Kadangkala fail yang tidak diperlukan perlu dibersih atau diselenggara dari sistem komputer kita. Antara cara yang mudah adalah menggunakan program ‘Disk Cleanup’. Program ini telah tersedia terpasang dalam komputer kita (Microsoft Windows).
Namun terdapat juga program lain yang boleh kita muat turun dari internet yang mana fungsinya hampir sama contohnya “CCleaner”, Advance System Care”, “Glary” dan bermacam lagi program percuma atau berbayar yang lain.
Kali ini saya akan menunjukkan cara menyelenggarakan ‘Microsoft Windows’ dari fail/dokumen yang tidak diperlukan lagi menggunakan ‘Disk Cleanup’.
Langkah 1 : Klik Start --> Program --> Accessories --> System Tools --> Disk Cleanup.
Langkah 2 : Pilih ‘Drive’ yang perlu dibersihkan dan klik “OK”. Kebiasaannya ‘Drive C’ namun kadangkala ada juga drive lain turut diwujudkan dalam sistem komputer.
Langkah 3 : Sistem akan dianalisa. Tempoh masa bergantung kepada bilangan fail/dokumen yang ada. Juga bergantung kepada berapa kerap ‘Disk Cleanup’ ini dijalankan. Jika kerap maka proses mengambil masa kurang dari seminit.
Langkah 4 : Selepas selesai analisa, senarai saiz fail yang boleh dibersihkan (delete) akan ditunjukkan. Jika ingin melihat fail yang disenaraikan, sila klik ‘view pages’. Jika berpuas hati tandakan pada kotak dihadapan fail tersebut kemudian klikkan “OK” dan proses pembersihan akan dijalankan.
Nota : Kebiasaanya semua fail yang disenaraikan adalah selamat untuk dibuang/dibersihkan. Namun bergantung kepada kita samaada ingin kekalkan atau tidak.
(Cara yang ditunjukkan dia atas adalah pengguna Windows Vista, namun caranya adalah hampir sama untuk lain-lain versi Windows)
Pilihan Lain : Untuk membuang program yang tidak lagi digunakan, bolehlah klik pada “More Options” dan pilih ‘Clean Up’ pada ruangan “Programs and Features”. Caranya akan ditunjukkan pada entry akan datang.
“Happy Cleanup”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan