Entri ini di buat atas permintaan syamdicni
Sepertimana terdapat di atas entri ini
Banner seperti ini di buat melalui laman sesawang yang banyak terdapat di internet. Untuk mencarinya boleh di cari (search) di laman sesawang. Antara laman sesawang yang menyediakan perkhidmatan ini adalah seperti flashvortex. Penerangan kali ini adalah untuk laman sesawang tersebut.
Caranya : Cari menggunakan enjin carian atau klikkan pada bahagian kanan bawah banner yang terdapat dalam blog ini. Anda dapati perkataan 'FlashVortex.com' akan bertukar kepada 'Get yours FREE'. Klik pada perkataan ini. (Nota : Jika anda klik pada bahagian lain dalam banner ini, anda akan di bawa ke blog RIS-FAMILI iaitu blog yang ditetapkan untuk dirangkaikan)
Klik pada bahagian yang ditunjukkan
Anda seterusnya akan dibawa ke laman sesawang flashvortex. Anda akan dapati pilihan menu-menu lain seperti text, button dan clock. Untuk memilih banner yang diingini, klik pada menu banner.
Terdapat perbagai pilihan banner untuk dipilih. Setelah memilih banner, masukkan teks anda pada ruangan yang disediakan.
Antara banner yang ada
Anda dapat beberapa ruangan tidak dapat diedit. Ini kerana ruangan tersebut dikhaskan kepada member flash vortex sahaja. Untuk menjadi member, anda perlu berdaftar dengan memilih menu 'sign up' yang terdapat pada bahagian atas laman sesawang 'flash vortex'. (Saya tak dapat terangkan cara untuk sign up kerana saya juga tidak berdaftar)
Setelah berpuashati dengan teks yang dimasukkan, klikkan pada 'Generate Animation'. Salin (copy) kod HTML yang diberikan dan masukkan ke dalam blog anda.
Cara-cara untuk memasukkan kod HTML telah diterangkan sebelum ini. Klik disini untuk membacanya (Caranya adalah sama).
Saya akan terangkan cara letakkan banner statik pula selepas ini. Contoh banner statik adalah seperti yang terdapat di sebelah kiri blog ini (Lihat banner INFO RIS-FAMILI)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan