Untuk mengetahui bilangan pengunjung sesuatu laman sesawang, anda bolehlah melayari laman sesawang ‘whois.domaintools’.
Pergi ke laman sesawang ‘whois.domaintool’ di http://whois.domaintools.com/
Masukkan alamat laman sesawang yang ingin ketahui bilangan pengunjungnya. Untuk tujuan ini saya memilih laman sesawang facebook kerana laman sesawang ini adalah yang paling ramai dikunjungi di Malaysia (klik sini untuk melihat senarai laman sesawang yang paling ramai pengunjung).
Anda boleh memasukkan alamat penuh (www.facebook.com) atau sekadar nama sahaja (facebook)
Lepas itu klik pada perkataan “Lookup”
Maklumat mengenai laman sesawang tersebut akan dipaparkan. Anda akan dapati terdapat pelbagai maklumat berkenaan laman sesawang tersebut di menu ‘whois record’, ‘site profile’, ‘registration’, ‘ server stats’ dan ‘my whois’. Untuk mengetahui sendiri apa yang terdapat dalam menu tersebut, anda bolehlah mencubanya sendiri.
Antara maklumat utama dan menarik untuk dilihat ialah ‘site profile’, peratus pengunjung (mengikut negara dan bandar), kedudukan dan bilangan pengunjung sebulan
(site profile)
(peratus pengunjung – perhatikan peratusan dikelaskan mengikut negara dan bandar)
(Perhatikan laman sesawang ini adalah kedua teramai pengunjung di dunia. Statistik pengunjung setiap bulan juga di tunjukkan)
Selain dari kegunaan seperti ditunjukkan di atas, laman sesawang ini juga mempunyai fungsi untuk lain-lain perkara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan