Gaji Melalui E-Penyata

(NOTA : PANDUAN UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN SAHAJA)
Selaras penggunaan komputer dan internet yang meluas sekarang ini maka Jabatan Akauntan Negara Malaysia mengambil peluang untuk melaksanakan penyata gaji secara dalam talian atau lebih dikenali sebagai E-Penyata.  Amat sukar untuk melihat pejabat-pejabat kerajaan (apatah lagi swasta) tidak mengggunakan internet mahupun komputer. Dengan ini bermula Oktober 2010, Staff Kerajaan telah mula menerima penyata gaji secara maya. Sebelum ini penyata gaji diterima adalah dalam bentuk bercetak.
Bagi memastikan tahap keselamatan dan privasi maklumat, pengguna dikehendaki memasukkan mendaftar dan memasukkan kata laluan.

Berikut diterangkan cara-cara untuk menggunakannya.

Langkah 1 : Pergi ke Laman Sesawang http://www.anm.gov.my
Langkah 2 : Klik pautan"e-Penyata Gaji & Laporan" dan kemudian "Akses Sistem". (Jika ingin maklumat lanjut klik "Tatacara Penggunaan Sistem"

Langkah 3 : Untuk penggunaan kali pertama, sila klik "Pertama Kali Mendaftar"

Langkah 4 : Masukkan maklumat ke dalam ruangan yang disediakan. Anda perlu mengisi kesemua ruangan tersebut. Setelah lengkap klik "OK".

Langkah 5 : Pendaftaran selesai dan penyata gaji kini semakin hampir dengan anda.
Langkah 6 : Ulangi Langkah 1 dan 2.
Langkah 7 : Selepas itu masukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang telah anda masukkan semasa di Langkah 4 tadi dan tekan "Daftar Masuk"

Langkah 8 : Klik pada Penyata Gaji "Sendiri" untuk melihat gaji anda dan pilih bulan yang dikehendaki. Kemudian tekan cari.

Langkah 9 : Senarai gaji akan ditunjukkan (memandangkan baru bermula, hanya penyata oktober sahaja yang ada). Klik pada bulan yang dikehendaki.

Langkah 10 : Slip gaji anda dipaparkan (dalam format pdf). Pastikan komputer anda ada perisian pembuka fail dalam format pdf. Terpulanglah pada anda samaada nak melihat sahaja, menyimpan atau cetak.
(Perhatian : Jangan lupa tekan "Keluar" di sebelah kiri laman sesawang selepas selesai urusan)



ICT dalam Bajet 2011

Berdasarkan pemerhatian dalam Bajet 2011 yang dibentangkan pada 15 Oktober 2010 oleh Perdana Menteri Malaysia yang juga Menteri Kewangan Malaysia iaitu Dato Seri Najib di Parlimen tidak banyak perkara yang menyentuh secara langsung berkenaan ICT pada kali ini berbanding Bajet 2010 lalu (Klik Untuk Baca Entri terdahulu).

Bajet 2011 ini bertemakan "Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi" yang melibatkan sebanyak RM 212 billion dengan pecahan RM 162.8 billion untuk belanja pengurusan dan RM 49.2 billion untuk belanja pembangunan.

Antara petikan Bajet 2011 yang melibatkan IT/ICT adalah seperti disenaraikan di bawah;
…. dalam meningkatkan potensi industri teknologi maklumat ICT, program MY Creative Content akan dilaksana bagi menggalakkan pembangunan penciptaan kandungan tempatan, hosting kandungan tempatan dan pembukaan saluran baru untuk kandungan. 
Program ini membabitkan peruntukan sebanyak RM119 juta....
.... Kerajaan, akan juga melanjutkan tempoh galakan elaun pelaburan kepada penyedia kemudahan sambungan terakhir perkhidmatan jalur lebar, dan juga melanjutkan pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas peralatan jalur lebar selama dua tahun sehingga 2012.....
.... Pada masa ini, telefon bimbit biasa dikenakan cukai jualan 10 peratus manakala telefon bimbit yang mempunyai pelbagai aplikasi seperti internet dan personal digital assistant (PDA) dikecualikan cukai jualan. 
Bagi tujuan penyelarasan, Kerajaan mencadangkan, cukai jualan, dikecualikan, ke atas semua jenis telefon bimbit....
.... Dalam konteks ini, Kerajaan akan mewujudkan portal interaktif "1Malaysia Pengguna Bijak" bagi memudahkan rakyat mengikuti perkembangan harga terkini barangan, meliputi hampir 7,000 premis perniagaan seluruh negara. 
Melalui portal ini, pengguna mempunyai pilihan untuk mendapatkan sesuatu barangan pada harga yang kompetitif. 
Pengguna juga boleh menggunakan khidmat pesanan ringkas untuk mengetahui harga terkini barangan....
Itu sahaja pada pendapat saya merupakan intipati-intipati Bajet 2011 yang kena mengena dengan ICT secara langsung. Mungkin ada yang terlepas pandang, jika ada bolehlah dikongsikan bersama dengan memberi komen pada ruangan 'comment' di bawah entri ini.

Untuk membaca Petikan Bajet 2011 sepenuhnya sila klik disini (Pautan Berita Harian)


Blog - Buat Banner Statik

Lanjutan Entri sebelum ini iaitu Buat Banner Flash.

Banner statik yang terdapat dalam blog RIS-FAMILI

Permulaannya anda perlu membuat banner secara manual menggunakan perisian yang anda mahir seperti photoshop, photoscape, microsoft paint atau apa-apa saja program seumpamanya. (Aku hanya menggunakan perisian 'Paint' untuk membuat banner di atas).

Selepas siap, simpan banner tersebut dalam format 'jpg'. Format lain aku tak pasti boleh atau tak sebab aku tak mencubanya, maklumkan aku jika anda berjaya membuat blog statik menggunakan format lain.

Kemudian anda carilah di dalam internet perkhidmatan 'image hosting' bagi membolehkan anda mengupload banner yang telah anda buat. Banyak perkhidmatan 'image hosting' yang ada tapi aku lebih suka menggunakan 'photobucket'. Anda perlu berdaftar untuk menggunakan perkhidmatan ini.


Setelah berdaftar, sila login ke akaun anda dan proses untuk seterusnya. Klik 'Upload Images and Videos' dan seterusnya pilih banner yang telah anda buat/simpan sebelum ini.


Masukkan info yang berkaitan (Jika perlu, tak letak pun tak pe). Selepas berpuas hati, klik butang 'save'. Banner anda telah sedia untuk digunakan. Untuk mendapatkan kod HTML yang diperlukan, klik pada banner anda tadi dan kod HTML akan dipaparkan.


Untuk meletakkan banner yang telah diupload tadi ke blog atau laman sesawang anda, salin (copy) pada ruangan 'HTML Code' dan letak (paste) ke dalam blog anda. Cara nak letak klik di sini (cara adalah sama).

Lepas dah salin dalam blog, sebelum klik 'save' anda perlu mengubah sedikit pada kod HTML tersebut bagi membolehkan laman blog atau laman sesawang yang anda inginkan dipaparkan jika banner tersebut di klik. Anda perlu mengubah pada bahagian yang berwarna merah dengan laman blog yang anda inginkan.


Nota : Cara ini bukan hanya untuk membuat banner sahaja, anda juga boleh menggunakan laman sesawang ini untuk berkongsi gambar, logo, video dan seumpamanya.
RIS-FAMILI

Blog - Buat Banner Flash


Entri ini di buat atas permintaan syamdicni

Sepertimana terdapat di atas entri ini

Banner seperti ini di buat melalui laman sesawang yang banyak terdapat di internet. Untuk mencarinya boleh di cari (search) di laman sesawang. Antara laman sesawang yang menyediakan perkhidmatan ini adalah seperti flashvortex. Penerangan kali ini adalah untuk laman sesawang tersebut.

Caranya : Cari menggunakan enjin carian atau klikkan pada bahagian kanan bawah banner yang terdapat dalam blog ini. Anda dapati perkataan 'FlashVortex.com' akan bertukar kepada 'Get yours FREE'. Klik pada perkataan ini. (Nota : Jika anda klik pada bahagian lain dalam banner ini, anda akan di bawa ke blog RIS-FAMILI iaitu blog yang ditetapkan untuk dirangkaikan)

Klik pada bahagian yang ditunjukkan

Anda seterusnya akan dibawa ke laman sesawang flashvortex. Anda akan dapati pilihan menu-menu lain seperti text, button dan clock. Untuk memilih banner yang diingini, klik pada menu banner.

Related Posts with Thumbnails