Memaparkan catatan dengan label Undi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Undi. Papar semua catatan

SPR | Pilihanraya | Semakan Daftar Pemilih

 


Cara menyemak nama dalam daftar pemilih untuk mengetahui kawasan mengundi.

1. Pergi ke laman web "Daftar Pemilih"  di website Suruhanjaya Pilihanraya atau klik pautan ini

https://mysprsemak.spr.gov.my/semakan/daftarPemilih


2. Masukkan nombor kad pengenalan.


3. Masukkan nombor/angka pada ruangan Captcha.


4. Klik "SEMAK".


5. Maklumat yang didaftarkan akan terpapar seperti di bawah.




SPR | Semakan Daftar Pemilih

Pilihanraya dah semakin hampir. Jom semak di kawasan mana kita mengundi.
Mula mula pergi je ke laman web spr di sini --> https://pengundi.spr.gov.my. Kemudian masukkan je no mykad dan askara yg ditunjukkan. Nak semak utk orang lain pun boleh. Minta je no mykad org tersebut.
Nanti keluarlah info mcm diatas. Saya tutup maklumat kat atas berkenaan kawasan mengundi saya. Kalau tak tutup maklumat tersebut nanti ramai la pula peminat.

Dah semak, jangan lupa mengundi nanti.

SELAMAT MENGUNDI

Keputusan Pilihanraya

5 Mei 2013 ini, seluruh rakyat Malaysia yang telah berdaftar sebagai pemilih akan menunaikan tanggungjawab mereka untuk memilih calon yang berkelayakan bagi memimpin mereka. Calon bagi Palimen dan juga Dewan Undangan Negeri (kecuali Sarawak - Parlimen sahaja). Walaupun berkobar-kobar semangat kita untuk mengundi namun apa kata redakan sedikit kobaran tersebut dengan melihat YB yang telah terpilih bagi pilihanraya yang terdahulu. Boleh melihat semua YB yang terpilih bagi setiap negeri, setiap Parlimen, setiap DUN. Manalah tahu YB yang sama je yang terpilih sejak dulu atau YB yang terpilih adalah YB yang berubah-ubah.
RIS-IT tak pasti samaada laman web turut melibatkan SPR atau tidak kerana di bahagian bawah ada tertulis 'Pejabat Perdana Menteri' dan tak ada menyebut SPR.

Caranya klik pautan ini (Pilihanraya Umum Malaysia) dan anda akan dibawa ke laman sepertimana paparan di bawah.
Lepas tu masukkan maklumat tahun dan negeri. Klik "Paparkan" dan senarai YB terpilih bagi Parlimen dan DUN bagi negeri akan dipaparkan seperti paparan di bawah.

Pautan ini diberikan adalah berdasarkan negeri. Anda juga boleh mencari mengikut
1. Nama Calon - Klik Sini
2. Kawasan - Klik Sini
3. Jenis Dewan - Klik Sini

Dalam laman web ni juga terdapat maklumat lain yang boleh dibaca seperti keputusan pilihanraya kecil, rumusan pilihanraya umum, senarai pemilih berdaftar dan maklumat umum tentang parti politik.

PRU | e-Parlimen

      Memandangkan Pilihanraya akan diadakan bila-bila masa aje lagi, apa kata kita register Parlimen kita kat e-Parlimen yang wujud di alam maya. Tak pasti apa tujuan asal e-Parlimen ini di wujudkan sebab tak de penerangan diberikan tapi kalau nak memasukkan kawasan Parlimen anda dalam senarai e-Parlimen, isi je la ruangan yang diberikan.
      Caranya senang je, pergi ke laman e-Parlimen (klik sini) dan isikan kotak yang diperlukan seperti negeri dan kawasan parlimen anda. Nak letak parlimen orang lain pun tak pe. Lepas tu kena sahkan parlimen anda dengan meng'klik' link yang dihantar kepada email anda untuk memastikan satu pendaftaran hanya untuk satu email sahaja. Kalau nak register parlimen anda banyak kali, kenalah guna email berlainan.
      Setakat email ini ditulis, hanya 13 parlimen sahaja telah dinaikkan ke dalam list e-Parlimen iaitu Alor Setar, Ampang, Gombak, Hulu Langat, Kota Bahru, Kuala Langat, Kuala Pilah, Lembah Pantai, Putrajaya, Sepang, Serdang, Shah Alam dan Serdang. Manakala 131 masih menunggu undian untuk naik ke dalam list e-Parlimen yang didahului oleh Parlimen Larut.
      Kalau di'klik' pada senarai nama Parlimen yang terpapar di sebelah kanan, data berkenaan perlimen tersebut akan dipaparkan. Contohnya seperti di bawah apabila diklik pada kawasan parlimen (Kuala Terengganu & Larut).

Semakan Daftar Pemilih

Pilihanraya yang dijangka berlangsung pada xxx 2013 ini tentunya ditunggu-tunggu oleh semua orang tak kira samada di pihak penyokong atau pembangkang. Tapi sebelum kita mengundi pastikan kita menyemak dahulu status pendaftaran kita. Semakan boleh dibuat samada terus pergi ke pejabat SPR, pergi ke pejabat-pejabat parti bertanding, SMS atau secara online. Bagi RIS-IT, cara online adalah cara yang termudah sekali pada masa sekarang kecualilah tiada kemudahan internet.

Untuk menyemak status pendaftaran seperti kawasan untuk mengundi sila terus ke laman web Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.

Langkah 1 : Pergi ke laman web Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia di www.spr.gov.my

Langkah 2 : Klik "Semakan Daftar Pemilih" di bawah kategori "Perkhidmatan Atas Talian".

Langkah 3 : Masukkan No Kad Pengenalan (tanpa '-' @ space) di kotak carian dan tekan "Semak".

Langkah 4 : Maklumat tentang anda seperti kawasan mengundi akan dipaparkan.

SILA SEMAK MAKLUMAT YANG DIPAPARKAN TERUTAMANYA KEPADA SESIAPA YANG BARU MENDAFTRKAN DIRI ATAU ADA MEMBUAT PERUBAHAN MAKLUMAT.

Sebagai alternatif; Boleh juga menggunakan kaedah Sistem Pesanan Ringkas
sumber gambar disini
Jika nak menyemak secara sistem pesanan ringkas, sila ikuti cara di atas

Semakan Daftar Pemilih

Sekarang hangat diperkatakan bahawa Pilihanraya bakal diadakan bila-bila masa dari sekarang dan kemungkinan tersebut kian jelas dengan pelbagai kemudahan dan bantuan yang disalurkan sejak akhir-akhir ini.

#Namun abaikan kemungkinan tersebut kerana yang penting, sudahkan anda mendaftar sebagai pemilih. Itu yang paling PENTING.#

Bagi yang telah mendaftar, anda boleh menyemak nama anda melalui pejabat SPR ataupun laman web SPR. Jangan lupa semak, manalah tahu nama kita tiada dalam senarai (yg baru berdaftar) atau telah berubah kawasan akibat persempadanan kawasan mengundi (yg dah lama daftar).

Kalau nak menyemak senarai nama, ikuti langkah seperti dinyatakan di bawah;
Langkah 1 : Buka laman web SPR (untuk semakan). Klik sini (BM) dan sini (BI)
Langkah 2 : Masukkan nombor Kad Pengenalan dan klik "Semak"
Langkah 3 : Maklumat pendaftaran anda akan dipaparkan.

Semak maklumat yang dipaparkan. Jika terdapat sebarang masalah / kesilapan atau tak berpuas hati, sila kemukakan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

INGAT - Satu Undi Anda mungkin akan mengubah suasana politik negara. Buatlah pilihan yang terbaik demi masa depan anda dan negara.

