Memaparkan catatan dengan label Ucapan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ucapan. Papar semua catatan

ICT dalam Bajet 2014

Klik link di bawah ini untuk intipati Bajet tahun 2010 - 2013 yang ada kaitan dengan ICT.


Bajet 2014 bertemakan "MEMPERTEGUH KETAHANAN EKONOMI,  MEMPERKASA TRANSFORMASI DAN MELAKSANA JANJI ” dengan peruntukan RM 264.2 billion. Bajet tersebut dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang juga merupakan Menteri Kewangan 1 pada 25 Oktober 2013 di Parlimen. Berikut beberapa intipati yang dirasakan berkaitan ICT untuk dikongsi bersama;

….Untuk meningkatkan lagi liputan internet di bandar-bandar utama, Kerajaan akan melaksanakan Fasa Kedua Projek HSBB dengan kerjasama pihak swasta. Ini melibatkan kos pelaburan sebanyak 1.8 bilion ringgit. Inisiatif ini dijangka memberi tambahan liputan dan kemudahan kepada masyarakat, terutama di kawasan bandar merangkumi 2.8 juta isirumah di seluruh negara. Kelajuan internet ini dijangka mampu mencapai 10 megabits sesaat….

….Selain itu, 1,000 menara pemancar telekomunikasi akan dibina dalam tempoh 3 tahun dengan pelaburan sebanyak 1.5 bilion ringgit untuk meningkatkan liputan internet di kawasan luar bandar. Bagi meningkatkan capaian internet di Sabah dan Sarawak, kabel dasar laut yang baru akan dipasang dalam tempoh 3 tahun dengan kos 850 juta ringgit….

….Di samping itu, bagi mempastikan tiada pertindihan dan keciciran pemberian bantuan kepada golongan sasar, Kerajaan akan mewujudkan satu sistem pangkalan data yang komprehensif termasuk mengintegrasi data e-Kasih, data penerima bantuan kebajikan dan penerima BR1M. Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri akan menerajui inisiatif ini….

….Kos pembelian peralatan dan perisian ICT diberi lanjutan Elaun Modal Dipercepatkan sehingga tahun taksiran 2016….

….Perbelanjaan latihan perakaunan dan ICT berkaitan GST bagi tahun taksiran 2014 dan 2015 diberi potongan cukai tambahan….


 ….Memperluaskan akses internet di sekolah terutama di kawasan luar bandar seluruh negara dengan peruntukan 168 juta ringgit....

Untuk memuat turun teks ucapan bagi Bajet 2014 ini sila klik SINI.

Tema Hari Pekerja 2013 | Pekerja Pemangkin Transformasi Negara

Selamat Hari Pekerja diucapkan kepada semua pekerja termasuklah blogger kerana berblog juga dikategorikan sebagai kerjaya. Ada yang menjana pendapatan dari blog dengan penulisan, iklan, review produk dan jualan melalui blog. Tema hari pekerja bagi tahun 2013 ialah

Pekerja Pemangkin Transformasi Negara

Sumber di sini

Komen FB | Pendek Tapi Dalam Banyak Barisan

Kali ni nak kongsi info yang mudah lagi popular.

Iaitu berkongsi cara untuk meletakkan komen yang pendek tapi dalam beberapa baris (lebih dari satu baris). Ada beberapa orang rakan saya bertanyakan cara untuk membuatnya.

Sebagai contoh di atas nak tulis "Best ke?" (barisan pertama), " Tak pernah layan citer ni" (baris kedua). Kalau kita tulis terus, tak jadi dua barisan atau barisan kedua bukan bermula dengan perkataan "Tak". Kalau kita tekan enter pula selepas "?", komen terus terpapar.

Jadi.... caranya mudah saje. Tekan je 'Shift' + 'Enter' secara serentak selepas tulis "?" seperti contoh di atas. Selepas tu sambung taip "Tak pernah layan citer ni".

ICT dalam Bajet 2013

Kredit Gambar
Bajet 2013 bertemakan "Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat : Sebuah Janji Ditepati" dibentangkan oleh Menteri Kewangan Pertama yang juga merupakan Perdana Menteri Malaysia pada 28 September 2012 di Parlimen. Pada pemerhatian RIS-IT, terdapat beberapa perkara yang menyentuh mengenai IT dan ICT sepertimana petikan di bawah;

1. Menambah pemasangan Sistem Kamera Litar Tertutup atau CCTV sebanyak 496 unit di 25 buah Pihak Berkuasa Tempatan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

2. Bagi membantu usahawan muda dalam bidang ICT, sebuah yayasan dengan nama New Enterpreneur Foundation akan ditubuhkan dengan peruntukan permulaan sebanyak 50 juta ringgit. NEF akan menjadi platform bagi program latihan dan bimbingan.

3. Sebahagian besar daripada 22 peratus rakyat Malaysia yang menggunakan telefon pintar untuk melayari internet adalah golongan belia. Oleh itu, bagi membuka akses golongan muda kepada lebuhraya maklumat, satu pakej khas akan diperkenalkan oleh kerajaan melalui kerjasama antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta syarikat telekomunikasi. Melalui Pakej Komunikasi Belia, rebat 200 ringgit akan diberi secara one-off bagi pembelian satu unit telefon mudah alih pintar 3G melalui pengedar-pengedar rasmi. Ia terbuka kepada belia yang berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan bulanan 3,000 ringgit dan ke bawah. Sebanyak 300 juta ringgit telah disediakan dan akan memanfaatkan 1.5 juta belia.

4. Kerajaan akan menubuhkan 100 Pusat Internet 1Malaysia bagi Tahun 2013 hingga 2015 di dalam bandar seperti di kawasan perumahan rakyat. Pusat ini dilengkapi dengan kemudahan komputer dan perkhidmatan jalur lebar bagi kegunaan harian dan meningkatkan kegiatan sosioekonomi mereka. Untuk itu, SKMM akan menyediakan peruntukan sebanyak 150 juta ringgit.

Itu sahaja yang RIS-IT dapat petik berkenaan dengan ICT. Mungkin ada yang terlepas sebab RIS-IT hanya mendengar sepintas lalu dan membaca sekali lalu sahaja. Bagi perkara-perkara lain (bukan ICT) yang menarik minat RIS-IT sila KLIK DISINI untuk membaca melalui blog RIS-FAMILI.

Klik sini untuk memuat turun Bajet 2013 atau klik sini untuk membaca online (pautan BH)
Untuk ICT dalam bajet sebelum ini klik SINI (2010), SINI (2011) dan SINI (2012)

Selamat Berpuasa


Selamat Berpuasa RIS-IT ucapkan kepada yang membaca blog ini.

Terjumpa niat berbuka dan berbuka puasa di blog ini.
Harap-harap masih ingat niat berpuasa dan berbuka. Tapi kalau dah lupa, apa kata mari refreshkan semula dengan membaca niat sepertimana ditunjukkan di bawah ini.


Tema Hari Pekerja 2012 | Pekerja Berinovatif Penggerak Transformasi.

Satu Mei setiap tahun semua orang dah tahu hari apa terutamanya yang bekerja. Mana taknya, hari ni diumumkan sebagai Hari Pekerja dan merupakan cuti umum seluruh Malaysia (mungkin seluruh dunia agaknya). Hari ni adalah hari pekerja bermalas-malas dapat melupakan seketika pasal kerja dan menghabiskan masa bersama famili. Hari ini adalah kali ke 15 saya menyambutnya setelah bergelar pekerja. Bos-bos mungkin tak perlu meraikan hari ni sbb yang ni khas untuk pekerja je.
Walaupun bercuti, sempat juga saya bekerja (part time blogger) dengan mengupdate blog ini. Sebab apa masih bekerja update blog ni?
Tentunya sebab nak ucap
SELAMAT HARI PEKERJA.
Dan temanya ialah 'Pekerja Berinovatf Penggerak Transformasi'. Jangan salah baca plak sbb ada gak yang baca Transformasi sbg Reformasi. Baca betul betul.

Email Bunga

Nak hantar bunga secara terus kepada seseorang yang baru dikenali? Tapi malu.
Mudah je.. Hantar bunga palsu online. Jimat kos dan pastinya orang tersebut menerimanya.
Tapi perlu tahu alamat email orang tersebut dan bagaimana caranya.


Caranya macam ni,

Dapatkan email orang tersebut. Tak kisahlah secara rahsia atau minta sendiri kepada orang tersebut. Kalau dah dapat, satu kaki dah berjaya.

Kaki kedua pula caranya dengan membuka laman web 'flower2mail' di URL http://www.flowers2mail.com/.
Kemudian pilih pasu, bunga dan daun yang diingini. Contoh yang saya dah buat seperti di sebelah.

Cantik Tak.

Lepas tu masukkan makumat yang diperlukan seperti alamat email, ucapan dari anda, nama anda dan seterusnya 'send'

Cuba... Jangan Tak Cuba

TAHUN 2012 DAH TIBA

Selamat Tahun Baru 2012. Tahun baru sudah tentunya azam baru. Jangan renew azam 2011 udah le. Tahun ni antara tarikh menarik adalah 12.12.12, 20.12.2012, 21.02.2012,1.2.12, 10.11.12.
Nantikan entri-entri menarik dari RIS-IT di tahun 2012 ini walaupun simple utk pakar-pakar komputer tapi berguna untuk pembaca blog ini yang tak pakar macam saya (kalau saya pakar, dah tentu entri dalam RIS-IT ni yang canggih-manggih).

Salam Lebaran | Maaf Zahir dan Batin

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari RIS-IT kepada semua pembaca blog ini. Maaf Zahir Batin andai tersilap bicara dan tingkahlaku dalam pergaulan dan juga penulisan dalam blog ini.

Bulan mengambang bintang berkelipan
Pungguk merindu amat merawan
Andai menyinggung juga melukakan
Ku pohon maaf darimu kawan

Adik tersayang segak bergaya,
Mengait kuih di atas para,
Suasana riang di hari raya,
Bermaaf-maafan riang gembira.
Kredit : Kadraya

Salam Ramadhan | Selamat Berpuasa

Selamat Berpuasa kepada semua Umat Islam sedunia amnya dan Malaysia khususnya dan teristimewa buat pembaca blog RIS-IT. Kedatangan bulan Ramadhan memang sentiasa dinanti oleh Umat Islam kerana banyak fadhilat dan manfaat yang ada dalam bulan ini.

Bulan ini juga ditunggu-tunggu oleh para peniaga bazar ramadhan kerana masa inilah perniagaan barang makanan menjadi tumpuan. Yang tak pernah berniaga akhirnya berjaya berniaga, yang biasa berniaga keuntungan dapat berganda-ganda. Penguatkuasa Agama juga bertambah sedikit (boleh jadi banyak) kerja sebab kena memantau orang Islam yang tak berpuasa.
Apa pun cerita sampingan yang ada disebalik kedatangan ramadhan ini, diharapkan kita semua dapat berpuasa penuh sebulan (jika tiada keuzuran) dan puasa dengan penuh keberkatan.

SALAM RAMADHAN DARI RIS-IT

KOMEN @ RIS-IT


Entri pada kali ini sekadar untuk memberitahu bahawa blog RIS-IT telah kembali kepada asal iaitu menggunakan komen yang tersedia oleh blogger (seperti gambar di sebelah kiri).
Jika sebelum ini blog RIS-IT menggunakan plugin 'intense debate' bagi memberi peluang kepada pembaca yang memberi komen untuk turut meletakkan link entri terbaru blog mereka secara automatik dalam komen jika mereka ada blog. Plugin ini telah digunakan dari Jun 2010 hingga April 2011 dan mulai 1 Mei 2011 form untuk memberi komen seperti di sebelah kembali mengambil tempat.
Pertukaran seperti ini dibuat kerana terdapat sesetengah pembaca memberitahu bahawa mereka tak dapat membuat komen melalui form komen yang menggunakan plugin 'intense debate' tersebut. Sebab apa pun tak pasti. Jadi saya mengambil keputusan untuk kembali ke kaedah lama. Jangan marah eaaaaaa.
Di bawah ni saya nak paparkan plugin 'intense debate' yang telah saya gunakan selama 11 bulan sebelum ini. Nak kata saya tak akan pakai plugin ini lagi, tak berani nak janji. Mana la tau nanti nak pakai semula kalau semua masalah dah dapat diselesaikan.
Tapi buat masa ni form komen oleh blogger kembali mengambil tempat.
Selamat memberi komen.

Al Fatihah buat Sahabat

Al Fatihah

Hari ini aku dikejutkan dengan berita pemergian sahabat sepejabat juga sahabat blog. Seorang sahabat yang baik dan seorang rakan sekerja yang berdedikasi. Beliau yang dimaksudkan adalah Mohd Nasir bin Ismail atau juga dikenali sebagai Abah Izz dikalangan pengikut blog beliau.
Semoga beliau ditempatkan dalam golongan orang-orang beriman.

Selamat Menyambut 2011

Feliç Any Nou, Joyeux Nouvel An, Glückliches neues Jahr, Athbhliain faoi, Buon anno, Feliz Ano Novo, La mulţi ani, Gott Nytt År, Yeni Yılınız Kutlu Olsun, З Новим роком, Chúc mừng năm mới, Blwyddyn Newydd Dda.
Seluruh dunia mengucapkkannya sama ada dalam Bahasa Inggeris atau dalam bahasa ibunda sendiri sepertimana yang tertulis di atas. Kalau kita di Malaysia tentulah kita sebut Selamat Tahun Baru.
Apakah yang pencapaian terbaik kita dalam tahun 2010 lepas. Adakah sepertimana yang kita harap-harapkan. Adakah ia tercapai.
Bagaimana pula pencapaian kita tahun 2011 dan bagaimana pula harapan baru kita kali ini. Yang baik kita teruskan dan jadikan lebih baik manakala yang buruk  kita tinggalkan sebagai pedoman.
 Apa lagi ye.... Oh ye. Hepi Neu Year dari RIS-IT.


Hari Raya Korban, Aidiladha & Raya Haji

Tak kira apa pun yang kita panggil samada Hari Raya Korban, Aidiladha atau Raya Haji, ia tetap merujuk kepada perayaan yang sama. Namun saya lebih suka gunakan perkataan Aidiladha. 

Buah pauh di tengah bendang,
Jadi dagangan di tengah kota,
Saudara jauh datang bertandang,
Bermaaf-maafan sesama kita.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan
Salam Aidiladha, Maaf Zahir Batin.



Pantun Aidilfitri Dari RIS-IT


Lemah lembut tuan puteri
Berkain cindai cantik dipandang
Meriah menyambut Aidilfitri
Sahabat handai datang bertandang

Sebulan genap kita berpuasa
Semoga digolongkan pada orang berjaya
Diperintah sudah oleh Yang Berkuasa
Sesudah berpuasa kita beraya

Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
Kami menyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan