Scan URL Yang Dilawati

Mungkin kita hanya mengetahui bahawa hanya komputer, handy drive dan fail sahaja yang boleh di imbas bagi mengetahui bahawa terdapatnya ancaman di dalam dalamnya.
Namun apa yang boleh kita lakukan untuk mengetahui bahawa sesuatu laman sesawang atau blog turut mempunyai ancaman. Sebagai contoh seperti ditunjukkan di bawah.
Bagi pengguna browser Google Chrome, amaran diberikan apabila terdapatnya ancaman (sekadar contoh)
Untuk mengimbas sesuatu laman sesawang atau blog bagi mengetahui samada selamat atau tidak kita boleh gunakan pengimbas yang mengimbas URL. Terdapat kemudahan seperti itu dan antaranya dengan menggunakan perkhidmatan 'Unmasked Parasite'. Begini caranya.
Langkah 1 : Pergi ke laman sesawang 'Unmasked Parasite'
Langkah 2 : Masukkan alamat URL laman sesawang atau blog yang ingin diimbas dan tekan 'check'
 Atas - Keputusan 'suspicious', Bawah - Keputusan 'clean'

Langkah 3 : Keputusan imbasan akan ditunjukkan, samada 'clean' atau 'suspicious'.

Selepas ini terpulanglah kepada anda untuk buka laman sesawang tersebut atau tidak kerana jika 'clean' ia bermakna tiada apa-apa ancaman tetapi jika 'suspicious' tak semestinya tak selamat, hanya diragui sahaja. Selamat mencuba.

Tiada ulasan: