Semakan Saluran Mengundi

      Pilihanraya Umum dah semakin hampir dan bagi yang belum menyemak saluran pengundian sila lakukan segera secara online. Namun yang tak masa, jangan risau. Terdapat khemah untuk menyemak saluran untuk anda mengundi di sekitar kawasan pengundian (luar pagar) oleh parti-parti yang bertanding, juga terdapat kawasan semakan di dalam kawasan mengundi (dalam pagar) oleh pihak SPR.
      Bagi yang ingin memanfaatkan kemudahan laman web dan menjimatkan masa supaya tak perlu lagi menyemak semasa nak mengundi nanti bolehlah ke laman web SPR/PRU untuk menyemak saluran mengundi anda buat saat-saat terakhir ini.

Pergi ke laman web SPR (Klik Sini) atau PRU (Klik Sini) dan anda akan dibawa ke laman sepertimana dipaparkan di bawah.
Masukkan no mykad anda atau mykad orang yang anda ingin semak. Maklumat akan dipaparkan sepertimana di bawah termasuk pusat mengundi dan saluran mengundi. Jika anda telah semak sebelum ini iaitu ketika Parlimen dan DUN belum dibubarkan, maklumat ini tiada dalam paparan.

JOM MENGUNDI
video


Keputusan Pilihanraya

5 Mei 2013 ini, seluruh rakyat Malaysia yang telah berdaftar sebagai pemilih akan menunaikan tanggungjawab mereka untuk memilih calon yang berkelayakan bagi memimpin mereka. Calon bagi Palimen dan juga Dewan Undangan Negeri (kecuali Sarawak - Parlimen sahaja). Walaupun berkobar-kobar semangat kita untuk mengundi namun apa kata redakan sedikit kobaran tersebut dengan melihat YB yang telah terpilih bagi pilihanraya yang terdahulu. Boleh melihat semua YB yang terpilih bagi setiap negeri, setiap Parlimen, setiap DUN. Manalah tahu YB yang sama je yang terpilih sejak dulu atau YB yang terpilih adalah YB yang berubah-ubah.
RIS-IT tak pasti samaada laman web turut melibatkan SPR atau tidak kerana di bahagian bawah ada tertulis 'Pejabat Perdana Menteri' dan tak ada menyebut SPR.

Caranya klik pautan ini (Pilihanraya Umum Malaysia) dan anda akan dibawa ke laman sepertimana paparan di bawah.
Lepas tu masukkan maklumat tahun dan negeri. Klik "Paparkan" dan senarai YB terpilih bagi Parlimen dan DUN bagi negeri akan dipaparkan seperti paparan di bawah.

Pautan ini diberikan adalah berdasarkan negeri. Anda juga boleh mencari mengikut
1. Nama Calon - Klik Sini
2. Kawasan - Klik Sini
3. Jenis Dewan - Klik Sini

Dalam laman web ni juga terdapat maklumat lain yang boleh dibaca seperti keputusan pilihanraya kecil, rumusan pilihanraya umum, senarai pemilih berdaftar dan maklumat umum tentang parti politik.
Related Posts with Thumbnails