ICT dalam Bajet 2014

Klik link di bawah ini untuk intipati Bajet tahun 2010 - 2013 yang ada kaitan dengan ICT.


Bajet 2014 bertemakan "MEMPERTEGUH KETAHANAN EKONOMI,  MEMPERKASA TRANSFORMASI DAN MELAKSANA JANJI ” dengan peruntukan RM 264.2 billion. Bajet tersebut dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang juga merupakan Menteri Kewangan 1 pada 25 Oktober 2013 di Parlimen. Berikut beberapa intipati yang dirasakan berkaitan ICT untuk dikongsi bersama;

….Untuk meningkatkan lagi liputan internet di bandar-bandar utama, Kerajaan akan melaksanakan Fasa Kedua Projek HSBB dengan kerjasama pihak swasta. Ini melibatkan kos pelaburan sebanyak 1.8 bilion ringgit. Inisiatif ini dijangka memberi tambahan liputan dan kemudahan kepada masyarakat, terutama di kawasan bandar merangkumi 2.8 juta isirumah di seluruh negara. Kelajuan internet ini dijangka mampu mencapai 10 megabits sesaat….

….Selain itu, 1,000 menara pemancar telekomunikasi akan dibina dalam tempoh 3 tahun dengan pelaburan sebanyak 1.5 bilion ringgit untuk meningkatkan liputan internet di kawasan luar bandar. Bagi meningkatkan capaian internet di Sabah dan Sarawak, kabel dasar laut yang baru akan dipasang dalam tempoh 3 tahun dengan kos 850 juta ringgit….

….Di samping itu, bagi mempastikan tiada pertindihan dan keciciran pemberian bantuan kepada golongan sasar, Kerajaan akan mewujudkan satu sistem pangkalan data yang komprehensif termasuk mengintegrasi data e-Kasih, data penerima bantuan kebajikan dan penerima BR1M. Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri akan menerajui inisiatif ini….

….Kos pembelian peralatan dan perisian ICT diberi lanjutan Elaun Modal Dipercepatkan sehingga tahun taksiran 2016….

….Perbelanjaan latihan perakaunan dan ICT berkaitan GST bagi tahun taksiran 2014 dan 2015 diberi potongan cukai tambahan….


 ….Memperluaskan akses internet di sekolah terutama di kawasan luar bandar seluruh negara dengan peruntukan 168 juta ringgit....

Untuk memuat turun teks ucapan bagi Bajet 2014 ini sila klik SINI.

Mencari Rumah / Bilik Untuk Disewa | iBilik

      Jika anda ingin berpindah ke sesuatu kawasan baru dan ingin mencari bilik atau rumah untuk disewa kini terdapat perkhidmatan online khusus untuk tujuan tersebut. Selain itu anda juga boleh mengiklankan bilik atau rumah untuk disewa di laman ini. Kebiasaannya kita akan mencari bilik atau rumah dalam laman web mudah tapi kini dah ada pilihan tambahan. Apa kata gunakan kedua-duanya untuk mencari atau untuk mengiklan. Lebih luas carian atau sebaran yang akan dapat. Dan yang paling penting sudah semestinya ianya adalah PERCUMA.

      Laman web yang dimaksudkan adalah iBilik yang boleh dilawati dengan mengklik di sini (KLIK) dan carian boleh dibuat sejurus anda masuk. Namun jika anda ingin mengiklan, anda harus mendaftar dahulu.

      Gambar di bawah memaparkan contoh carian bilik yang berada di Kuala Lumpur pada 1 Julai 2003 dan jika dilihat terdapat 56902 bilik telah diiklankan hanya di Kuala Lumpur. sudah tentu banyak pilihan yang bilah anda pilih.

Harap info ini membantu kepada sesiapa yang sedang mencari bilik / rumah dan semoga mendapat bilik / rumah yang bersesuaian.

RUMAHKU SYURGA DUNIAKU

Salam Ramadan | Jadual Waktu Berbuka & Imsak

Sumber Gambar : uzairothman.com
Selamat berpuasa RIS-IT ucapkan kepada seluruh umat Islam tak kira di mana jua berada.

      Sekarang ini dengan teknologi komunikasi dan internet yang berkembang pesat, kini tidak lagi susah untuk mendapatkan jadual waktu untuk berbuka dan waktu imsak. Malah juga waktu Solat 5 waktu. Hanya download dalam smartphone dan semakan waktu boleh dilakukan serta-merta.
      Namun bagi yang masih sukakan cara lama iaitu melihat jadual waktu dalam bentuk cetakan, anda bolehlah mencetak jadual waktu berbuka dan imsak bagi daerah anda di laman web 'E-Falak'. Sila "KLIK SINI" untuk memaparkan jadual waktu berbuka bagi seluruh Malaysia dan kemudian pilihlah kawasan anda untuk di cetak.
Sumber di sini

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Jika anda ada anak yang bersekolah dan ingin menyemak prestasi anak anda, anda bolehlah menggunakan semakan secara online di website SAPSNKRA. Untuk melawati website tersebut sila klik imej di atas dan anda akan dibawa ke laman sepertimana yang ditunjukkan di bawah.

Kemudian masukkan no mykid / mykad anak anda dan seterusnya klik semak laporan.
Berdasarkan info di laman di atas, semakan adalah hanya untuk pelajar tahun 3 ke atas sahaja untuk pelajar sekolah rendah manakala bagi sekolah menengah hanya untuk pelajar peralihan dan tingkatan 2 ke atas sahaja.

Daftar Haji

      Sudahkan anda mendaftar untuk menunaikan haji. Jika tabungan telah mencukupi sebanyak RM1300, jangan berlengah lagi. Cepat pergi daftar kerana giliran pencarum yang menunggu haji amat ramai. Bayangkan anak saya yang berdaftar pada tahun ini hanya akan diberikan giliran pada 2060 iaitu 47 tahun lagi. Bagaimanapun ini adalah berdasarkan bilangan permohonan semasa tidak mengira jika ada pencarum lain meninggal atau belum bersedia untuk ke tanah suci. Juga tidak mengira jika kita membuat rayuan untuk pergi lebih awal bagi alasan yang kukuh seperti masalah kesihatan, mengiringi ahli keluarga kurang upaya dan sebagainya.
      Terdapat beberapa cara untuk mendaftar haji iaitu melalui kaunter (terpopular sekarang), melalui ATM dan melalui online. Pendaftaran melalui kaunter telah ada sejak dulu. Bagi pendaftaran melalui ATM pula, anda perlulah ada kad ATM bank Islam atau Bank Rakyat yang dirangkaikan dengan akaun Tabung Haji untuk menjalankan pendaftaran ini. Bagi pendaftaran secara online pula, boleh dilakukan melalui laman wab Tabung Haji.
      Untuk mendaftar haji secara online, hanya pergi ke laman web Tabung Haji (klik sini) dan laman seperti di bawah akan dipaparkan.
Kemudian pilih 'Pendaftaran Baru' dan baca keterangan yang dipaparkan. Selepas itu klik 'Saya Bersetuju' untuk meneruskan proses pendaftaran.
Masukkan No Akaun / No Kad Pengenalan untuk proses seterusnya.

SELAMAT MENDAFTAR HAJI.

Selain mendaftar haji, anda juga boleh menyemak status pendaftaran haji anda secara online di sini (klik gambar di bawah)
Masukan salah satu maklumat dan klik 'pertanyaan'

Keputusan Pilihanraya

5 Mei 2013 ini, seluruh rakyat Malaysia yang telah berdaftar sebagai pemilih akan menunaikan tanggungjawab mereka untuk memilih calon yang berkelayakan bagi memimpin mereka. Calon bagi Palimen dan juga Dewan Undangan Negeri (kecuali Sarawak - Parlimen sahaja). Walaupun berkobar-kobar semangat kita untuk mengundi namun apa kata redakan sedikit kobaran tersebut dengan melihat YB yang telah terpilih bagi pilihanraya yang terdahulu. Boleh melihat semua YB yang terpilih bagi setiap negeri, setiap Parlimen, setiap DUN. Manalah tahu YB yang sama je yang terpilih sejak dulu atau YB yang terpilih adalah YB yang berubah-ubah.
RIS-IT tak pasti samaada laman web turut melibatkan SPR atau tidak kerana di bahagian bawah ada tertulis 'Pejabat Perdana Menteri' dan tak ada menyebut SPR.

Caranya klik pautan ini (Pilihanraya Umum Malaysia) dan anda akan dibawa ke laman sepertimana paparan di bawah.
Lepas tu masukkan maklumat tahun dan negeri. Klik "Paparkan" dan senarai YB terpilih bagi Parlimen dan DUN bagi negeri akan dipaparkan seperti paparan di bawah.

Pautan ini diberikan adalah berdasarkan negeri. Anda juga boleh mencari mengikut
1. Nama Calon - Klik Sini
2. Kawasan - Klik Sini
3. Jenis Dewan - Klik Sini

Dalam laman web ni juga terdapat maklumat lain yang boleh dibaca seperti keputusan pilihanraya kecil, rumusan pilihanraya umum, senarai pemilih berdaftar dan maklumat umum tentang parti politik.

Tema Hari Pekerja 2013 | Pekerja Pemangkin Transformasi Negara

Selamat Hari Pekerja diucapkan kepada semua pekerja termasuklah blogger kerana berblog juga dikategorikan sebagai kerjaya. Ada yang menjana pendapatan dari blog dengan penulisan, iklan, review produk dan jualan melalui blog. Tema hari pekerja bagi tahun 2013 ialah

Pekerja Pemangkin Transformasi Negara

Sumber di sini

Carian Berdasarkan Imej

Situasi
1. Kadangkala anda pernah menyalin gambar dari internet tetapi selepas beberapa lama, anda terlupa dari website mana gambar tersebut disalin.
2. Anda ada mengesyaki gambar pada website/blog anda digunakan tanpa kebenaran oleh website/blog lain, jadi anda nak tahu siapa yang menyalin tanpa kebenaran.
3. Sedang asyik membaca blog, tiba-tiba ternampak imej yang seperti dah biasa dilihat tetapi tak pasti di mana.
4. Saja-saja untuk melihat gambar anda ni seiras siapa di alam internet.

Caranya.
Langkah 1 : Buka google.com dan klik menu imej pada bahagian kiri atas.
Langkah 2 : Pada kotak carian, klikkan pada simbol 'kamera'
Langkah 3 : Pilih "upload an image" dan cari imej tersebut dalam folder komputer anda ATAU 'klik dan seret ' gambar tersebut ke dalam kotak.
Gambar sebagai Contoh
Langkah 4 : Alamat URL bagi gambar tersebut (atau yang hampir serupa) akan disenaraikan.
Hasil Carian bagi gambar di atas
Selamat mencuba. Kalau saja-saja nak cuba apa kata guna gambar sendiri dan lihat siapa yang seiras anda di dalam internet.

Facebook | Makluman Mesej Baru

Tetapan asal facebook adalah menetapkan setiap mesej yang diterima akan disertakan bunyi untuk memaklumkan ada masej baru bagi akaun facebook anda. Mungkin anda tak ingin menetapkan bunyi apabila menerima mesej terbaru dari kawan anda terutamanya semasa membuka facebook di pejabat.
Caranya mudah saja.

Langkah 1 : Pilih 'Tetapan Akaun'

Langkah 2 : Pilih 'Makluman' pada bahagian kiri tetapan.

Langkah 3 : 'Untick' kotak sepertimana yang ditunjukkan di bawah.

Langkah 4 : Klik 'simpan perubahan'

Dan bunyi tidak lagi kedengaran apabila ada mesej baru yang masuk ke dalam facebook anda. Dan tak de sesiapa pun rakan sepejabat anda yang tahu bahawa anda sedang berfacebook semasa di pejabat. Hahaha...

(# Langkah-langkah ditunjukkan di atas mungkin bebeza dari segi bahasa bergantung kepada tetapan bahasa pada facebook anda)

Semakan Keputusan SPM Secara Online

      Hari ini keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dikeluarkan. Sesiapa yang mengambil peperiksaan SPM bolehlah menyemak keputusan di sekolah-sekolah atau secara dalam talian. Hanya perlu tahu nombor kad pengenalan dan nombor giliran sahaja.
      Untuk tujuan tersebut, semakan secara online boleh dibuat di laman web kementerian pendidikan di pautan ini (klik sini).
Lepas ni bolehlah tolong semak keputusan ahli keluarga yang lain atau rakan. Tolong menolong amalan mulia.
Tahniah kepada yang berjaya. Cerah masa depan.

PRU | e-Parlimen

      Memandangkan Pilihanraya akan diadakan bila-bila masa aje lagi, apa kata kita register Parlimen kita kat e-Parlimen yang wujud di alam maya. Tak pasti apa tujuan asal e-Parlimen ini di wujudkan sebab tak de penerangan diberikan tapi kalau nak memasukkan kawasan Parlimen anda dalam senarai e-Parlimen, isi je la ruangan yang diberikan.
      Caranya senang je, pergi ke laman e-Parlimen (klik sini) dan isikan kotak yang diperlukan seperti negeri dan kawasan parlimen anda. Nak letak parlimen orang lain pun tak pe. Lepas tu kena sahkan parlimen anda dengan meng'klik' link yang dihantar kepada email anda untuk memastikan satu pendaftaran hanya untuk satu email sahaja. Kalau nak register parlimen anda banyak kali, kenalah guna email berlainan.
      Setakat email ini ditulis, hanya 13 parlimen sahaja telah dinaikkan ke dalam list e-Parlimen iaitu Alor Setar, Ampang, Gombak, Hulu Langat, Kota Bahru, Kuala Langat, Kuala Pilah, Lembah Pantai, Putrajaya, Sepang, Serdang, Shah Alam dan Serdang. Manakala 131 masih menunggu undian untuk naik ke dalam list e-Parlimen yang didahului oleh Parlimen Larut.
      Kalau di'klik' pada senarai nama Parlimen yang terpapar di sebelah kanan, data berkenaan perlimen tersebut akan dipaparkan. Contohnya seperti di bawah apabila diklik pada kawasan parlimen (Kuala Terengganu & Larut).

Semakan Daftar Pemilih

Pilihanraya yang dijangka berlangsung pada xxx 2013 ini tentunya ditunggu-tunggu oleh semua orang tak kira samada di pihak penyokong atau pembangkang. Tapi sebelum kita mengundi pastikan kita menyemak dahulu status pendaftaran kita. Semakan boleh dibuat samada terus pergi ke pejabat SPR, pergi ke pejabat-pejabat parti bertanding, SMS atau secara online. Bagi RIS-IT, cara online adalah cara yang termudah sekali pada masa sekarang kecualilah tiada kemudahan internet.

Untuk menyemak status pendaftaran seperti kawasan untuk mengundi sila terus ke laman web Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.

Langkah 1 : Pergi ke laman web Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia di www.spr.gov.my

Langkah 2 : Klik "Semakan Daftar Pemilih" di bawah kategori "Perkhidmatan Atas Talian".

Langkah 3 : Masukkan No Kad Pengenalan (tanpa '-' @ space) di kotak carian dan tekan "Semak".

Langkah 4 : Maklumat tentang anda seperti kawasan mengundi akan dipaparkan.

SILA SEMAK MAKLUMAT YANG DIPAPARKAN TERUTAMANYA KEPADA SESIAPA YANG BARU MENDAFTRKAN DIRI ATAU ADA MEMBUAT PERUBAHAN MAKLUMAT.

Sebagai alternatif; Boleh juga menggunakan kaedah Sistem Pesanan Ringkas
sumber gambar disini
Jika nak menyemak secara sistem pesanan ringkas, sila ikuti cara di atas

Laman Rasmi PRU 13


      SPR telah mewujudkan satu laman khas atau portal berkenaan pilihanraya ke 13 untuk menyalurkan maklumat-maklumat kepada para pengundi dan ahli politik. Sepertimana kata-kata pada portal tersebut 'SPR wujudkan portal khas untuk memudahkan pengundi dan parti politik mendapatkan penjelasan tentang urusan pilihanraya ke 13". Jadi kepada semua, ambilah peluang untuk mengetahui maklumat-maklumat berkenaan pilihanraya di portal ini. Muat turun borang, buku panduan dan penerbitan juga boleh didapati di portal ini. Juga melakukan semakan daftar pemilih melalui portal ini.
      Namun maklumat umum juga boleh didapati melalui laman web rasmi SPR tapi laman web tersebut adalah untuk maklumat SPR secara umum dan tidak dikhususkan semata-mata untuk PRU 13 nanti.
       Untuk membuka laman web SPR KLIK SINI manakala untuk membuka Portal Khas PRU 13 KLIK SINI.

Semak Panggilan Telefon Bimbit

      Pada masa sekarang, awalan telefon tidak lagi menunjukkan penyedia operator telefon. Sebagai contoh, 012 buka eksklusif bagi Maxis sahaja. Begitu juga 013, 014 dan seterusnya. Jadi kadangkala panggilan yang kita buat ke talian yang berawalan sama dengan telefon kita tak semestinya akan dikenakan caj network sama (within the same network). Mungkin no tersebut adalah dari operator yang berbeza, jadi caj yang dikenakan adalah caj untuk 'different network'.
      Bagi yang rajin, bolehlah semak di laman web SKMM yang ada menyediakan kemudahan tersebut. Samada semak sebelum telefon atau selepas telefon. Caranya adalah dengan pergi ke Mobile Number Check (Klik sini).
      Selepas itu masukkan no telefon anda dan no telefon yang anda panggil dalam kotak. Klik check dan selepas itu status panggilan akan dipaparkan sama ada panggilan sama operator atau lain operator.
Contoh semakan yang dibuat.


***************************************

Hantar Mesej ke FB Guna Email Biasa

Tahukah anda bahawa anda boleh menghantar mesej kepada rakan anda menggunakan email (gmail, yahoo dll) terus kepada peti pesanan FB kawan anda.
Biasanya alamat untuk menghantar dari email ke FB adalah dalam bentuk "profileFB@facebook.com" dan profileFB tersebut boleh didapati pada 'contact info' yang tedapat pada page maklumat rakan anda.
Sebagai contoh untuk FB di atas, alamat untuk menghantar email adalah mymesej@facebook.com

Pertama (Penghantar) : Langkah untuk diikuti adalah seperti berikut ---> Buka email ---> Compose ---> Send
Kedua (Penerima) : Langkah berikutnya adalah seperti berikut ---> Buka FB ---> Semak mesej.

Untuk membalasnya hanya 'balas' (reply) mesej tersebut. Tapi setakat ini, RIS-IT ni tak tahu lagi cara nak memulakan untuk menghantar mesej dari FB ke email biasa. Kalau sesiapa tahu bolehlah kongsikan bersama ye.

(Cara ini amat sesuai digunakan kepada pengguna yang tak boleh akses FB (contohnya di opis) tapi ingin menghantar mesej kepada rakan FB nya)

Komen FB | Pendek Tapi Dalam Banyak Barisan

Kali ni nak kongsi info yang mudah lagi popular.

Iaitu berkongsi cara untuk meletakkan komen yang pendek tapi dalam beberapa baris (lebih dari satu baris). Ada beberapa orang rakan saya bertanyakan cara untuk membuatnya.

Sebagai contoh di atas nak tulis "Best ke?" (barisan pertama), " Tak pernah layan citer ni" (baris kedua). Kalau kita tulis terus, tak jadi dua barisan atau barisan kedua bukan bermula dengan perkataan "Tak". Kalau kita tekan enter pula selepas "?", komen terus terpapar.

Jadi.... caranya mudah saje. Tekan je 'Shift' + 'Enter' secara serentak selepas tulis "?" seperti contoh di atas. Selepas tu sambung taip "Tak pernah layan citer ni".

Liga Super Fantasi 2013

      Liga Super Baru bermula dan tak terkecuali Liga Super Fantasi bagi memberi peluang kepada sesapa yang ingin merasa menjadi pengurus pasukan. Tapi pengurus sukan secara fantasi dan maya. Setiap pasukan akan diberi sebanyak RM 12 juta untuk membeli pemain bagi membentuk pasukan. Setiap pasukan hanya dibenarkan membeli maksima 3 pemain dari pasukan yang sama.
Untuk menjadi pengurus fantasi, hanya daftar di laman web ini dan bentuk pasukan anda. Pergi ke laman web Liga Super Fantasi di SINI. Peraturan permainan di SINI. Syarat dan peraturan pertandingan di SINI.

      Dah daftar jangan lupa join Mini-League yang saya wujudkan iaitu 'MALAYSIA BEST'. Pergi ke laman web INI dan masukkan Mini League : MALAYSIA BEST dan Password : 123456789.
Sama-sama kita bersaing secara maya.

Oh ye. Anda bukan sahaja dapat merasa jadi pengurus. Malah berpeluang untuk mendapat hadiah yang ditawarkan. Lumayan.
Nota : Semua Gambar Diambil Dari Laman Web INI