PicasaWeb'

Dah siap - Kemaskini maklumat yang perlu.

Dah boleh bersosial. Kalau nak tengok profile aku klik sini.

Perhimpunan Bersih 2.0 | Undian Melalui Facebook | Mari Mengundi

Perhimpunan yang baru diadakan baru-baru ini mendapat pelbagai reaksi. Ada yang mengatakan perhimpunan tersebut berjaya dijalankan dan ada yang juga kata yang gagal. Tak terkecuali ada yang berkecuali. Oleh sebab itu RIS-IT dengan suka-suka membuat tinjauan atau undian untuk mengetahui pandangan pengguna facebook. Kalau nak mengundi sila klik sini.

Soalan yang ditanya adalah - "Pandangan Anda Tentang Perhimpunan Bersih" dan pilihan jawapan ialah "Berjaya", "Tidak Berjaya" dan "Berkecuali".
Soalan dalam facebook (gambar pemilih ditutup dengan warna merah untuk merahsiakan identiti 'dlm blog ini')

Undian bermula pada 9.00 malam 9 Julai 2011 dan sehingga entri ini ditulis (11:11 malam, 10 Julai 2011) terdapat 117 penguna facebook yang mengundi dan pecahannya adalah seperti ditunjukkan di bawah.

Pilih "Berjaya" sebanyak 43.6 peratus.
Pilih "Tidak Berjaya" sebanyak 26.5 peratus.
Pilih "Berkecuali" sebanyak 29.9 peratus.

Dan bilangan pembaca facebook yang akan mengundi dijangka akan bertambah kerana isu tersebut masih hangat lagi ketika ini. Pengundi undian ini juga meliputi semua golongan kerana setiap pembaca boleh menyebarkan kepada kawan-kawan facebook mereka yang lain. Penggundi juga boleh memberi komen tapi dinasihatkan tidak memberi komen yang mencetuskan sesitiviti. RIS-IT tidak bertanggungjawab atas sebarang komen seperti itu.

MARI MENGUNDI

Hantar URL Ke Enjin Carian

Kadangkala blog yang kita ada tidak tersenarai apabila dicari menggunakan enjin carian seperti 'Google', 'Yahoo' atau 'Bing'. Mungkin blog kita telah ada dalam senarai carian tetapi jauh ke bawah memandangkan berjuta-juta lemon blog / website yang ada dalam senarai. Mungkin juga blog kita masih belum ada dalam senarai. Oleh itu, RIS-IT ingin memberitahu cara-cara untuk menghantar URL blog korang manalah tahu blog korang masih belum termasuk dalam senarai carian.
Hanya menyenaraikan 3 enjin carian utama  untuk korang iaitu 'Google', 'Yahoo' dan 'Bing' dan kalau nak submit ke enjin carian lain boleh dilakukan carian melalui enjin carian juga.
Klik gambar di bawah untuk hantar URL;
Klik Gambar Untuk Hantar Ke Google

Klik Gambar Untuk Hantar Ke Yahoo

Klik Gambar Untuk Hantar Ke Bing

Hanya masukkan URL blog korang dan jika ada perkataan @ captcha ditunjukkan, taipkan aje. Lepas tu submit. Dan blog korang kini boleh dicari oleh penduduk seantero dunia.

Nota : Kalau korang dah submit blog korang, sila tinggalkan URL blog korang di bahagian 'Komen Di Sini' dan Insya Allah, aku akan cari blog korang guna ketiga-tiga enjin carian tersebut.
Related Posts with Thumbnails