LIMA BROWSER POPULAR



Bagi pengguna yang seringkali melayari internet, kita memerlukan ‘browser’ untuk membolehkan sesuatu laman web dibuka dan tanpanya sesuatu laman web tak dapat dibuka. ‘Browser’ ini seumpama perantara / medium untuk membolehkan kita dirangkaikan dengan sesuatu laman web.
Entri kali ini akan menunjukkan 5 jenis ‘browser’ yang popular dan seringkali digunakan untuk melayari internet. Saya tak pasti terjemahan ‘browser’ dalam Bahasa Malaysia samaada dipanggil “pelayar”, “pelungsur” atau nama lain.
Berikut adalah lima ‘browser’ yang kerap digunakan untuk melayari internet dan ia boleh didapati secara percuma di laman web pembangunnya.


Microsoft Internet Explorer

Sedia terpasang bila beli komputer tapi boleh download di
Versi terkini – Microsoft Internet Explorer 8
Dibangunkan oleh Microsoft Corporation


Mozilla Firefox


Versi terkini - Firefox 3.5
Dibangunkan oleh Mozilla Corporation


Google Chrome

Tak dinyatakan versi berapa.
Dibangunkan oleh Google Inc.


Opera

Versi terkini - Opera 10
Dibangunkan oleh Opera Software


Safari


Versi terkini - Safari 4
Popular untuk pengguna Mac Komputer tapi tiada masalah jika digunakan oleh pengguna Windows.
Dibangunkan oleh Apple Inc.



Awal perkembangan internet dahulu terdapat satu lagi “browser” yang menjadi saingan Microsoft Internet Explorer iaitu Netscape Navigator. Namun saya tidak tahu status ‘browser’ tersebut samada masih ada atau tidak. Selain dari ‘browser’ yang disebutkan di atas terdapat banyak lagi ‘browser’ yang dibangunkan tapi penggunaannya tidaklah meluas seperti ‘browser-browser’ di atas.
Selain versi utama, terdapat juga versi lain seperti mobile (Contoh : Internet Explorer Mobile), mini (Contoh : Opera Mini) atau portable (Contoh : Google Chromium) untuk browser di atas.
Kelima-lima ‘browser’ tersebut boleh dipasang secara serentak di dalam satu komputer tanpa mengganggu fungsi antara satu sama lain namun dari segi kelajuan anda melayari internet akan berkurangan jika dibuka secara serentak. Versi yang ditunjukkan di atas adalah versi setakat 13 November 2009 dan sumber yang ditunjukkan adalah dari laman web pembangunnya.



Mahu Semak Saman?


Jika anda ingin menyemak status samaada anda ada rekod saman atau tidak, anda boleh menyemaknya di http://www.myeg.com.my/. Ini adalah salah satu dari beberapa laman web yang memberi perkhidmatan serupa seperti 'www.malaysia.gov.my', 'www.rilek.com.my' atau laman web PDRM/JPJ.
Untuk mengguna perkhidmatan ini anda haruslah merupakan pengguna berdaftar. Untuk mendaftar klikkan 'First Time User? Register Now!'. Kemudian masukkan maklumat diri anda sepertimana yang dikehendaki. Pilih User ID dan Password yang sukar diteka tapi senang anda ingat.
Selepas anda mendaftarkan diri anda bolehlah masuk ke laman web ini menggunakan ID User dan password yang telah anda masukkan tadi.
Beginilah muka surat pertama selepas anda tekan login (lihat di bawah). Anda bolehlah pilih maklumat mana yang anda hendak semak;
1. PDRM - Maklumat Kejara, Semakan / Bayaran Saman, Baharui Lesen Memandu & Cukai Jalan
2. JPJ -Semakan / Bayaran Saman
3. DBKL - Semakan / Bayaran Cukai Taksiran
4. Jabatan Insolvensi - Pertanyaan Status Bankrap (Individu / Syarikat)
5. TNB / TM - Menyemak bil yang anda daftarkan.

Sebagai contoh: Semakan saman JPJ
(Nota : Anda juga boleh tolong menyemak status saman orang lain seperti bapa, abang, jiran dan rakan sepejabat anda dengan sekali login)
Klikkan logo JPJ (atau pilih menu eSERVICES dan pilih JPJ). Kemudian masukkan maklumat yang diperlukan seperti No Kereta dan No Kad Pengenalan. Kemudian tekan submit.
Rekod anda akan ditunjukkan selepas itu. Jika ada saman, senarainya akan di keluarkan seperti tarikh, masa, tempat, kesalahan dan amaun saman di bawah ruangan 'mesej status'. Jika tiada saman, paparan adalah seperti di bawah.
Kemudahan makluman status ini turut dimaklumkan kepada email yang anda daftarkan. Ini bermakna laporan samaada anda ada saman atau tidak akan dimaklumkan melalui email setiap bulan.
Selamat mencuba dan pandu berhati-hati supaya selamat dan tidak kena saman.
(Nota : Jika anda ingin saya semakkan saman sila bagi No Kenderaan, No Kad Pengenalan dan email, saya boleh tolong semakkan untuk anda - Khidmat masyarakat ini dibawakan oleh RIS-IT)

Menambah Kesan Khas Pada Gambar Anda

Anda ingin menjadikan gambar anda lebih menarik seperti gambar di atas?
Caranya mudah saja. Tidak perlu menghantar gambar ke kedai gambar atau mengupah jurufoto profesional.
Hanya lawati http://photofunia.com/.
Terdapat kira-kira 127 pilihan gambar untuk dicuba. Antaranya adalan seperti ditunjukkan di bawah. Ingin mencuba, ikuti langkah-langkah seperti di bawah;

Langkah 1 : Klik http://photofunia.com/
Langkah 2 : Klikkan pada pilihan gambar yang diminati (seperti gambar di atas).
Langkah 3 : Klikkan pada menu 'browse' sepertimana gambar di bawah. Kemudian pilih gambar anda atau mana-mana gambar yang anda ingin di ubah.
Langkah 4 : Selepas anda pilih gambar yang ingin di ubah, tunggu beberapa saat atau minit untuk gambar anda di proses.
Langkah 5 : Selepas selesai di proses, gambar seperti di bawah (contoh) akan dipaparkan.
Langkah 6 : Gambar tersebut perlu disimpan di dalam komputer anda. Caranya, klik kanan pada mouse anda dan pilih 'save picture as' dan pilih folder untuk anda simpan. Satu cara lagi untuk menyimpannya adalah klik simbol disket pada bahagian kiri bawah gambar tersebut.
Langkah 7 : Gambar anda sudah siap dah boleh la digunakan sebagai wallpaper, dicetak atau sekadar disimpan.
Selamat mencuba.

Mungkin anda tahu mana-mana laman web lain yang fungsinya hampir sama dengan photofunia ini. Kalau boleh maklumkan supaya kita boleh kongsi bersama.

Namun tahukah anda bahawa laman web di atas boleh dialih bahasa ke pelbagai bahasa termasuk Bahasa Malaysia. Akan saya tunjukkan caranya di entri akan datang.
Related Posts with Thumbnails