Nyahaktif Javascript | Edisi Internet Explorer

Kadangkala website atau blog dipasang kod @ javascript bagi sesuatu tujuan yang hanya diketahui oleh pemilik website atau blog tersebut. Javascript yang biasa dipasang adalah 'right click disable' iaitu bagi mengelakkan website di copy dan paste dengan mudah. Namun keupayaan tersebut boleh dilumpuhkan dengan mematikan @ diable javascript . Namun javascript yg diwujudkan tidak terhad kepada 'disable right clik' sahaja. Banyak lagi aplikasi menggunakan javascript dan melumpuhkan penggunaan javascript mungkin membuatkan website atau blog yang dipaparkan tidak seperti yang biasa (jika ada javascript).
Kemudahan ini terdapat pada ketiga-tiga browser utama iaitu Internet Explorer, Mozilla Firefox dan Google Chrome. Namun entri kali ini memberikan panduan untuk Internet explorer dahulu. Begini caranya;

Langkah 1 : Buka browser Internet Explorer (IE). Klik menu 'Tool' dan pilih 'Internet Option' (Alternatif jika tak membuka browser IE : Klik 'Start' - 'Setting' - 'Control Panel' - 'Internet Option')
Langkah 2 : Pilih Tab 'Security' dan klik pada 'Custom Level'.
Langkah 3: Scroll hingga jumpa 'Scripting" dan tick 'Disable" bagi "Active scripting"
Langkah 4 : Klik 'ok'. Dan refresh website/blog. Atau tutup dan buka semula IE.

Nota : Jangan lupa aktifkan semula javascript selepas tercapai apa yang dikehendaki.


Nyahaktif Javascript | Edisi Mozilla Firefox (klik sini)
Nyahaktif Javascript | Edisi Google Chrome (next entry)

Tiada ulasan: