Scan URL Yang Dilawati

Mungkin kita hanya mengetahui bahawa hanya komputer, handy drive dan fail sahaja yang boleh di imbas bagi mengetahui bahawa terdapatnya ancaman di dalam dalamnya.
Namun apa yang boleh kita lakukan untuk mengetahui bahawa sesuatu laman sesawang atau blog turut mempunyai ancaman. Sebagai contoh seperti ditunjukkan di bawah.
Bagi pengguna browser Google Chrome, amaran diberikan apabila terdapatnya ancaman (sekadar contoh)
Untuk mengimbas sesuatu laman sesawang atau blog bagi mengetahui samada selamat atau tidak kita boleh gunakan pengimbas yang mengimbas URL. Terdapat kemudahan seperti itu dan antaranya dengan menggunakan perkhidmatan 'Unmasked Parasite'. Begini caranya.
Langkah 1 : Pergi ke laman sesawang 'Unmasked Parasite'
Langkah 2 : Masukkan alamat URL laman sesawang atau blog yang ingin diimbas dan tekan 'check'
 Atas - Keputusan 'suspicious', Bawah - Keputusan 'clean'

Langkah 3 : Keputusan imbasan akan ditunjukkan, samada 'clean' atau 'suspicious'.

Selepas ini terpulanglah kepada anda untuk buka laman sesawang tersebut atau tidak kerana jika 'clean' ia bermakna tiada apa-apa ancaman tetapi jika 'suspicious' tak semestinya tak selamat, hanya diragui sahaja. Selamat mencuba.

URL Asal bagi URL yang diringkaskan (Cara 3)

Secara tak sengaja terjumpa satu lagi cara nak lihat URL asal bagi URL yang diringkaskan. Cara ni sama dengan cara dalam entri  pertama (klik sini) iaitu dengan menggunakan perkhidmatan laman sesawang.
Jadi nak kongsi dengan pembaca blog RIS-IT.

Kali ini menggunakan laman sesawang URLVoid - Extract URL. Caranya seperti di bawah.

Langkah 1 : Pergi ke laman sesawang URLVoid - Extract URL.
Langkah 2 : Masukkan URL yang diringkaskan dalam ruangan yang disediakan dan klik 'extract'
Langkah 3 : URL asal akan dipaparkan.
Selamat mencuba. Jangan lupa baca dan cuba/guna kaedah yang turut disertakan dalam entri sebelum ini iaitu cara 1 dan cara 2.

Followers @ RIS-IT

Jika entri sebelum ini, ada diterangkan berkenaan RIS-IT | FACEBOOK LIKE (klik utk baca) namun blog ini turut mempunyai gadget untuk anda menjadi followers dengan cara klikkan menu "ikut" atau "follow" (bergantung kpd setting komputer anda) yang berada pada sebelah kiri blog ini di bahagian 'TETAMU KEHORMAT'.
Semasa entri ini ditulis terdapat 28 followers yang sentiasa setia mengikuti blog ini. Terima kasih kepada yang sudi follow blog aku ni. Dan sebagai tanda terima kasih kepada follower blog aku, aku telah follow kembali blog diorang. Bak kata pepatah, orang berbudi kita berbahasa.
Dan jika ada follower terbaru blog ni selepas ini, dan follower tersebut turut mempunyai blog maka aku akan follow blog korang juga. Kunjungan anda dinanti dan 'follower' anda dihargai.

Relak Sebentar : Harta Pusaka Atuk

Kongsi cerita yang dapat dari email.
Setelah lama merantau akhirnya Ali pulang ke kampung untuk berjumpa dengan atuknya.

Atuk : "Ali, atuk sudah tidak kuat lagi, atuk minta kamu sambung mengusahakan kebun atuk..."
 

Ali : "Jangan cakap macam tu, atuk..." (namun dalam hati, yessss... tak sia-sia aku jumpa atuk... dapat pulak harta pusaka atuk).

Atuk : "Segala tanaman, ternakan, villa, jentera atuk wariskan untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram tiap hari tanaman atuk."


Ali : "Baik atuk, atuk jangan bimbang tentang hal itu... Tapi di mana kebun atuk? Ali tidak pernah nampak pun?"


Atuk : "Di Facebook atuk, FARMVILLE, nanti atuk bagi tau username dan passwordnya."
 

Ali : (dalam hati)"Cittt"
Related Posts with Thumbnails