Gaji Melalui E-Penyata

(NOTA : PANDUAN UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN SAHAJA)
Selaras penggunaan komputer dan internet yang meluas sekarang ini maka Jabatan Akauntan Negara Malaysia mengambil peluang untuk melaksanakan penyata gaji secara dalam talian atau lebih dikenali sebagai E-Penyata.  Amat sukar untuk melihat pejabat-pejabat kerajaan (apatah lagi swasta) tidak mengggunakan internet mahupun komputer. Dengan ini bermula Oktober 2010, Staff Kerajaan telah mula menerima penyata gaji secara maya. Sebelum ini penyata gaji diterima adalah dalam bentuk bercetak.
Bagi memastikan tahap keselamatan dan privasi maklumat, pengguna dikehendaki memasukkan mendaftar dan memasukkan kata laluan.

Berikut diterangkan cara-cara untuk menggunakannya.

Langkah 1 : Pergi ke Laman Sesawang http://www.anm.gov.my
Langkah 2 : Klik pautan"e-Penyata Gaji & Laporan" dan kemudian "Akses Sistem". (Jika ingin maklumat lanjut klik "Tatacara Penggunaan Sistem"

Langkah 3 : Untuk penggunaan kali pertama, sila klik "Pertama Kali Mendaftar"

Langkah 4 : Masukkan maklumat ke dalam ruangan yang disediakan. Anda perlu mengisi kesemua ruangan tersebut. Setelah lengkap klik "OK".

Langkah 5 : Pendaftaran selesai dan penyata gaji kini semakin hampir dengan anda.
Langkah 6 : Ulangi Langkah 1 dan 2.
Langkah 7 : Selepas itu masukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang telah anda masukkan semasa di Langkah 4 tadi dan tekan "Daftar Masuk"

Langkah 8 : Klik pada Penyata Gaji "Sendiri" untuk melihat gaji anda dan pilih bulan yang dikehendaki. Kemudian tekan cari.

Langkah 9 : Senarai gaji akan ditunjukkan (memandangkan baru bermula, hanya penyata oktober sahaja yang ada). Klik pada bulan yang dikehendaki.

Langkah 10 : Slip gaji anda dipaparkan (dalam format pdf). Pastikan komputer anda ada perisian pembuka fail dalam format pdf. Terpulanglah pada anda samaada nak melihat sahaja, menyimpan atau cetak.
(Perhatian : Jangan lupa tekan "Keluar" di sebelah kiri laman sesawang selepas selesai urusan)



***************************************

Tiada ulasan: