Situasi : Komputer anda pernah diserang virus, malware, worm atau ancaman seumpamanya. Namun bila anda imbas menggunakan perisian antivirus/internet security yang anda pasang didapati perisian tersebut tidak dapat menghapuskan atau mengesan ancaman tersebut. Namun anda yakin ancaman tersebut masih ada.
Sebab yang berkemungkinan : Perisian tersebut tidak dikemaskini dan bila anda ingin mengemaskini, ancaman tersebut telah menutup peluang anda untuk mengemaskini. Mungkin juga ancaman tersebut adalah dari versi terkini dan tiada pada perisian yang anda pasang tetapi ada pada perisian dari syarikat lain.
Penyelesaian : Anda boleh gunakan cara imbasan secara talian (online scanner)
Caranya amat mudah tapi mengambil masa panjang. Bagi saya, masa yang panjang tidak mengapa asalkan komputer kita kembali kepada asal. Semasa proses imbasan, anda masih boleh menggunakan komputer untuk lain-lain perkara seperti menulis email, menulis surat, berchatting dan sebagainya namun prestasi komputer pada masa tersebut mungkin menurun sedikit.
Kaedahnya :
Pergi ke Google, Yahoo atau mana-mana enjin carian dan taip ‘online scan’ dan klik ‘search’. Lihat contoh di bawah;
(Carian 'Online Scan)
(Hasil Carian)
Anda bolehlah memilih mana-mana yang anda sukai tetapi sebaik-baiknya pilihlah dari syarikat penyedia yang terkenal dan boleh dipercayai.
Untuk tujuan ini saya memilih ‘housecall.trendmicro’ sebagai panduan.
Klikkan pada ‘Download HouseCall’. Jika anda ingin mengetahui serba sedikit mengenai perisian tersebut, klikkan pada ‘Getting Started with HouseCall’.
Selepas diklik pada ‘Download HouseCall’ anda perlu memasang ‘HousecallLauncher.exe’ bagi membolehkan perisian tersebut berfungsi dengan baik. Saiznya kira 1.8MB dan sesetengah browser akan menganggapnya sebagai ancaman.
Selepas ‘program update’ selesai, tandakan pada ‘I accept the terms of the license aggrement’ dan klikkan pada ‘next’.
Klikkan pada ‘Scan Now’
Proses scan akan bermula dan tunggu sehingga selesai. Ini adalah peringkat pertama imbasan dan imbasan pertama ini adalah imbasan ‘quick scan’.
Selepas selesai ‘quick scan’, hasil imbasan akan ditunjukkan seperti di bawah. Jika ada ancaman, senarainya akan ditunjukkan.
Lakukan imbasan penuh ‘Full System Scan’ dan ikuti langkah seperti di bawah.
Klikkan pada ‘scan again’ dan seterusnya klik ‘setting’.
Kemudian pilih ‘Full System Scan’ dan klik ‘Ok’.
Klikkan pada ‘Scan Now’
Proses bagi ‘Full System Scan’ agak mengambil masa panjang dan sepanjang proses imbasan tersebut senarai ancaman akan ditunjukkan jika ada.
Ini juga merupakan penyelesaian alternatif yang tidak melibatkan kos dan dapat mengelakkan anda memasang semula program atau menghantar komputer ke kedai komputer.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan