Semakan Wang Tidak Dituntut Secara Online

 

      Jabatan Akauntan Negara kini telah menyediakan laman web untuk semakan Wang Tidak Dituntut (WTD) secara Online. Kini semakan boleh dibuat tak kira di mana kita berada. Jika sebelum ini kita terpaksa pergi ke pejabat Jabatan Akauntan Negara yang terletak di bandar sekarang dah tak perlu lagi. Yang perlu talian internet dan komputer / tablet / telefon pintar sahaja.

      Tak perlu lagi beratur dan mengisi borang secara manual. Daftar, masukkan maklumat, log in semula, kemaskini info dan semak. Semuanya secara online. Saya dah buat, kini anda pula.


Begini caranya.

Buka laman web eGumis (klik gambar untuk masuk)



Klik "Pendaftaran" jika belum berdaftar.



Lengkapkan maklumat pendaftaran termasuk username dan password.



Pengesahan pendaftaran diberikan. Daftar masuk semula menggunakan username dan password yang didaftarkan.


Update semula password dan info profile.

Dah selesai update, semakan dah boleh dibuat. Klik pada bahagian "Klik Disini"



Masukkan no Mykad yang ingin disemak.



Hasil semakan akan dipaparkan. Kalau banyak, jangan lupa belanja saya ye.



Yang bagusnya, kita boleh semak 2 kali dalam sehari, maknanya bolehla kita tolong semakkan utk famili kita juga macam semak utk emak, suami, isteri dan kawan-kawan. Yang penting dapatkan no Mykad diorang.



Nota : Gambar-gambar yang ditunjukkan adalah gambar menggunakan telefon pintar. Namun cara daftar dan semakan adalah sama.



***********ADVERTISEMENT***********

Tiada ulasan: