"open office"


Sebagai pengguna komputer, kita diminta menggunakan perisian yang asli untuk memastikan prestasi komputer dalam tahap yang terbaik. Namun disebabkan masalah harga yang tinggi, sesetengah pengguna tidak mampu menggunakan perisian ‘Microsoft Office’ yang asli. Namun tahukan anda kini terdapat perisian yang percuma atau lebih dikenali sebagai perisian ‘Open Source’ yang fungsinya adalah hampir serupa dengan perisian ‘Microsoft Office’.
Mungkin pada permulaanya kita akan terkial-kial untuk menggunakan perisan tersebut tetapi percayalah jika kerap digunakan, tiada masalah lagi. Alah bisa tegal biasa.

 

Perisian yang dimaksudkan adalah ‘OPEN OFFICE’ dan semua pengguna boleh memuat turun dan menggunakan perisan tersebut dengan ‘PERCUMA’.
Perisian tersebut mempunyai fungsi yang hampir sama dengan perisian ‘Windows Office’ dan bandingannya adalah seperti di bawah.
Microsoft Office
Open Office
Microsoft Office Word
Microsoft Office Excel
Microsoft Office Powerpoint
Microsoft Office Access
Paint
OpenOffice.org Writer
OpenOffice.org Calc
OpenOffice.org Impress
OpenOffice.org Base
OpenOffice.org Draw
Untuk mendapatkan perisian percuma tersebut ikuti langkah di bawah:-

Langkah 1 : Sila ke “http://www.openoffice.org/

Langkah 2 : Klikkan “I Want To Download OpenOffice.org”


Langkah 3 : Klikkan “Download Now!”
  
Langkah 4 : Proses muat turun akan berjalan. Tunggu sehingga selesai proses muat turun.

Langkah 5 : Pasang/Install perisan tersebut.

Langkah 6 : Selepas dipasang, perisan tersebut boleh di buka.

Langkah 7 : Lengkapkan proses pendaftaran.

Perisan tersebut telah boleh digunakan.

 


Salah satu perisian dalam ‘OpenOffice’ iaitu ‘OpenOffice.org Calc’. Anda akan dapati fungsi dan bentuknya hampir sama dengan ‘Microsoft Office’.


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Amazing! Thanks. I always had to compose during site something of that nature. Am i allowed to engage of your respective publish to help my very own blog site?

Related Posts with Thumbnails