ICT dalam Bajet 2012

Kesinambungan petikan bajet seperti tahun-tahun sebelum ini kali ini petikan tersebut diteruskan lagi untuk bajet 2012. Tapi kalau nak baca petikan tentang bajet bagi ICT bagi tahun 2010 dan 2011 sila klik link di bawah;
Klik sini untuk baca entri 2010 dan klik sini untuk baca entri 2011 tentang ICT dalam bajet.

Pada pandangan RIS-IT, bajet 2012 langsung tidak menyebut hal berkaitan ICT secara langsung. Yang ada hanya secara sampingan itu pun hanya satu sahaja yang dapat dikesan selepas membaca semula petikan bajet tersebut. Yang dimaksudkan adalah petikan ini sahaja.
sistem pentadbiran cukai yang cekap dan berkesan merupakan prasyarat untuk memperluaskan asas cukai dan meningkatkan pematuhan oleh pembayar cukai. Langkah penguatkuasaan akan dipertingkatkan dengan melaksanakan operasi bersepadu bersama agensi berkaitan, di samping memperkukuhkan sistem ICT agensi pengutip hasil
Dalam bajet 2010 dan 2011, bajet berkaitan ICT begitu menarik seperti pemberian netbook, pengecualian cukai broadband dan pengecualian cukai smartphone. Dan yang penting ia memberi kesan secara langsung kepada rakyat.

Namun entri ini hanya menyebutkan berkenaan ICT sahaja dan banyak lagi perkara lain yang disentuh dalam bajet 2012. Bagi yang ingin membaca teks penuh bajet 2012 sila search di internet atau di klik di siniDan jika ingin memuat turun petikan bajet sila muat turun di laman web perbendaharaan (klik di sini).

RIS-IT juga membuat tinjauan berkenaan bajet tersebut di facebook. Untuk mengundi sila buka laman undian tersebut di sini ----> http://www.facebook.com/questions/2068491634772/ (sila klik utk mengundi)
Soalan dan bentuk undian di Facebook

Perhimpunan Bersih 2.0 | Undian Melalui Facebook | Mari Mengundi

Perhimpunan yang baru diadakan baru-baru ini mendapat pelbagai reaksi. Ada yang mengatakan perhimpunan tersebut berjaya dijalankan dan ada yang juga kata yang gagal. Tak terkecuali ada yang berkecuali. Oleh sebab itu RIS-IT dengan suka-suka membuat tinjauan atau undian untuk mengetahui pandangan pengguna facebook. Kalau nak mengundi sila klik sini.

Soalan yang ditanya adalah - "Pandangan Anda Tentang Perhimpunan Bersih" dan pilihan jawapan ialah "Berjaya", "Tidak Berjaya" dan "Berkecuali".
Soalan dalam facebook (gambar pemilih ditutup dengan warna merah untuk merahsiakan identiti 'dlm blog ini')

Undian bermula pada 9.00 malam 9 Julai 2011 dan sehingga entri ini ditulis (11:11 malam, 10 Julai 2011) terdapat 117 penguna facebook yang mengundi dan pecahannya adalah seperti ditunjukkan di bawah.

Pilih "Berjaya" sebanyak 43.6 peratus.
Pilih "Tidak Berjaya" sebanyak 26.5 peratus.
Pilih "Berkecuali" sebanyak 29.9 peratus.

Dan bilangan pembaca facebook yang akan mengundi dijangka akan bertambah kerana isu tersebut masih hangat lagi ketika ini. Pengundi undian ini juga meliputi semua golongan kerana setiap pembaca boleh menyebarkan kepada kawan-kawan facebook mereka yang lain. Penggundi juga boleh memberi komen tapi dinasihatkan tidak memberi komen yang mencetuskan sesitiviti. RIS-IT tidak bertanggungjawab atas sebarang komen seperti itu.

MARI MENGUNDI