Backup Blog & Restore Blog

Untuk memastikan blog kita sentiasa dalam keadaan selamat dan dapat di pulihkan apabila berlaku masalah seperti pencerobohan atau kesilapan memasukkan kod, pastikan kita bersiap sedia dengan membuat simpanan atau lebih dikenali backup terhadap blog kita. Bagi blog yang menggunakan platform blogger, kemudahan membuat backup telah tersedia dalam blog tersebut.
Bila berlaku masalah kepada blog, hanya pulihkan (restore) semula blog anda dengan menggunakan fail yang telah dibackup sebelum ini.

Cara untuk membuat backup adalah seperti di bawah.

Langkah 1 :  Sign in blog anda.
Langkah 2 : Pilih 'Design' kemudian 'Edit HTML'.
Langkah 3 : Pilih 'Download Full Template"
Langkah 4 : Simpan fail tersebut. Kebiasaannya secara automatik disimpan dalam folder 'download'

Langkah 5 : (Pilihan) Pindahkan fail tersebut ke dalam mana-mana folder yang senang dicari dan juga jangan lupa 'rename' fail tersebut menggunakan nama yang senang dikenalpasti (sbg contoh : Backup blog 2 Julai 11).

Jika blog kita bermasalah, fail yang dibackup sebelum ini berkemungkinan dapat membantu dengan cara memulihkan kembali fail berkenaan dengan menggunakan fungsi restore.

Cara untuk restore semula adalah seperti di bawah;

Langkah 1 : Seperti "Langkah 1"dan "Langkah 2" untuk backup yang ditunjukkan di atas.
Langkah 2 : Pilih 'Choose File'. Cari fail yang disimpan sebelum ini dan klik 'Open'.
Langkah 3 : Kemudian klik 'Upload'.
Langkah 4 : Klik 'Preview;' jika ingin melihat hasilnya dan kalau berpuashati klik 'Save Template'.

Selesai sudah. Sebenarnya cara ni adalah cara basic utk backup dan restore.

Entri akan datang - Cara nak backup maklumat dalam facebook.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sangat menarik, terima kasih

Related Posts with Thumbnails