Penterjemah Laman Sesawang



Sepertimana yang telah dimaklumkan dalam sebelum ini (Entri : Menambah Kesan Khas pada Gambar Anda) bahawa setiap laman web boleh dibuka ke bahasa yang diingini. Mungkin banyak cara dan program yang ada tapi disebabkan saya telah biasa dengan ‘GOOGLE TRANSLATE’ maka saya akan menunjukkan cara menggunakan ‘GOOGLE TRANSLATE’ tersebut.




Terdapat dua cara untuk menterjemah. Cara pertama jika kita telah tahu bahasa laman sesawang asal dan cara kedua jika kita belum mengetahui bahasa asal laman sesawang yang ingin di buka.

CARA PERTAMA

Pertama : Pergi ke ‘http://translate.google.com/’ dan laman sesawang seperti di bawah akan dipaparkan.




Anda akan dapati terdapat pelbagai bahasa untuk di terjemahkan. Terdapat sebanyak 51 bahasa setakat ini dan bilangan bahasa pilihan akan bertambah dari masa ke semasa. Antara bahasa yang ada adalah Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Arab dan Jepun.

 Kedua : Taipkan laman sesawang yang anda ingin terjemahkan. Sebagai contoh, saya gunakan laman blog “http://ris-famili.blogspot.com/”.  Taipkan alamat tersebut di dalam ruangan seperti yang ditunjukkan di bawah. Kemudian pilih Bahasa Asal dan Bahasa yang ingin di terjemahkan.

  
 

Ketiga : Selepas membuat pilihan bahasa, klikkan butang translate.

 


Keempat : Laman sesawang yang telah di terjemahkan akan dipaparkan sepertimana di bawah. Anda akan dapati bahasa asal telah bertukar ke bahasa pilihan anda.




Kelima : Anda boleh memilih untuk menukar ke bahasa lain pula dengan membuat pilihan pada menu bahasa di bahagian atas laman sesawang tersebut.
  


Bandingkan dengan laman sesawang asal seperti di bawah (Asal : Bahasa Malaysia campuran).

 


CARA KEDUA
 Cara di atas hanya untuk laman sesawang yang telah kita ketahui bahasa asalnya. Jika kita tidak tahu bahasa asal kita boleh menggunakan carian google dan taip kata kunci yang ingin dicari. Sebagai contoh, untuk mencari maklumat berkenaan “ris-famili”.
Pergi ke laman sesawang “http://www.google.com.my/” dan taipkan “ris-famili” ke dalam kotak carian dan tekan ‘search’.
Hasil carian akan ditunjukkan seperti di bawah;

 


Hanya klikkan pada bahagian ‘translate this page’ dan laman sesawang tersebut akan secara automatik menterjemah ke dalam bahasa Inggeris (sepertimana ditunjukkan dalam langkah keempat di atas) . Untuk menterjemah ke bahasa lain, pilih bahasa yang di inginkan sepertimana langkah kelima di atas.
Kemudahan ini amat berguna jika anda ingin membuka sesuatu laman sesawang dalam bahasa yang tidak anda fahami. Namun terjemahan yang dibuat hanya untuk bahasa standard sahaja. Jika laman sesawang asal menggunakan bahasa tak standard, ringkasan, silap ejaan atau bahasa rojak maka terjemahan tidak dibuat bagi keadaan seperti itu.
Walaupun bahasa yang diterjemahkan tidak begitu tepat, namun sebagai panduan bolehlah serba sedikit kita memahaminya. Bayangkan jika anda perlukan sesuatu maklumat dan maklumat tersebut hanya terdapat dalam bahasa yang anda tidak fahami, ‘google translate’ inilah dapat membantu. Sekurang-kurangnya anda dapat memahami serba sedikit daripada langsung tak faham.
Selamat mencuba. Setiap kejayaan bermula dengan langkah pertama.

1 ulasan:

Ramli berkata...

Good good.
Boleh cuba.
Banyak juga website aku nak baca lepas ni.

Related Posts with Thumbnails