"Free Font Style"

Jika anda menghadapi satu satu lebih dari perkara di bawah;
1. Anda telah jemu menggunakan jenis 'font' yang sama yang terdapat dalam komputer anda.
2. Anda ingin membuat kad jemputan atau brosur, tetapi anda rasakan 'font' tersebut tidak memberikan impak yang kuat. Jadi anda ingin menggunakan 'font' yang bersesuaian.
3. Anda ingin memenuhkan ruangan pilihan 'font' anda dengan pelbagai pilihan 'font' yang bersesuaian dengan selera anda.
4. Anda ternampak 'font' yang menarik dalam laporan rakan anda tetapi 'font' tersebut tiada dalam senarai di komputer anda. Anda mahukannya.

Penyelesaiannya mudah saja, muat turun dari internet. Terdapat banyak laman sesawang yang menawarkan 'font' percuma untuk di . Antaranya seperti yang tersenarai di bawah.


Harapan saya semoga tak pening kepala lagi selepas ni. Banyak 'font' cantik-cantik boleh dipilih.
Nota : 'Font' = Jenis tulisan

"Online Scan"


Situasi : Komputer anda pernah diserang virus, malware, worm atau ancaman seumpamanya. Namun bila anda imbas menggunakan perisian antivirus/internet security yang anda pasang didapati perisian tersebut tidak dapat menghapuskan atau mengesan ancaman tersebut. Namun anda yakin ancaman tersebut masih ada.
Sebab yang berkemungkinan :  Perisian tersebut tidak dikemaskini dan bila anda ingin mengemaskini, ancaman tersebut telah menutup peluang anda untuk mengemaskini. Mungkin juga ancaman tersebut adalah dari versi terkini dan tiada pada perisian yang anda pasang tetapi ada pada perisian dari syarikat lain.
Penyelesaian : Anda boleh gunakan cara imbasan secara talian (online scanner)
Caranya amat mudah tapi mengambil masa panjang. Bagi saya, masa yang panjang tidak mengapa asalkan komputer kita kembali kepada asal. Semasa proses imbasan, anda masih boleh menggunakan komputer untuk lain-lain perkara seperti menulis email, menulis surat, berchatting dan sebagainya namun prestasi komputer pada masa tersebut mungkin menurun sedikit.
Kaedahnya :
Pergi ke Google, Yahoo atau mana-mana enjin carian dan taip ‘online scan’ dan klik ‘search’.  Lihat contoh di bawah;
(Carian 'Online Scan)
(Hasil Carian)

Anda bolehlah memilih mana-mana yang anda sukai tetapi sebaik-baiknya pilihlah dari syarikat penyedia yang terkenal dan boleh dipercayai.
Untuk tujuan ini saya memilih ‘housecall.trendmicro’ sebagai panduan.

Klikkan pada ‘Download HouseCall’. Jika anda ingin mengetahui serba sedikit mengenai perisian tersebut, klikkan pada ‘Getting Started with HouseCall’.
Selepas diklik pada ‘Download HouseCall’ anda perlu memasang ‘HousecallLauncher.exe’ bagi membolehkan perisian tersebut berfungsi dengan baik. Saiznya kira 1.8MB dan sesetengah browser akan menganggapnya sebagai ancaman.
Selepas ‘program update’ selesai, tandakan pada ‘I accept the terms of the license aggrement’ dan klikkan pada ‘next’.


Klikkan pada ‘Scan Now’



Proses scan akan bermula dan tunggu sehingga selesai. Ini adalah peringkat pertama imbasan dan imbasan pertama ini adalah imbasan ‘quick scan’.


Selepas selesai ‘quick scan’, hasil imbasan akan ditunjukkan seperti di bawah. Jika ada ancaman, senarainya akan ditunjukkan.


Lakukan imbasan penuh ‘Full System Scan’ dan ikuti langkah seperti di bawah.
Klikkan pada ‘scan again’ dan seterusnya klik ‘setting’.


Kemudian pilih ‘Full System Scan’ dan klik ‘Ok’.


Klikkan pada ‘Scan Now’
Proses bagi ‘Full System Scan’ agak mengambil masa panjang dan sepanjang proses imbasan tersebut senarai ancaman akan ditunjukkan jika ada.
Nota : Kaedah ini hanya untuk komputer yang mempunyai sambungan internet sahaja dan lebih praktikal kepada sambungan internet jalur lebar.
Ini juga merupakan penyelesaian alternatif yang tidak melibatkan kos dan dapat mengelakkan anda memasang semula program atau menghantar komputer ke kedai komputer.



“whois.domaintools”


 Untuk mengetahui bilangan pengunjung sesuatu laman sesawang, anda bolehlah melayari laman sesawang ‘whois.domaintools’.


Pergi ke laman sesawang ‘whois.domaintool’ di http://whois.domaintools.com/

Masukkan alamat laman sesawang yang ingin ketahui bilangan pengunjungnya. Untuk tujuan ini saya memilih laman sesawang facebook kerana laman sesawang ini adalah yang paling ramai dikunjungi  di Malaysia (klik sini untuk melihat senarai laman sesawang yang paling ramai pengunjung).

Anda boleh memasukkan alamat penuh (www.facebook.com) atau sekadar nama sahaja (facebook)
Lepas itu klik pada perkataan “Lookup”

Maklumat mengenai laman sesawang tersebut akan dipaparkan. Anda akan dapati terdapat pelbagai maklumat berkenaan laman sesawang tersebut di menu ‘whois record’, ‘site profile’, ‘registration’, ‘ server stats’ dan ‘my whois’. Untuk mengetahui sendiri apa yang terdapat dalam menu tersebut, anda bolehlah mencubanya sendiri.

Antara maklumat utama dan menarik untuk dilihat ialah ‘site profile’, peratus pengunjung (mengikut negara dan bandar), kedudukan dan bilangan pengunjung sebulan

(site profile)


(peratus pengunjung – perhatikan peratusan dikelaskan mengikut negara dan bandar)

(Perhatikan laman sesawang ini adalah kedua teramai pengunjung di dunia. Statistik pengunjung setiap bulan juga di tunjukkan)
Selain dari kegunaan seperti ditunjukkan di atas, laman sesawang ini juga mempunyai fungsi untuk lain-lain perkara.


Netter Sejati : Andakah Itu.

Dari hasil soalselidik mengenai tanda-tanda seseorang itu merupakan netter sejati ialah:

1. Mas kawin yang anda minta di hari pernikahan adalah seperangkat komputer dan modem. Tunai !
2. Loceng di rumah anda tercatat "Click Here to continue"
3. Pintu bilik mandi anda tercatat "This site contains Adult Material, please verify your age"
4. Anda menanyakan apakah ada email baru untuk anda kepada Posmen yang datang.
5. Mimpi anda selalu berawal dengan http://www.
6. Anda menggunakan search engine untuk mencari anak anda yang sudah tiga hari tidak pulang ke rumah.
7. "Unable to locate your server !," kata anda ketika menerima salah panggilan.
8. Anak-anak anda diberi nama Salim.gov agar kelak dia jadi Pegawai Daerah; Noraini.org agar kelak jadi wanita aktif; dan Harun.edu agar kelak dia jadi mahasiswa sejati.
9. Suara dengkuran anda mirip dengan bunyi Handshake modem.
10. Anda susah menggerakan jari anda kerana anda sudah online selama 36 jam.
11. Anda menonton filem "The Net" .... 63 kali.
12. Ketika kereta anda menyondol kereta lain di simpang jalan, yang pertama anda cari adalah butang "UNDO".
13. Isteri anda meletakan rambut palsu di atas monitor anda untuk mengingatkan anda seperti apa ia kelihatan.
14. Anda memberi nama anak anda Eudora, Netscape dan Mirc. Dan kalau anda lebih demokratik anda akan memberi nama anak anda Linux.
15. Anda memperkenalkan diri sebagai : youremail@yourdomain.com
16. Anda membuat tatoo di badan anda yang berbunyi "This body best viewed with Internet Explorer 5.5 or higher."
17. Anda akan mengakses http://www.xxx.com bila tengah bosan dengan pasangan anda.
18. Anda meninggalkan kaunter tiket kereta api dengan berkata "request time out !!!"
19. Ketika hidup anda mengalami kekecewaan, anda akan berasa sangat menyesal mengapa tubuh anda tidak dilengkapi dengan butang Ctrl-Alt-Del.
20. Anda yang membaca blog ini sampai habis.

(Dipetik dari email yang diterima)



Related Posts with Thumbnails