Tarik Balik Email Yang Dihantar | Undo Send

Kadang-kala kita kita tersilap menghantar email kepada seseorang seperti terlupa meletakkan 'attachment', memasukkan nama penerima yang tak sepatutnya, lupa memasukkan beberapa ayat penting atau apa-apa saja yang terlupa. Selepas tekan 'send' baru teringat bahawa ada beberapa perkara telupa dimasukkan. Sekarang kemudahan untuk menarik balik email yang dihantar (undo send email) telah ada dalam gmail. (Dah lama ada dalam gmail tapi baru teringat nak buat entri). Tapi kemudahan tersebut bukannya secara automatik ada selepas anda membuka akaun email. Ianya perlu di'enable'kan.

Berikut adalah caranya;

Langkah 1 : Login akaun gmail.
Langkah 2 : Pilih 'Option' dan klik 'Labs"
Langkah 3 : Cari pilihan 'Undo Send' dan klik pada 'Enable' untuk mengaktifkan fungsi 'undo send'.
Langkah 4 : Scroll hingga ke akhir mukasurat dan klik pada 'Save Changes'.

* Secara default 'undo send' hanya berfungsi untuk 5 saat selepas email dihantar tapi tetapan ini boleh diubah sehingga 30 saat. Terdapat pilihan 5 saat, 10 saat, 20 saat dan 30 saat. Untuk ubah tetapan ini pergi ke 'mail setting' dan pilih masa untuk undo pada 'send cencellation period'. Selesai pilihan pilih 'save changes' di bahagian bawah mukasurat tersebut.
       


Untuk menggunakan fungsi 'undo send' ini apabila berlaku kesilapan menghantar email selepas diklik 'send, hanya perlu
tekan undo yang ada pada atas email anda. (pada pemberitahuan 'your message have been send')
Dan email anda akan ditarik balik dari pasaran penghantaran dan penerima tidak akan menerima email yang ditarik balik tersebut.
Pandangan saya, fungsi ini amat berguna dan saya telah beberapa kali menggunakan fungsi undo ini terutamanya apabila terlupa meletakkan 'attachment'. Dan pilihan saya tentunya 30 saat kerana membolehkan butang undo ditekan dengan sempurna (kalau ada 60 saat atau lebih, sudah tentu saya pilih masa yang maksimum)

Tiada ulasan: